3 Mac 2010 Entah apa mimpi, sahabat saya saudara Zaaba mengirim sms kepada saya semalam 2 Mac 2010.
Kandongan sms Zaaba seperti berikut " Salam Hj (Sebenar saya belum ke Tanah suci lagi tapi alhamdulillah agar doa tu jadi kenyataan) , Saya rasa hiba & juga kesian juga terhadap Nurhanim Aziz (bukan Hanim PIBB) di mana anak beliau mati didera oleh boyfriendnya. Dalam The Star kata ibu mangsa kenal boyfriend dia dah enam tahun, suami dia masuk penjara tahun 2006 & anak yang mati tu baru umor 3 tahun. Apakah muslihat dari kenyataan akhbar tu, kalau benar spt yang dilapurkan, apa dah jadi dengan moral value orang melayu/islam masakini? Banggakah kita sebut kita orang melayu & beragama islam . Keluarga mangsa malang tu nampak macam proud & glamoor untuk ditemu ramah oleh media."
Bila saya melayari blog Tuan Hj Ahmad dan Ibnu Saman kisah yang sama juga menjadi tajuk utama manakala bahan bicara dan konklusinya juga senada. Semuanya tak dapat menerima perlakuan ganas dan kejam terhadap anak kecil itu hingga membawa kematiannya. Sebenarnya saya sendiri tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata semasa menuntun berita malang itu di TV 3. Sehinggakan saya sendiri tak sedar terkeluar sumpah seranah saya kepada saspek dalam kes ini.
Kepada sahabat saya Zaaba , saya tak berani nak komen kerana tak baca lapuran akhbar itu dan tak tau cerita yang sebenar tentang status hubungan ibu mangsa dengan boyfriendnya . Lebih-lebih lagi masa mula dapat berita beliau dikatakan mengandung empat bulan tetapi dia kemudiannya menafikan. Entah lah .... mana yang betul, jadi saya ambil keputusan tak mau buat dosa keringlah.
Saya juga terfikir tak mungkin ada pemandu teksi yang waras sengaja nak bunuh orang lebih-lebih seorang kanak-kanak. Lain lah macam rejim zionis yang memburu dan membunuh secara kejam rakyat pelastine tanpa mengira jantina dan umor. Tak nak fikir panjang-panjang saya mengandaikan saspek ini kemungkinan bukan dari gulungan jews ni, agaknya kewarasannya dah hilang sehingga sanggup melakukan perbuatan diluar norma-norma kemanusiaan.
Sama-sama lah kita mensedekahkan bacaan fatihah kepada aruah adik Syafia Humairah . Disamping itu bersama-sama kita berdoa kepada Allah agar diampun dosa hamba-hambanya yang terlencung dan terbabas dari batas-batas agama Islam yang mulia ini.
Bapa saya pernah berpesan " Kalau kau berdiri megah disebelah seorang yang daif , jangan kau rasa dirimu lebih mulia kerana kemungkinan orang itu lebih mulia dari diri mu disisi Allah swt"
Saya hanya boleh berkata " Ya Allah , aku hamba mu yang tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan , kau ampunkan lah segala dosa-dosa ku "
KATA orang di kalangan binatang tidak ada manusia, tetapi dikalangan manusia banyak binatang. Betulkah itu? Tak kisahlah asalkan kita faham. Binatang apakah agaknya yang suka membunuh anak-anak binatang. Yang saya tahu singa jantan selalu membunuh anak-anak singa fasal dia hendak kahwin dengan ibu anak singa itu. Selain dari itu seladang. Seladang suka membunuh anak-anak singa sebab musuh tradisi. Binatang manusia yang bunuh kanak-kanak apalah sebab agaknya?.....Dia benci dengan suami kekasihnya tetapi kenapa pula anak suaminya yang masih kecil menjadi mangsa.
ReplyDelete