Friday, February 13, 2009

bliss



Saya adalah seorang peminat minuman yogurt. Sebenarnya ketagihan saya terhadap minuman yogurt bermula apabila Syarikat Nestle membuat promosi percuma yogurt yang nak luput tempoh diBukit Aman beberapa tahun lepas. Anak-anak saya juga minat minum yogurt dan saya percaya ramai antara kita yang minat minum yogurt.

Yang saya pasti antara rakan pejabat yang minat minum yogurt ialah Kak Ros dan PA Kem Komandan yang nama glemornya Farah. Kalau nak diikutkan nama sebenar Farah ni lebih manis iaitu Nor Aznie , sangat sesuai dengan rupanya yang amat menarik dan menggoda. Ramai lah juga jejaka yang jatuh hati dengannya tetapi tak ada respon. Malang betul nasib mereka ya!

Hari ini 12 Feb 2009 Kak Ros , Farah , Anisah dan Nazneen ambil kesempatan waktu rehat pergi ke NSK Selayang beli barang . Tuan Hj Tahir OCS sedekahkan duit rm 100.00 untuk buat belanja makan staff pejabat. Nazneen dah ada dua orang anak , suaminya Mahadir Mohamad orang Serawak salah seorang pemain petanque pasukan saya. Tuan Ali pernah kata pada saya " Saya tengok Nazneen ni pemalu sikit no?" Saya hanya kata " Ya ka tuan? Dia ni orang Taiping, suami dia orang Serawak. Dia memang pemalu tapi rajin dan pandai masak".

Pukul 2.00 pm 12 Feb 2009 bila pejabat dibuka semula, saya lihat Kak Ros , Farah, Anisah dan Nazneen dah sampai balik kepejabat. Arif yang temankan mereka pergi keNSK rupanya. Bagi saya Arif memang baik, semua orang dia tolong. Arif dah bertunang pada 31 Jan 2009 lalu dengan gadis pilihannya, rakan sekolah kat Penang. Katanya hantaran Rm 7000.00 tahun depan kahwin la dia.

Kak Ros dengan muka yang muram dan sedih mengadu kepada kami botol minuman Bliss yang dibelinya mengandongi air 3/4 saja dan penutupnya pun dah ada kesan dibuka. Tak perasan katanya masa beli kat NSK tadi. Kasihan Ros beli minuman tapi tak dapat minum. Intonasi suara Kak Ros yang semula jadi manja ala Kelantannya menambahkan belas kasihan kami kepadanya.

Saya mencadangkan supaya tuntut ganti rugi dari pihak pasaraya NSK kerana jual barang yang telah diguna, Kata saya boleh buat aduan kepada tribunal pengguna kalau mahu. Kalau tidak pun jika dibawa balik keNSK mungkin dapat ganti rugi segera sekurangnya 5 botol bliss. Itu pun kalau kalau Pengurusnya perihatin dengan belanja yang terpaksa dikeluarkan kerana berulang alik keSelayang.

Kami paksa Sm Mail yang terkenal dengan bahasa yang bisa untuk pergi ke NSK buat tuntutan. Sm Mail ajak sekali Kak Ros dan Farah menemaninya ke NSK untuk buat tuntutan . Rupanya Sm Mail pun kecut perut juga nak buat kerja macam ni, perlukan perempuan untuk jadi perisai. Tapi kalau dengar cakapnya simen konkrit pun boleh berderai.

Betul atau tidak apa yang dicerita Sm Mail saya tak tau kesahihannya. Yang pastinya sebotol Bliss terpakai diganti dengan sebotol Bliss yang belum dijamah . Sm Mail GAGAL dalam misinya untuk mendapat ganti rugi seperti yang kami harapkan.

1 comment:

  1. Apa ni belum apa-apa misi dah GAGAL
    Ingatkan nak tumpang sekaki sebotol Bliss
    Balik-balik habuk pun tarak...
    jangan mare yer....
    Apa-apa pun benda dah jadi....
    Yang pastinya kita minum dulu...
    Kak Ros pulak... jangan main ambil je...
    lihat dulu label....

    ReplyDelete