Saturday, March 26, 2011

Youth

25 Mac 2011 Jumaat   Seminar Semakan Semula Dasar Pembangunan Belia Negara bagi tahun 2011 yang bermula pada 22 hingga 24 Mac 2011 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur berakhir semalam.

Saya terasa begitu teruja bila dapat bersama-sama pegawai-pegawai KBS ,wakil-wakil Kementerian , bekas-bekas peserta program KBS, ahli-ahli persatuan belia dan juga anak muda yang telah mencipta kejayaan diperingkat kebangsaan.

Kehadiran ahli pemikir dan golongan profesional yang bertindak sebagai pakar rujuk, moderator dan ahli-ahli panel  dengan ideologi dan pandangan isu-isu terkini, membuatkan saya merasa amat beruntung . Terima kasih kepada Dato Z kerana pilih saya ....hihihi.

Dah lama hidup tapi tak ambil kisah sangat berkenaan Dasar Pembangunan Belia , Akta dan Peraturan-Peraturannya. Kat seminar ni barulah terbuka minda nak berfikir pasal belia . Terima kasih kat Tuan Ali yang bagi idea kat saya tentang rujukan-rujukan ni. Sepanjang tempoh seminar saya banyak baca tentang belia....

Lepas sidang pleno pada 24 Mac 2011 bersama  YB Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri KBS , dapat pulak sijil nih. Nak tunjuk kat cucu , kata Atuk mereka pun duk fikir masaalah depa jugak....hihihi


Saya hanya nak kata " Tiada yang tua makanya, tiada la yang muda. Yang tua fikirannya sedepa tapi awas  bagi yang muda , jangan akal yang sejengkal diperguna situa berakal sedepa. Kejarlah ilmu agar akal sejengkal menjadi sedepa , bukannya apa agar tidak termakan tipu helah situa".

Nak juga petik kata-kata Robert Kennedy  "This world demands the qualities of youth: not a time of life but a state of mind, a temper of the will, a quality of imagination, a predominance of courage over timidity, of the appetite for adventure over the life of ease." 

Sunday, March 20, 2011

Military Intervention @ Libya II


20 Mac 2011    Dalam bulan Mac 1986 Tentera Amerika melakukan provokasi terhadap Libya  di Zon Gulf of Sidra. Tindak balas Libya membuatkan President Ronald Reagan pada 14 April 1986 mengarahkan serangan terhadap Libya . Alasan yang digunakan ialah  Presiden Ghadaffi dikatakan terlibat dalam aktiviti pengganas.

Pada 15 April 1986 melalui ‘Operation El Dorado Canyon’  tentera Udara , laut dan Marin Amerika melancarkan serangan keatas Libya. Serangan yang dilancarkan gagal membunuh Ghadaffi seperti sasaran asal pihak Amerika.

Dalam penyelesaian tuntutan kerugian perang tersebut, pada Oktober 2008  President Bush bersetuju menanda tangani perjanjian memberi imuniti kepada kerajaan Libya dari tindakan undang-undang di AS dengan persetujuan Libya membayar AS 1.5 Billion.   

Menjelang sambutan 25 tahun “Operation El Dorado Canyon”, atas alasan menyelamatkan rakyat Libya yang ditindas Regim Ghadaffi , Presiden Peranchis Nicholas Sarkozy pada 19 Mac 2011 mengarahkan serangan udara terhadap Libya melalui ‘Operation Harmattan”. Serangan keatas Libya dibantu oleh tentera US dari belakang melalui ‘Operation Odyssey Dawn’ pada 20 Mac 2011.

Amerika sebenarnya tidak mempunyai sebarang alasan untuk menyerang Libya selain niat mereka untuk mendapatkan minyak “percuma” dari Libya. Amerika tidak mahu pengaruh dan gelarannya sebagai ketua polis dunia diambil alih oleh negara lain. Cukuplah kali ini bagi Presiden Obama bertindak sebagai pengarah dan penyokong kepada tindakan terhadap Libya .

Bagi President Nicholas Sarkozy tindakan rakannya Ghadaffi membatalkan kontrak perjanjian pembelian senjata dan reactor nuclear bernilai $14.7 billion amat menyakitkan hati. Ini lah alasan sebenar mengapa Sarkozy beriya-iya benar menghantar tentera ke Libya.

