Sunday, July 31, 2011

Warriors Day


31 Julai 2011  Alhamdulillah, dengan izin Allah swt Istiadat Sambutan Hari Pahlawan bagi tahun 2011 telah berlangsung dengan sempurnanya . Kali kedua sambutan diadakan di Dataran Merdeka dengan keberangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.  

Kalau tahun 2010 majlis sambutan di hos kan oleh ATM , maka tahun ini 2011 giliran PDRM pula menjadi tuan rumah kepada sambutan penuh istiadat ini. Kerjasama erat yang sudah lama terjalin antara ATM dan PDRM dalam menyempurnakan istiadat memperingati  jasa pahlawan-pahlawan yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

Sungguh terharu apabila berpeluang berada di medan Dataran Merdeka untuk menyaksikan istiadat ini. Ketika sajak " Pahlawan" ciptaan Mejar (B) Mohammed bin Awang dideklamasikan oleh DSP Rosbaini Kassim dan ASP Mohamed bin Mahat  ramai yang tidak dapat menahan sebak....termasuk saya la.

Pentomen dalam empat segmen yang dipersembahkan oleh anggota-anggota PDRM juga tidak kurang hebatnya. Pengkisahan sejarah Bukit Kepong yang mempamirkan pengorbanan anggota-anggota polis membakar kembali semangat kepahlawanan. Tanpa pengorbanan mereka dapatkah kita mengecapi kedaulatan dan keamanan negara  yang kita nikmati sekarang?  

Amat tepat sekali apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah ,

"Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara). Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan mereka," 

Saya hanya mampu melakarkan pertanyaan,

" Mereka telah mengadaikan nyawa demi kedaulatan negara dan kesejahteraan kita,  patutkah kita menghancurkan keamanan yang terbina ini tanpa memikirkan nasib anak dan cucu kita?"

Nak publish sajak "Pahlawan" untuk sama-sama kita hayati.....


SAJAK PAHLAWAN
Ciptaan: Mejar (B) Mohamed B. Awang


Merengkok nadi dan sendulah hati
kerana semalam kesah sayu memamah diri
dalam kehitaman sejarah bumi ini
matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi
dengan peluru dan darah
dengan keringat yang tumpah

Pahlawan
matimu mati melingkar sejarah
matimu hanya mati pada jasad
dan matimu hanya mati dari jagat

Pahlawan
ketahuilah kamu bahawa kematianmu
cuma dikenang dalam doa dan restu
cuma diukir nama pada sebuah tugu
dan cuma semusim sekali dibawa berlagu
padalah
biarkanlah tugu menjadi keramat dan jihad
dan biarkan lah ia dikenang dengan tekad
bahawa kami penyambung wasiat
bisa ada warisan
dalam darah
dalam sejarah

Pahlawan
kami anak-anak mengugat zaman
bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah
tapi
sakan mengukit sejarah sepertimu  jua
demi ibu
tanah bertuah ku rela rebah
demi ibu
tanah bertuah ku rela menitis darah

Pahlawan
hari ini harimu dalam kenangan
kerana jasa dan bakti yang terbilang
kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang

Pahlawan
semadilah dikau
dengan bunga-bunga di kalungan
lambang kenangan
dan itulah kurnia yang maha agung kami sembahkan
kerana, bintang-bintang kebesaran
sudah tak bererti padamu

Pahlawan
semadi
dan semadilah
hingga harimu ke mari lagi




Sunday, July 24, 2011

Oslo blast N Utoya shooting



24 Julai 2011   Sungguh mengejut dan memilukan apabila nyawa yang tidak berdosa tiba-tiba direntap melalui muncung senjata dan letupan bom yang meruntuh dan meranapkan dinding-dinding batu konkrit. 

Jumlah korban 92 orang dan yang cedera 97 orang, sebahagian besarnya remaja sungguh menyedihkan. Takziah untuk semua keluarga mereka-mereka yang terkorban.

Macam tak percaya sebuah negara yang dinobat  sebagai negara tertinggi Indeks Pembangunan Manusia bagi tahun 2009 dan 2010 dan negara yang diiktiraf sebuah negara paling aman , tiba-tiba diserang. Rakyat Norway yang berjumlah hanya 4.9 juta orang terpinga-pinga  dan seluruh dunia terkejut.

