24 Julai 2011 Semalam saya dan isteri menghabiskan masa terluang dengan pecutan VTS 200 ke Putrajaya. Kami menggunakan laluan di Lebuh Raya Maju Expresway . Amat menyeronokkan menunggang di Lebuhraya dengan tiupan angin yang agak kencang....hihihi
Sebaik sampai kebetulan waktu zuhor kami singgah mengerjakan solat zuhor di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Masjid yang sangat cantik dengan mempunyai tempat letak kereta bertingkat dibina di tepi tasik ....Saya begitu kagum mungkin kerana pertama kali solat di situ. Sebelum ini hanya masjid Putra saja yang menjadi destinasi kami kalau berkunjung ke Putrajaya.
Kami sesuka hati bebas berpusing-pusing di bandar yang agak lengang sambil cuba mengingati kedudukan pejabat-pejabat kerajaan yang terdapat disitu, lain kali kalau ada keperluan boleh terus saja ke destinasi tanpa perlu tercari-cari...idea isteri saya yang bagus nih.
Sebelum berlepas balik kami singgah sebentar di Alamanda tapi tak beli apa-apa pun...
Dari Putrajaya kami balik melalui highway Plus , singgah rehat sekejap kat Sungai Besi sambil pekena Nescafe dan Pau kaya.
Masa rehat ni lah teringat nak call anak kat rumah ....semua Ok .
Teringat makanan ikan dah habis , perjalanan diteruskan ke Pasar Pudu . Bila dah singgah bukan setakat makanan saja, dengan ikan2 sekali dibeli untuk peliharaan Intan dan Are ee...hihihi
Seronok gila hari ni kerana masa sampai kat IJN hujan lebat , alang2 dah basah terus aja la main hujan atas jalan sampai rumah....hihihi
pak jang, vts 200 tu motor pak jang baru beli ka? berapa harga?
ReplyDelete