Tindakkan menghantar secara percuma senjata-senjata tersebut ke Libya mungkin dapat menghilangkan perasaan geram kepada sahabat karibnya Ghadaffi ….hehehe

Adakah Sarkozy menaruh harapan kepada pengganti Gadhaffi untuk membeli senjata dan reactor nuclear nya?

Saya hanya nak kata “  Kalau kawan-kawan rasa dah letih berfikir , marilah kita sama-sama pergi berperang kat Dataran Pahlawan  Melaka , kat sana ada gelanggang ‘ Paint Ball’ “.


Military Intervention @ Libya



20 Mac 2011  Akhirnya Amerika dan sekutunya melaksanakan impian mereka untuk campurtangan membantu pemberontak berperang dengan pemerintah  Libya yang diketuai Ghadaffi. Jet-Jet pejuang Perancis berlegar-legar di ruang udara kota-kota yang di kuasai pemberontak.

Amaran Ghadaffi  ""You will regret it if you dare to intervene in our country." Langsong tidak dipeduli dan hanya dipandang sepi.

Kalau difikirkan pertanyaan Ghadaffi kepada Obama "If you found them taking over American cities by the force of arms, tell me what you would do."  ada juga logiknya .

Tak pula saya terbaca jawapan Obama kepada pertanyaan ini. Yang saya baca ialah kenyataan Setiausaha Negara Hilary Clinton " The goal remains to get rid of Qaddafi, We will continue to work with our partner in the International community to press Qadaffi to leave and to support the legatimate aspirations of the Libyan people". 

Muamar Ghadaffi didalam suratnya kepada PM Perancis Nicholas Sarkozy , PM Britain David Cameron dan Setiausaha PBB Ban Ki Moon pula menegaskan keputusan PBB meluluskan resolusi perlaksanaan "No Fly- Zon" sebagai aneh dan tidak munasabah, kata Ghadaffi "Libya is not for you, Libya is for the Libyans,"

Saya hanya tertanya-tanya " Adakah  kepintaran Ghadaffi akan menghantui  masa depan Obama dan sekutunya? Atau Ghadaffi akan menerima penghinaan dan  nasib yang sama dengan Mantan Presiden Iraq Saddam Hussain ?  


Sama-sama lah kita mengikuti perkembangan ini .

Saturday, March 19, 2011

Sacrifice



19 Mac 2011  Saya terkenang kepada kisah yang diceritakan oleh sahabat saya. Betapa ketika itu beliau sedang mandi dibilik air tiba-tiba tersentak apabila mendengar suara adiknya membentak secara kasar kepada ibunya. Tanpa disedari beliau mencapai tuala keluar dari bilik mandi dan membelasah adiknya sehingga separuh nyawa. 


Kasih sayang kepada ibu membuatkan hatinya begitu terusik apabila mendengar kata-kata adiknya yang tidak menghormati ibu yang melahirkannya. Sebagai pengajaran sama-sama lah kita menghayati Firman Allah swt dalam surah Al-Israa' ayat 22  hingga 24 yang bermaksud ;


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.


 Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat".

Thursday, March 17, 2011

Petunjuk



17 Mac 2011  Saya mengikuti dengan begitu berhati-hati perbahasan mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda alam semesta, Saya cuba mendalami ayat-ayat suci Al quran agar saya dapat memahami isinya dengan perbandingan apa yang berlaku.

Sama-sama lah kita mendalami maksud ayat 25 - 35 dari surah Al-Anbiya .

Firman Allah swt yang bermaksud  "Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.

(26) Dan mereka (yang musyrik) berkata: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.

(27) Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.

(28) Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan) dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan) dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredai Allah dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.

(29) Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) Neraka Jahanam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

(30) Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

(31) Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

 (32) Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.

 (33) Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). 

34) Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

(35) Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


Sunday, March 13, 2011

Meltdowns @ Earthquake

13 Mac 2011  Selepas 140 tahun gempa bumi berskala Ritcher 8.9 Magnitude menggegarkan negara matahari terbit. Tamaddun dan pencapaian yang membanggakan selepas bom atom membenam keangkuhan pemerintah Jepun semasa perang dunia kedua (1936 - 1945) musnah dalam sekelip mata.

Pembangunan Jepun selepas perang dunia kedua begitu pesat . Jepun menjadi negara ketiga termaju didunia. Malahan Jepun juga merupakan negara termaju dalam bidang teknologi. Rakyat Jepun menduduki tangga ke 8 Indek Pembangunan Manusia.


