Kerana memikirkan terpaksa menunggu agak lama, saya ambil keputusan untuk pergi meninjau dulu lokasi rumah tempat kami nak pergi di Kg Kemensah. Lepas jumpa rumah , saya berpatah balik semula ke Zoo Negara . Dah hampir pukul 2.00 pm baru Sm Mail dengan Tuan Ali sampai dan tanpa buang masa kami terus berlepas ke Kg Kemensah.
Bukannya apa pun , sekadar nak menunaikan hajat Siti Salhar dan Azuan kedua-duanya anggota cawangan Kem Komandan yang menjemput kami ke majlis perkahwinan mereka.


Selamat Pengantin Baru Azuan dan Salhar....Semuga jodoh kekal ke akhir hayat.

Selamat pengantin baru bahagia ke anak cucu cicit
ReplyDeleteSiapa yang bersanding itu? Musim kahwin sekarang ini. Jalan-jalan cari makan.
ReplyDelete