Monday, August 9, 2010

Negarawan@Jasa

6 Ogos 2010 Promo di TV 1 bagi rancangan wawancara bersama Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad membuatkan saya bertekad untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan rancangan tersebut.

Pengisian program pertama kali anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bersama pengerusinya Dato Fuad Hassan yang dipaparkan dalam slot rancangan itu agak menarik. Saya percaya para mahasiswa IPT dan IPTS yang terpilih menyertai program tersebut telah mendapat pendedahan yang berguna . Apa tah lagi mereka berkesempatan mendengar dan berkongsi minda dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Peluang untuk mereka mendengar sendiri buah fikiran dan wawasan beliau menongkah arus untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang berdaulat dan dihormati didunia.

Pengalaman 22 tahun Tun Dr Mahathir memimpin dan merialisasi tekad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju tentunya amat berguna. Ilmu yang Berjaya digarap oleh siswa siswi dalam program tersebut , insyaallah akan memberi manafaat yang amat bernilai untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia apabila tiba masanya mengambil alih tugas kepimpinan Negara.

Syabas kepada JASA yang berjaya menggembeling idea untuk program tersebut.

Saya hanya nak melahir secalit ingatan untuk Tun Dr Mahathir yang sentiasa bermain didalam fikiran saya.

Tun Dr Mahathir Mohammad Iskandar

Saat aku mengenali dirimu
Detik hati ku berbisik
Kaulah idola ku

Saat aku mendengar suaramu
Detik hati ku berbisik
Ilmu apa yang nak kau beri

Saat aku mencapai tanganmu
Detik hati ku berbisik
Kaulah pemimpinku

Saat aku mengingati diri mu
Detik hati ku berbisik
Jasamu seluas lautan terbentang


Cheazmibidin @ 0230 Hrs 7 Ogos 2010

1 comment:

  1. Tuan Azmi, saya amat tertarik artikel yang anda tulis di atas. Ibu saya menunaikan haji dengan kapal laut pada tahun 1972. Tahun 1995 bonda saya pergi lagi bersama saya. Alhamdulillah bonda saya meninggal pada th 2002. Lingkaran sejarah hidup sdra paparkan amat menarik untuk perhatian anak2 muda sekarang. Saya jalani masa muda pada pertengahan 60an dan 70an, mungkin berbesa. Tahniah anda berjaya memaparkan kisah itu....

    ReplyDelete