Sunday, March 13, 2011

Meltdowns @ Earthquake

13 Mac 2011  Selepas 140 tahun gempa bumi berskala Ritcher 8.9 Magnitude menggegarkan negara matahari terbit. Tamaddun dan pencapaian yang membanggakan selepas bom atom membenam keangkuhan pemerintah Jepun semasa perang dunia kedua (1936 - 1945) musnah dalam sekelip mata.

Pembangunan Jepun selepas perang dunia kedua begitu pesat . Jepun menjadi negara ketiga termaju didunia. Malahan Jepun juga merupakan negara termaju dalam bidang teknologi. Rakyat Jepun menduduki tangga ke 8 Indek Pembangunan Manusia.


Kini negara Jepun yang ditimpa malang  berdepan dengan kemusnahan yang lebih teruk . Kilang-Kilang penjana tenaga elektrik yang menggunakan tenaga nuklear berdepan dengan masaalah besar akibat sistem penyejukan tidak berfungsi. Lapuran terkini menunjukan dua unit penjana yang menggunakan tenaga nuklear terdedah kepada letupan dan pembebasan  radiasi akibat pencairan uranium.

Langkah memindahkan 170,000 penduduk yang berkemungkinan terdedah kepada radiasi telah dilaksanakan oleh pemerintah. Yang menjadi kecelaruan saya ialah adakah kesan radiasi ini hanya terhad kepada penduduk Jepun saja atau ia akan merebak keseluruh dunia?  Tiada siapa yang dapat memberi kepastian.

Apa yang saya nak kongsi ialah kita selalu lupa pada petunjuk .  Masa Tsunami melanda Aceh tahun 2004 ikan-ikan kat Pantai Kuala Kedah dan Pulau Pinang berlompatan ke Pantai sebelum tsunami merempuh pantai tersebut.  Mungkin rakyat Amerika juga telah mendapat jawapannya mengapa pada 10  Mac 2011 berjuta-juta ikan sardin mati kerana bersesak di Dock Yard California.  Pada 11 Mac 2011 Gempa berlaku di Jepun dan kesan Tsunami yang bergerak dengan kelajuan 500 batu sejam akhirnya sampai di Pantai California pada 12 Mac 2011.

Atas sifat sebagai manusia kita sama-sama bersedih dan bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat Jepun .

Sebagai seorang muslim saya yakin dan percaya ada hikmah disebalik petunjuk Allah swt itu. Firman Allah  Surah Yaa Sin Ayat 81-83 bermaksud "  Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. "


Wallah Hu Aklam

No comments:

Post a Comment