Saturday, March 12, 2011

Sick N Tired

12 Mac 2011   Sejak balik dari Graysands PD kesihatan saya sedikit terganggu.  Demam dan selsema yang saya alami semasa di Graysands berubah menjadi serangan gastrik yang agak teruk . Akhirnya pada petang 3 Mac 2011 gastrik saya begitu memuncak sehingga saya tidak mampu menahan kesakitan.  Dengan bantuan Pak Kordi dan Abang Salme saya dibawa ke HKL untuk mendapat rawatan.

Kepada Dokter dan pembantu-pembantunya yang begitu perihatin memberikan rawatan serta merta , saya begitu terhutang budi dan amat berterima kasih ....jasa tuan-tuan tetap dalam ingatan saya.

Terima kasih tak terhingga juga kepada Pak Kordi dan Abang Salme yang menemani dan membantu saya di HKL dari awal hingga saya di tandu kedalam Wad untuk rawatan lanjut. Masa isteri dan anak-anak sampai di Wad saya dah lali, agaknya kesan ubat yang masuk kedalam tubuh saya.

Alhamdulillah , selepas semalaman di wad , kesakitan saya dah sembuh . Seronok sangat saya bila dokter beri kebenaran untuk keluar wad dan mendapatkan rawatan lanjut di klinik Tanglin.  Tengahari Jumaat Pak Kordi jemput saya di HKL hantar balik kerumah.

Nampaknya hasrat saya untuk menyertai rombongan perkahwinan anak saudara saya Tarmizi  dan pasangannya Kalsom di Muar dimakbul oleh Allah swt . Syukur Alhamdulillah...

Selepas mengambil cuti dua hari pada isnin dan selasa , saya kembali bertugas , walaupun sebenarnya saya masih pening-pening lalat... Saya tak dapat menjawab bila Kak Ros bertanya kepada saya " Tuan, cakap secara ikhlas , apa tuan rasa dan tuan fikir masa sakit hari tu?". Kerana saya tak jawab Kak Ros kata lagi " Abang Nizam kata masa dia sakit hari tu , dia rasa dia dah nak mati saja".

Apa anda fikir , kalau anda rasa anda sehat tetapi secara tiba-tiba sakit sehingga anda tidak dapat menahan kesakitannya?

Pesan Mak saya "Senang ka, susah ka sentiasa la berdoa kepada Allah swt".  Maka saya teringat doa Nabi Yunus semasa terperangkap didalam perut ikan Nun ....

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiya')

No comments:

Post a Comment