Rancangan Umi Yati nak niaga hari Ahad terpaksa dibatalkan memandangkan kawasan tapak niaga penuh dengan bas dan kereta. Tahun ni begitu ramai penganut hindu berkumpul di Batu Caves untuk perayaan Thaipusam jika dibanding tahun lepas. Saya batal hasrat untuk kepasar dan terus balik bagi tau umi yati keadaan sesak di Sri Batu Caves.
Pukul 4.30 pagi 8/2/09 Buk Sol call tanya jadi tak niaga. Umi yati yang menyangka ia masih dekat kawasan rumahnya bagi tak perlu datang kerana tak niaga. Lebih kurang 10 minit kemudian saya dengar suara cemas Buk Sol memanggil Umi Yati kat depan rumah. Bila kami bangun dan buka pintu Buk Sol dengan nada separuh menangis memberitahu ia telah diragut oleh dua lelaki menunggang m/sikal dekat hentian bas jalan masuk kerumah saya.
Rupanya masa call tadi Buk Sol dah sampai kat rumah saya dan ia berpatah balik. Dalam beg yang diragut terdapat wang tunai RM 30.00 dan talipon Nokia. Sedih betul saya tengok keadaan Buk Sol yang begitu kecewa kerana kehilangan talipon dan perasaan terkejut yang dialaminya. Saya minta Syafuan hantarkan Buk Sol Balik. Umi Yati hulurkan Rm 50.00 kepada Buk Sol untuk buat belanja.
Keselamatan dikawasan perumahan Taman Batu Muda kebelakangan ini agak mengecewakan saya. Kecurian kecil seperti basikal dan kasut sudah perkara biasa. Di rumah saya sendiri dalam masa sebulan lepas sudah 2 kali kejadian curi kasut. Habis kasut anak-anak yang baru dibeli dicuri. Cakap tentang basikal saya sudah serik nak beli basikal , empat buah basikal yang dibeli untuk Intan tak sempat sebulan digunakan lesap dicuri, begitu juga basikal yang dibeli untuk pembantu habis dikebas. Itu nasib saya ,tak tau pulak nasib orang yang lebih teruk dari saya.
Umi Yati nak hilangkan tension ajak Rifqah pergi main bowling kat Ampang. Intan , Syahir dan Ika anak jiran saya Siti pula ajak saya temankan mereka ke KLCC , nak mandi kata mereka. Saya juga yang tengah tension dan memang tak ada kerja mengikut saja.
Kami ke Ampang melalui lebuh raya DUKE yang baru dibuka. Mudah betul perjalanan tak jem langsung, sampailah kami keluar kat susur jalan Semarak. Masa sampai di KLCC azan asar berkumandang. Saya terus ke masjid untuk solat Asar. Lepas tu kami berlari-lari anak ke kolam.
Saya hanya termenung ditepi kolam memerhati anak-anak mandi, sambil tu perhatikan juga gelagat ibu bapa melayan anak-anak mereka mandi. Paling mencuit hati saya gelagat pasangan muda India yang begitu asyik nak ambil gambar anak kecil berusia setahun lebih mandi . Akhirnya kamera yang dipegang tercampak kedalam air. Kasihan betul.
Kerana terlampau asyik mandi , saya terpaksa menetapkan jam 6.00 pm untuk mereka berhenti mandi. Lepas mandi saya bawa mereka ke Menara Kl sekejap tetapi tak naik menara pun kerana masa cuti sekolah yang lepas saya dah bawa mereka naik menara. On the way balik kat jalan Pahang saya singgah Mac D belikan bubur nasi dan bugger untuk mereka bertiga dan saya sendiri.
Lega juga fikiran saya lepas tu. Boleh diamalkan ni.
bestnya intan dan kawan-kawanya mandi kolam.mandi kolam ni best juga.intan sampai tak puas -puas lagi nampak.
ReplyDeleteKesian ler.. Pasangan india.. Tu nasib baik camera klu hp kamera yg jatuh.. Mcm mn pulak reaksinya... Yg penting anak selamat...
ReplyDelete