Penangkapan dan pengakuan rakyat Norway sendiri Anders Behring Breivik 32 tahun menyelamatkan dunia daripada membuat andaian yang bukan-bukan mengenai motif serangan dan penyerang yang terlibat.  Yang jelasnya serangan ini bukan angkara militan Islam seperti yang selalu dituding jari oleh pihak barat setiap kali berlaku serangan sebegini rupa.

Tahniah kepada polis Norway yang mengaku mereka perlukan 90 minit untuk sampai ke tempat kejadian di Utøya Island. Alasannya kerana tiada kemudahan helikopter dan boat untuk segera ketempat kejadian. Kalau polis sampai lebih cepat mungkin ramai yang dapat diselamatkan kerana penyerang dengan mudahnya menyerah diri.


Mungkin polis Malaysia perlu ambil iktibar dari kejadian ini ,  kalau ada boat yang canggih2 tu jangan la diserahkan kepada APMM . Jangan sampai kerikanya nanti polis Malaysia pula bagi alasan tak boleh sampai tempat kejadian kat laut dan pulau kerana tak ada boat ....memalukan!!!

Saya terfikirkan perkara ini bukannya apa, cuma terbayang ugutan regim Libya sebelum ini untuk menyerang negara-negara NATO . Norway adalah salah sebuah negara pengasas PBB dan NATO dan merupakan penyumbang terbesar sumber kewangan NATO untuk operasi di Afghanistan dan Libya .

Nampaknya Muammar Ghadaffi tak perlu keluar belanja untuk serang negara NATO sebab orang dalam negara tu sendiri tolong azabkan rakyat negaranya seperti mana tentera mereka mengazabkan rakyat  Afghanistan dan Libya ..... nampak macam doa orang teraniaya dimakbulkan secepat kilat oleh Allah swt.

Saya hanya ingin memetik Ayat 30 dari Surah Al-Ikhsan yang bermaksud  " Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya".  

VTS 200 @ Riding Into Putrajaya

24 Julai 2011  Semalam saya dan isteri menghabiskan masa terluang dengan pecutan VTS 200 ke Putrajaya. Kami menggunakan laluan di Lebuh Raya Maju Expresway . Amat menyeronokkan menunggang di Lebuhraya dengan tiupan angin yang agak kencang....hihihi

Sebaik sampai kebetulan waktu zuhor kami singgah mengerjakan solat zuhor di   Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.  Masjid yang sangat cantik  dengan mempunyai tempat letak kereta bertingkat dibina di tepi tasik ....Saya begitu kagum mungkin  kerana pertama kali  solat di situ. Sebelum ini hanya masjid Putra saja yang menjadi destinasi kami kalau berkunjung ke Putrajaya.

Kami sesuka hati bebas berpusing-pusing di bandar yang agak lengang  sambil cuba mengingati kedudukan  pejabat-pejabat kerajaan yang terdapat disitu, lain kali kalau ada keperluan boleh terus saja ke destinasi tanpa perlu tercari-cari...idea isteri saya yang bagus nih.

Sebelum berlepas balik kami singgah sebentar di Alamanda tapi tak beli apa-apa pun...

Dari Putrajaya kami balik melalui highway Plus  , singgah rehat sekejap kat Sungai Besi sambil pekena Nescafe dan Pau kaya.

Masa rehat ni lah teringat nak call anak kat rumah ....semua Ok . 

Teringat makanan ikan dah habis , perjalanan diteruskan ke Pasar Pudu . Bila dah singgah bukan setakat makanan saja, dengan ikan2 sekali dibeli untuk peliharaan Intan dan Are ee...hihihi

Seronok gila hari ni kerana masa sampai kat IJN hujan lebat , alang2 dah basah terus aja la main hujan atas jalan sampai rumah....hihihi

Sunday, July 17, 2011

Will you forgive me????



