Friday, February 20, 2009

PELITA MASIH MENYALA


Hari selasa 17/2/09 masuk saja pejabat telipon berdering. Angkat telipon terus dengar suara yang tak asing lagi Encik Kassim pegawai DBKL Tasik Perdana. Tujuan telipon cuma nak bagi tau dia dah baca utusan ada cerita saya. Lepas tu dapat call dari Normala Utusan mesej yang sama cuma katanya "Minta maaf kalau ada fakta yang tersilap". Kata saya "Tak Mengapa dan terima kasih". Normala adalah wartawan utusan yang menemubual saya . Beliau anak anggota polis juga , bapanya bertugas di Cini, Pahang.

Pada hari yang sama saya terima beberapa call daripada kawan-kawan lama yang terputus hubungan . Paling menarik saya terima call daripada Penang. SM Bakar dari FRU katanya "Tuan apa khabar, saya sm Bakar sama-sama main petanque dengan tuan. Saya baca utusan , tuan tak ingat ka kita sama-sama duduk kat Jongkong Estate masa kecik-kecik dulu. Bila tengok gambar tuan tugas sentry masa konst dan cerita tuan sekolah Sg Kob . saya teringat kat tuan". Saya begitu teruja dan terus berbual panjang dengan Sm Bakar mengingatkan kembali rakan-rakan lama dan keluarga mereka yang tinggal diJongkong Estate dari tahun 1964 hingga tahun 1970.

Ikhlas saya katakan kenangan manis yang paling sukar untuk dilupakan ialah detik-detik semasa saya dibesarkan oleh aruah nenek dan Pak cik saya Harun. Kepayahan dan kehidupan yang serba kekurangan merupakan saat-saat manis yang sentiasa terbayang dimata saya. Kalau Syadah adik saya tahu tentu dia juga akan teruja, saya tahu perasaannya kerana kami berdua sama-sama dibesarkan oleh aruah nenek kami Saadiah bt Yaakob di Jongkong estate.

Pelita Masih Menyala

Nenek ku ....
tika itu
ubun ku masih mentah
tangan dan kaki
masih lemah
kau yang peluk
kau yang pimpin ku

Nenek ku ....
tika itu
dada ku kosong
tiada secuit ilmu
kau ajarku surah
dari kitab allah
kau ulang-ulang
hingga tertanam dibenak ku

Nenek ku ...
tika itu
tingkah laku ku tak tentu
nakal ku ikut nafsu
cacian dan cemuhan
dilempar ke muka ku
kau yang pendam malu

Nenek ku...
Masa pantas berlalu
dewasa ku
tak dapat cium tangan mu
hanya bayangan
wajah
senyum tawa mu
menemani ku

Nenek ku ....
mengenang waktu bersama
jasa
pengorbanan mu
yang terpahat dimemori
tak kan ku padam
surah dari kitab
yang diajar padaku
ku hadiahkan untuk mu

Cheazmibidin

21 Feb 2009 @0020








No comments:

Post a Comment