17 Julai 2011 Minggu yang begitu menyukarkan untuk saya menghindarkan diri saya dari memikirkan perkara-perkara yang saya cuba elakkan . Saya ingin menjadi orang yang jauh dari perbahasan yang melibatkan politik secara terbuka. Saya tidak mahu kehilangan kawan2 yang mempunyai pelbagai pandangan dalam politik
Apakan daya akhirnya saya sendiri terjerumus dalam kancah perbincangan yang begitu hina sehingga terpesong dari niat sebenar. Apa yang saya dapat ialah kehilangan beberapa sahabat yang menjadi rakan Fb yang hari2 bergurau senda dan menjadi penglipur lara. Saya amat terasa kehilangan mereka...
Akhirnya saya jumpa apa yang saya cari melalui Firman Allah swt dalam surah Al-Noor ayat 27 hingga 29 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan".
Saya hanya nak kata " Maafkan sahabatmu ini kiranya luahan hatiku menyinggung hati dan perasanmu. Tq"
No comments:
Post a Comment