Saturday, March 19, 2011

Sacrifice



19 Mac 2011  Saya terkenang kepada kisah yang diceritakan oleh sahabat saya. Betapa ketika itu beliau sedang mandi dibilik air tiba-tiba tersentak apabila mendengar suara adiknya membentak secara kasar kepada ibunya. Tanpa disedari beliau mencapai tuala keluar dari bilik mandi dan membelasah adiknya sehingga separuh nyawa. 


Kasih sayang kepada ibu membuatkan hatinya begitu terusik apabila mendengar kata-kata adiknya yang tidak menghormati ibu yang melahirkannya. Sebagai pengajaran sama-sama lah kita menghayati Firman Allah swt dalam surah Al-Israa' ayat 22  hingga 24 yang bermaksud ;


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.


 Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat".

No comments:

Post a Comment