Saturday, July 2, 2011

Vital Principle


2 Julai 2011 Tekanan demi tekanan terhadap regim Muammar Gadhafi di Libya dari Amerika dan sekutunya NATO . Amerika dan NATO mcm bangsat sangat apabila tiga bulan mengebom rakyat Libya tidak memberi apa-apa kesan . 
Regim Gadhafi masih berkuasa dan beribu-ribu rakyat Libya keluar berhimpun di Tripoli's Green Square untuk menyatakan sokongan kepada kepimpinan  Gadhafi. 
Akhirnya dengan menggunakan pengaruh mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa , Amerika dan NATO berjaya mendapatkan waran tangkap  bagi menangkap dan membicarakan Muammar Gadhafi, anaknya Seif al-Islam dan Ketua Perisikan Libya  Abdullah al-Sanoussi. 
Adakah ini sebagai langkah untuk menutup malu lebih2 lagi apabila China dan Russia mula memberi tekanan terhadap campur tangan berlebihan di Libya khasnya tindakan membekalkan senjatapi kepada pemberontak yang dikatakan melanggar  peraturan Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu 1970 (UN Security Council resolution 1970)?....
Mungkin kata-kata Seif al-Islam ini boleh memberi sedikit semangat kepada manusia-manusia yang mencintai keamanan dan menghormati hak orang lain  "Nobody will give up. Nobody will raise the white flag, We want peace, but if you want to fight, we are not cowards. ... We are going to fight."
Saya kagum dengan rakyat Libya dan saya juga ada semangat yang sama.
Moyang saya dulu berpesan " Tanah Melayu ini adalah bumi tempat darah kau tumpah , selagi hayat kau dikandung badan , tanah ini jangan kau gadaikan"
Saya hanya nak kata "  Biar putih tulang jangan putih mata "

2 comments:

  1. betul...tp jgn la ada provokasi kt tanah melayu sendiri..skng melayu yg nk jahanamkn melayu..dunia akhir zaman ke tuan?

    ReplyDelete
  2. Komen panjang2 nanti orang marah , mungkin cukup sekadar mengungkap kembeli kata-kata Bos kita Tuan Ali " Akal yang diberi tu gunakan sebaik mungkin ".

    Cakap pasai akhir zaman ni dia ketetapannya ...

    Firman Allah swt dalam surah Al- Hajj Ayat 7 " Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur."

    ReplyDelete