24 Julai 2011 Sungguh mengejut dan memilukan apabila nyawa yang tidak berdosa tiba-tiba direntap melalui muncung senjata dan letupan bom yang meruntuh dan meranapkan dinding-dinding batu konkrit.
Jumlah korban 92 orang dan yang cedera 97 orang, sebahagian besarnya remaja sungguh menyedihkan. Takziah untuk semua keluarga mereka-mereka yang terkorban.
Macam tak percaya sebuah negara yang dinobat sebagai negara tertinggi Indeks Pembangunan Manusia bagi tahun 2009 dan 2010 dan negara yang diiktiraf sebuah negara paling aman , tiba-tiba diserang. Rakyat Norway yang berjumlah hanya 4.9 juta orang terpinga-pinga dan seluruh dunia terkejut.
Penangkapan dan pengakuan rakyat Norway sendiri Anders Behring Breivik 32 tahun menyelamatkan dunia daripada membuat andaian yang bukan-bukan mengenai motif serangan dan penyerang yang terlibat. Yang jelasnya serangan ini bukan angkara militan Islam seperti yang selalu dituding jari oleh pihak barat setiap kali berlaku serangan sebegini rupa.
Tahniah kepada polis Norway yang mengaku mereka perlukan 90 minit untuk sampai ke tempat kejadian di Utøya Island. Alasannya kerana tiada kemudahan helikopter dan boat untuk segera ketempat kejadian. Kalau polis sampai lebih cepat mungkin ramai yang dapat diselamatkan kerana penyerang dengan mudahnya menyerah diri.
Mungkin polis Malaysia perlu ambil iktibar dari kejadian ini , kalau ada boat yang canggih2 tu jangan la diserahkan kepada APMM . Jangan sampai kerikanya nanti polis Malaysia pula bagi alasan tak boleh sampai tempat kejadian kat laut dan pulau kerana tak ada boat ....memalukan!!!
Mungkin polis Malaysia perlu ambil iktibar dari kejadian ini , kalau ada boat yang canggih2 tu jangan la diserahkan kepada APMM . Jangan sampai kerikanya nanti polis Malaysia pula bagi alasan tak boleh sampai tempat kejadian kat laut dan pulau kerana tak ada boat ....memalukan!!!
Saya terfikirkan perkara ini bukannya apa, cuma terbayang ugutan regim Libya sebelum ini untuk menyerang negara-negara NATO . Norway adalah salah sebuah negara pengasas PBB dan NATO dan merupakan penyumbang terbesar sumber kewangan NATO untuk operasi di Afghanistan dan Libya .
Nampaknya Muammar Ghadaffi tak perlu keluar belanja untuk serang negara NATO sebab orang dalam negara tu sendiri tolong azabkan rakyat negaranya seperti mana tentera mereka mengazabkan rakyat Afghanistan dan Libya ..... nampak macam doa orang teraniaya dimakbulkan secepat kilat oleh Allah swt.
Saya hanya ingin memetik Ayat 30 dari Surah Al-Ikhsan yang bermaksud " Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya".
No comments:
Post a Comment