Saturday, February 13, 2010

JPN 5S 1MALAYSIA

12 Feb 2010 @ Jumaat - Tugas utama yang perlu dilaksanakan ialah mengatur persiapan menyambut keberangkatan DYMM Timbalan Yang Dipertuan Agung ke Masjid Bukit Aman untuk bersolat Jumaat bersama-sama warga PDRM. Tuan Ali yang program asalnya bersama Jawatan Kuasa Perlaksanaan Amalan 5 S Jabatan Pengurusan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya untuk lawatan sambil belajar terpaksa tarik diri untuk memberi tumpuan kepada persiapan lawatan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong. Saya dipilih oleh Tuan Ali untuk mewakilinya bagi menimba dan menceduk idea-idea JPN dalam melaksanakan program 5 S.

Jam 0800 rombongan berlepas dari Bukit Aman ke JPN Putrajaya dan kami sampai dipejabat JPN lebih kurang jam 0900.

Taklimat pengalaman JPN melaksanakan program 5 S yang menarik dan padat oleh Pegawai JPN Puan Rene ( gaya percakapannya macam orang utara) menambahkan kefahaman saya tentang amalan 5 S. Saya begitu tertarik dengan kerjasama dan komitmen oleh staf JPN bukan sahaja di Ibu Pejabat tetapi di seluruh Negara dalam usaha yang berterusan untuk mendapatkan pensijilan 5S dari MPC dan usaha-usaha memenangi anugerah kecemerlangan.


Rombongan kami telah dibawa untuk melihat beberapa Zon amalan 5S yang kelihatannya sungguh ceria dan menarik yang menggambarkan kerjasama dan kreativiti staf hinggakan tandas pun kelihatannya macam bilik tidor. Paling menarik apabila kami dibawa melawat ke bahagian rekod pendaftaran dan diberi peluang menguji kepantasan JPN mengesan dan mengeluarkan dokumen yang diminta. Memang pantas sekali tak sampai seminit la mereka boleh kesan rekod yang kita minta. Syabas JPN!


Akhir sekali selepas bergambar untuk kenangan rombongan kami telah disajikan dengan jamuan nasi ayam yang sungguh enak sekali. Terima kasih tak terhingga kepada Staf JPN yang telah memberikan layanan sungguh istemewa kepada rombongan kami.



Bapa saya pernah berkata ‘ Kalau kamu nak berjaya, amalkan apa yang di amal oleh orang yang dah berjaya’

Saya cuma nak kata ‘ Kalau tak ada langkah pertama maka tak ada langkah kedua, kalau tak cuba jangan harap nak berjaya’ .

No comments:

Post a Comment