Kini negara Jepun yang ditimpa malang  berdepan dengan kemusnahan yang lebih teruk . Kilang-Kilang penjana tenaga elektrik yang menggunakan tenaga nuklear berdepan dengan masaalah besar akibat sistem penyejukan tidak berfungsi. Lapuran terkini menunjukan dua unit penjana yang menggunakan tenaga nuklear terdedah kepada letupan dan pembebasan  radiasi akibat pencairan uranium.

Langkah memindahkan 170,000 penduduk yang berkemungkinan terdedah kepada radiasi telah dilaksanakan oleh pemerintah. Yang menjadi kecelaruan saya ialah adakah kesan radiasi ini hanya terhad kepada penduduk Jepun saja atau ia akan merebak keseluruh dunia?  Tiada siapa yang dapat memberi kepastian.

Apa yang saya nak kongsi ialah kita selalu lupa pada petunjuk .  Masa Tsunami melanda Aceh tahun 2004 ikan-ikan kat Pantai Kuala Kedah dan Pulau Pinang berlompatan ke Pantai sebelum tsunami merempuh pantai tersebut.  Mungkin rakyat Amerika juga telah mendapat jawapannya mengapa pada 10  Mac 2011 berjuta-juta ikan sardin mati kerana bersesak di Dock Yard California.  Pada 11 Mac 2011 Gempa berlaku di Jepun dan kesan Tsunami yang bergerak dengan kelajuan 500 batu sejam akhirnya sampai di Pantai California pada 12 Mac 2011.

Atas sifat sebagai manusia kita sama-sama bersedih dan bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat Jepun .

Sebagai seorang muslim saya yakin dan percaya ada hikmah disebalik petunjuk Allah swt itu. Firman Allah  Surah Yaa Sin Ayat 81-83 bermaksud "  Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. "


Wallah Hu Aklam

Saturday, March 12, 2011

Sick N Tired

12 Mac 2011   Sejak balik dari Graysands PD kesihatan saya sedikit terganggu.  Demam dan selsema yang saya alami semasa di Graysands berubah menjadi serangan gastrik yang agak teruk . Akhirnya pada petang 3 Mac 2011 gastrik saya begitu memuncak sehingga saya tidak mampu menahan kesakitan.  Dengan bantuan Pak Kordi dan Abang Salme saya dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan.

Kepada Dokter dan pembantu-pembantunya yang begitu perihatin memberikan rawatan serta merta , saya begitu terhutang budi dan amat berterima kasih ....jasa tuan-tuan tetap dalam ingatan saya.

Terima kasih tak terhingga juga kepada Pak Kordi dan Abang Salme yang menemani dan membantu saya di HKL dari awal hingga saya di tandu kedalam Wad untuk rawatan lanjut. Masa isteri dan anak-anak sampai di Wad saya dah lali, agaknya kesan ubat yang masuk kedalam tubuh saya.

Alhamdulillah , selepas semalaman di wad , kesakitan saya dah sembuh . Seronok sangat saya bila dokter beri kebenaran untuk keluar wad dan mendapatkan rawatan lanjut di klinik Tanglin.  Tengahari Jumaat Pak Kordi jemput saya di HKL hantar balik kerumah.

Nampaknya hasrat saya untuk menyertai rombongan perkahwinan anak saudara saya Tarmizi  dan pasangannya Kalsom di Muar dimakbul oleh Allah swt . Syukur Alhamdulillah...

Selepas mengambil cuti dua hari pada isnin dan selasa , saya kembali bertugas , walaupun sebenarnya saya masih pening-pening lalat... Saya tak dapat menjawab bila Kak Ros bertanya kepada saya " Tuan, cakap secara ikhlas , apa tuan rasa dan tuan fikir masa sakit hari tu?". Kerana saya tak jawab Kak Ros kata lagi " Abang Nizam kata masa dia sakit hari tu , dia rasa dia dah nak mati saja".

Apa anda fikir , kalau anda rasa anda sehat tetapi secara tiba-tiba sakit sehingga anda tidak dapat menahan kesakitannya?

Pesan Mak saya "Senang ka, susah ka sentiasa la berdoa kepada Allah swt".  Maka saya teringat doa Nabi Yunus semasa terperangkap didalam perut ikan Nun ....

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiya')