Kebetulan hari ni anak saya jaja nak balik ke Tg Malim. Masa dalam perjalanan ke Tg Malim isteri dan anak-anak menyanyi lagu "Happy Birthday" sambil tu minta pulak saya belanja makan. Singgah sebentar jamu selera kat gerai laksa tepi jalan dekat Kuala Kubu Bahru.
Jaja kemudian ajak kePulau Batu nak tengok kawan-kawan main paintball. Anak kecik saya yang dua orang tu sibuk pulak nak mandi kat sana. Seronok juga tengok aktiviti tu ....sambil tu dapat juga saya dan isteri bergambar kenangan.
Semalam 20 Feb 2010 saya bersama-sama sahabat saya saudara Ahmad Md Saman berpeluang menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak sahabat kami saudara Basiron di Ulu Kinta , Perak. Sebenarnya seronok sangat kami nak pergi , maklumlah dah hampir 37 tahun lepas sekolah tak pernah jumpa sahabat ni. Sayangnya saudara Md Aris yang janji sama-sama nak ke majlis tersebut terpaksa membatalkan hasratnya kerana ada kerja yang perlu dibereskan. Faham sangat saya kerja polis ni.
Perjalanan kami kerumah Basiron begitu mudah kerana Mohd Tamin tunggu kami kat Ipoh. Kat rumah Basiron jumpa lagi sahabat lama masa belajar di Sek Men Jitra saudara Sobri yang bertugas sebagai Ketua Polis Balai Parit dan DSP Mohamad Ismail yang pernah sama-sama belajar kat Sek Men Pulau Nyior tahun 1974/1975 .
Sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur kami singgah dirumah saudara Mohamad pekena teh dulu. Lepas tu kami terus kerumah Cik gu Wan Bin Bt Kamaruddin guru kelas kami tingkatan 3A tahun 1973. Jumpa juga dengan suami cik gu Wan Bin , Cik gu Imran Lee guru jasmani masa kat SMJ yang juga melatih pasukan ragbi sekolah. Sembang sampai nak magrib baru keluar dari rumahnya , itu pun lepas tolak pelawaan Cik gu Wan dan suaminya ajak kami pergi dinner. Terima kasih Cik gu berdua kerana sudi meluangkan masa dengan kami.
Saya hanya nak kata ‘ kalau bukan kerana cik gu yang berjasa , mungkin saya hanya ada mata dan suara tanpa minda yang terbuka” .

selamat hari jadi...
ReplyDeleteTahniah..ALLAH selamatkan kamu..ALLAH selamatkan kamu..ALLAh selamatkan cik AZmi Bidin..ALLAh selamatkan kamu..tak dapat nak pi umah Basiron tu..nanti laa akan pi juga..Amboi ana teringin nak min paintball..kat belakang sekolah ana ada juga tempat min tu..dapat la rasa pistol..tapi tak secanggih yg u peggang tu...
ReplyDeleteLaa kita lebihkurang sama saja time keluak mai tengok dunia ni no.Hapi Bestday Che Azmi .Panjang umok rezeki koi bertambah insyaallah.Seronok sungguh tengok hampa.oklah jumpa lagi
ReplyDelete