Friday, February 26, 2010

12 Rabiul awal 1431

26 Feb 2010@ 12 R'awal 1431 @ Jumaat - Cuti umum sempena sambutan maulidur rasul .

Sahabat saya saudara Zaaba Abd Aziz hantar SMS berikut " ' Allah hum masal li ala saidina Muhammad'. Marilah bersama ingatkan sesama kita supaya sentiasa berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad saw sempena maulidur rasul ini. Selamat maulidur rasul & atas kesyukuran cuti ini selawat lah tak putus2 & jauhi dari kunjungan ketempat2 hiburan dan maksiat spt dangdut,, pub2 dll melainkan anda sedang bertugas membenteras maksiat ". Terima kasih saudara diatas ingatan tersebut.

Sempena cuti ni juga, Tuan Ali bersama orang kanannya SM Mail dan staf-staf Kem Komandan seramai 30 orang yang terpilih mewakili PDRM keMajlis Perarakan di Putrajaya dengar khabarnya lepas subuh dah siap bersamping menuju ke Putrajaya.

Aminah , Nazneen dan Asni bukan main bersemangat lagi , siap dengan bawa bekal untuk makan dalam perjalanan. Malangnya tak dapat bawa anak-anak sekali kerana tak sempat nak buat pakaian seragam. Apa yang saya tahu semua yang nak pergi berarak tu dah keluarkan Rm 150 seorang untuk tempah baju Melayu dan baju kurung. Biasa la polis mesti nak seragam kan...

Bila saya baca posting Aminah dalam Facebook nampaknya berbaloi la usaha mereka tu kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan perarakan tersebut. Tahniah khasnya kepada YDH Dato' Zaleha Abd Rahman yang bertanggung jawab merancang persiapan kontinjen Jabatan Pengurusan PDRM diatas kejayaan tersebut.

Tengok ini gayanya Tuan Hj Tahir yang mengetuai lafas selawat dan gambar senyum girang Kak Neen, Aminah dan Asni yang nampak sungguh bersemangat.



Bapa saya pernah berpesan ' Tak rugi kalau menyokong pandangan atau idea orang kalau kita sendiri tak ada idea'.

Saya pulak nak kata ' Kalau nak berjaya jangan hanya lihat sudut kecil yang kelihatan negative kerana diruang yang besar itu sebenarnya terhimpun segala yang positif ' .

Akhirnya marilah kita bersama-sama berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta keluarganya.

1 comment:

  1. Kami di Tanah Merah ni pun belarak sakan jugak.Banyak-banyakkanlah kita berselawat ke ataih junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Segala perintah dan tunjuk ajar Baginda mestilah kita ikuti dan patuhi di dunia akhir zaman ini.solat jgn sekali-kali kita tinggai

    ReplyDelete