Lepas tengok berita menarik situasi diPerak menerusi buletin utama TV3 jam 2030 4/2/09 baru saya dan Tuan Ali beredar dari pejabat. Masa nak keluar ikut pintu belakang Tuan Ali tak dapat buka pintu kerana tak jumpa tombol. Sengaja saya padamkan lampu cepat nak tengok Tuan Ali meraba-raba dalam gelap.
Saya sampai rumah jam 2100 terus baring-baring , cucu saya Intan Suraya dalam keadaan batuk dan berhingus menghampiri dan menyuapkan saya sekeping goreng pisang. Hasrat hati nak tengok cerita "Commando" kat Astro tetapi kerana keletihan saya terus tertidur. Bila saya sedar jam dah pukul 1.00 pagi , anak-anak dan Umi Yati juga dah tidur. Lepas sembahyang isyak saya teringat pasar belum pergi lagi.
Saya sampai dipasar borong dah pukul 2.00 pagi , boring betul tukang potong ikan kat pasar Sri Ternak hanya seorang saja waktu itu, lambat la sikit kerjanya. Banyak juga ikan yang saya beli lebih kurang Rm 170 . Lepas itu saya pergi ke pasaraya NSK , kat situ saya belanja beli barang Rm 187 . Sarat la juga kereta wira dengan barang. Saya juga singgah diPetronas mengisi gas NGV sebanyak RM 8.80.
Semasa on the Way nak balik rumah apabila saya melepasi susur bulatan Batu Cave sebuah kereta peronda polis menghampiri dan mengarahkan saya berhenti. Selepas berhenti kedua-dua anggota polis dari kereta peronda keluar dan menghampiri saya yang telah pun keluar dari kereta.
Salah seorang dari anggota tersebut bertanya " Encik dari mana?" Saya jawab pantas " Dari pasar". "Dari Pasar?" anggota polis tersebut berkata seolah-olah macam tak percaya "Apa yang dibawa ni?"anggota polis tersebut melihat ditempat duduk belakang kereta saya "Barang -barang beli kat pasar , macam-macam ada" kata saya. "Patut la nampak kereta macam mendap semacam saja , encik berniaga ka?" soalnya lagi " Ya" jawab saya ringkas "Tak ada Van ka?"terus bertanya " Berniaga kecik-kecik saja" saya jawab selamba. "Tak pa la minta ic dengan lesen" . Saya keluarkan dompet , susah pula nak cari lesen dan ic yang terselit didalam beg duit tu.
Semasa meneliti lesen anggota polis tersebut bertanya lagi " Encik meniaga kat mana?" "Kat Sri Batu Cave" jawab saya. "Full time kePart time?". Saya jawab"Part time saja, cari makan" soal siasat selanjutnya polis tu tanya "Encik kerja ka? " saya mengangguk "Kat mana?" . "Saya kerja kat Bukit Aman polis juga" "Ok lah encik terima kasih" anggota polis tersebut menyerahkan kembali lesen kepada saya dan kembali ke kereta peronda.
Seronok saya melihat anggota polis yang perihatin, dedikasi dan berbudi bahasa dalam menjalankan tugas mereka , tak macam orang selalu cerita , polis kasar bila menahan dan periksa orang. Terima kasih kepada kedua-dua anggota polis yang telah menahan dan memeriksa saya.
No comments:
Post a Comment