17 Julai 2011  Minggu yang begitu menyukarkan untuk saya menghindarkan diri saya dari memikirkan perkara-perkara yang saya cuba elakkan . Saya ingin menjadi orang yang jauh dari perbahasan yang melibatkan politik secara terbuka. Saya tidak mahu kehilangan kawan2 yang mempunyai pelbagai pandangan dalam politik

Apakan daya akhirnya saya sendiri terjerumus dalam kancah perbincangan yang begitu hina sehingga terpesong dari niat sebenar. Apa yang saya dapat ialah kehilangan beberapa sahabat yang menjadi rakan Fb yang hari2 bergurau senda dan  menjadi penglipur lara. Saya amat terasa kehilangan mereka...

Akhirnya saya jumpa apa yang saya cari melalui Firman Allah swt dalam surah Al-Noor ayat 27 hingga 29 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). 

Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. 

Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan".

Saya hanya nak kata " Maafkan sahabatmu ini kiranya luahan hatiku menyinggung hati dan perasanmu. Tq"

Saturday, July 2, 2011

Vital Principle


2 Julai 2011 Tekanan demi tekanan terhadap regim Muammar Gadhafi di Libya dari Amerika dan sekutunya NATO . Amerika dan NATO mcm bangsat sangat apabila tiga bulan mengebom rakyat Libya tidak memberi apa-apa kesan . 
Regim Gadhafi masih berkuasa dan beribu-ribu rakyat Libya keluar berhimpun di Tripoli's Green Square untuk menyatakan sokongan kepada kepimpinan  Gadhafi. 
Akhirnya dengan menggunakan pengaruh mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa , Amerika dan NATO berjaya mendapatkan waran tangkap  bagi menangkap dan membicarakan Muammar Gadhafi, anaknya Seif al-Islam dan Ketua Perisikan Libya  Abdullah al-Sanoussi. 
Adakah ini sebagai langkah untuk menutup malu lebih2 lagi apabila China dan Russia mula memberi tekanan terhadap campur tangan berlebihan di Libya khasnya tindakan membekalkan senjatapi kepada pemberontak yang dikatakan melanggar  peraturan Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu 1970 (UN Security Council resolution 1970)?....
Mungkin kata-kata Seif al-Islam ini boleh memberi sedikit semangat kepada manusia-manusia yang mencintai keamanan dan menghormati hak orang lain  "Nobody will give up. Nobody will raise the white flag, We want peace, but if you want to fight, we are not cowards. ... We are going to fight."
Saya kagum dengan rakyat Libya dan saya juga ada semangat yang sama.
Moyang saya dulu berpesan " Tanah Melayu ini adalah bumi tempat darah kau tumpah , selagi hayat kau dikandung badan , tanah ini jangan kau gadaikan"
Saya hanya nak kata "  Biar putih tulang jangan putih mata "

Friday, July 1, 2011

ESSET - Integriti Siri 2/2011

30 Jun 2011   Alhamdulillah ...Kursus Integriti Siri 2/2011 bermula pada 26 - 29 Jun 2010 berjalan lancar dan sempurna. Kursus kali ini buat pertama kalinya diadakan di Institiut KWSP Bangi melibatkan seramai 30 peserta dari pelbagai unit dalam Cawangan Kem Komandan.

Insp Sh Rosli sebagai Ketua Urusetia dengan dibantu oleh Haslina sepatutnya diberi kepujian diatas usaha gigih mereka . Program Kursus berjalan lancar walau pun seorang penceramah dari BAKA  yang dijemput tidak dapat hadir . Dalam hati berkata-kata juga " Persetujuan untuk memberi ceramah dah lama dibuat, program dah mula baru bagi tau tak dapat hadir. Apa salah bagitau awal-awal senang kami nak cari pengganti".

Terima kasih kepada penceramah berpengalaman dari SPRM , Institiut Integriti Malaysia, YDH ACP Jamaluddin Kudin dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Insp Zulkifli dari Cawangan Tata Tertib Bukit Aman dan Tuan Ali Ahmad Kem Komandan yang begitu komited dalam kursus ini.

Sebagai Fesilitator  saya dan Alwi berpuashati dengan komitmen peserta kursus. Penilaian oleh peserta Kursus 83.3 % memberi markah sekala 6/7 agak menggembirakan kami....tapi Bos kata masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Nak Publish Aktiviti kami masa kat kursus tu .....