Tuesday, March 24, 2009

Kuala Sepetang

Seperti yang diprogramkan semasa dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, rombongan kami telah singgah di Kuala Sepetang. Agenda kami ialah untuk menikmati hidangan Mee Udang masakan popular disini. Agaknya kerana keletihan Intan dan Syahir terkulai layu melayan mimpi didalam bas.

Saya dan Umi Yatie turun bersama ahli rombongan untuk menjamu selera. Kerana perut saya tak berapa sihat saya hanya berkongsi sepinggan kueh teow udang dengan Umi Yatie. Saya tengok Tuan Hj Tahir , Sm Mail, Asri , Mahadir dan Min bersama keluarga masing-masing bukan main hebat membuat pesanan. Ada juga yang bungkus untuk dibawa pulang kepada yang tersayang yang tak berpeluang ke Kuala Sepetang. Bagus la tu saling ingat mengingati.

Kerana Kuala Sepetang terletak dalam Parlimen Bukit Gantang yang akan mengadakan pilihanraya kecil dapatlah kami menyaksikan “perang poster” antara parti yang akan bertanding dikawasan tersebut. Hebat la juga nampaknya….

Lepas pekena Mee Udang rombongan kami terus berlepas balik ke Kuala Lumpur. Masa dalam perjalanan hampir sampai keTaiping abang Hanafi pemandu bas kami baru teringatkan jeketnya tertinggal dikedai mee Udang. Mula la gelabah talipon taukeh kedai minta tolong simpankan. Nasibnya baik kerana jeket masih ada.


Kalau bukan kerana perut
Tentu ku makan sesedap mulut
Tak kira udang darat ke udang laut
Biar sakit tangan dan lutut
Kan ku sumbat sampai penuh perut
Kerana aku memang tak takut gaut

Sm Mail memang dah kena gaut
Tapi makannya ikut sedap mulut
Dia tak pernah rasa takut
Katanya makan la apa yang patut
Kalau dah sakit tangan dan lutut
Mintalah doctor cucuk di buntut















Monday, March 23, 2009

Naka

21 Mac 2009 saya , Umi Yati, Intan dan Syahir menyertai rombongan Perkep Kem Komandan berkunjung keNaka , Kedah. Kenapa pilih Naka pulak untuk lawatan, tak ada tempat lain ke yang menarik??? Oopss... sebenarnya kami nak ambil peluang bertandang kerumah Alwi yang mengadakan kenduri perkahwinannya dengan cik gu Suzy dari Kelantan.
Lepas makan kenduri kami akan melawat Komplek Pasukan Gerakan Merin di Batu Uban, Penang dan bermalam disana. SM Mail yang handal tu awal-awal dah tempah dua unit rumah transit dipengkalan Merin untuk penginapan kami. Saya awal-awal beritahu Sm Mail di Penang saya akan bermalam dirumah adik saya Man dan Mona di Perumahan Polis Ayer Itam. Anak saya Intan dan Syahir macam dah tak sabar nak jumpa sepupu mereka Fais , Fatini dan Amir. Seronoklah mereka nanti.

Kerana menunggu Salmi yang tersenyum-senyum kerana lambat datang, kami terlambat sedikit dari jadual berlepas asal yang ditetapkan jam 7.30 am kejam 8.30 am. Nasib baik pemandu bas PDRM abang Hanafi pagi itu moodnya baik. Yang sedihnya Salmi yang membuatkan kami tertunggu-tunggu tak pun naik bas, rupanya dia naik perdana bersama in-chagenya abang Zul Mamak. Perut saya yang sakit masa keluar rumah tadi bertambah la sakit. Sabar aja la.....Masa bas berhenti dihentian Rawang untuk beri peluang kami bersarapan, saya telah membeli dan mengunyah pil Actal untuk meredakan sakit perut

Setiap kali apabila bas hendak berlepas dari setiap perhentian dimana bas kami berhenti, SI hj Tahir akan membilang penumpang yang berada didalam bas.Semua dah cukup baru bas akan berjalan.Min yang bawa tiga anak comelnya terpaksa bekerja keras kerana Yunus tak dapat ikut serta ada tugas katanya ,tapi tahniah la tak ada anaknya yang tercicir. Anihnya semasa bas berlepas dari hentian diplaza tol Gurun tiba-tiba Hj Tahir menyuruh pemandu bas berhenti. Rupa-rupanya anaknya Izuddin yang turun kebilik air belum lagi naik bas. Tercicir rupanya dia.....

Rombongan kami sampai dirumah Alwi jam dah pukul 3.00 pm tetapi masa tu tetamu jemputan masih ramai lagi. Meriah betul.. kenduri Alwi, DJ nya bukan main lagi bila mengalu-alukan kehadiran kami, lepas tu menyanyi lagu hindustan pulak.Hebat la... Alwi nampak begitu kacak dan bergaya sekali memakai pakaian istiadat polis manakala isterinya memakai gaun labuh pengantin warna putih kelihatan ceria, ayu dan menawan. Mereka berdua keluar menyambut dan menjemput kami menikmati jamuan yang dihidangkan. Saya makan dengan berselera sekali kerana dah lama tak makan nasi dan gulai kawah yang enak tu. Saya yang lupa sebentar sakit perut juga menghabiskan sepiring rebung madu yang dicicah sambal belacan.

Sebelum berlepas balik rombongan kami telah berkesempatan bergambar dengan Alwi dan isterinya . Kami juga dapat berkenalan dengan ibu dan bapa Alwi .

Tahniah ! Tahniah! Tahniah! dan Selamat Pengantin Baru untuk Alwi dan Cik gu Suzy.

Pesan kami untuk Alwi yang disayangi


Kini kau dah beristeri
jangan nak gatal-gatal lagi
pandai-pandai jaga hati isteri
jangan sekali jadi pembuli
kalau isteri merajuk hati
susah kau nak pujuk nanti

isteri kau bukan duduk disini
tapi hati kau tetap disisi
makan minum kau tak peduli
cuma sms kau boleh beri
harap-harap dia balik sini
dapat la hang berada disisi

kami pun turut simpati
kami juga susah hati
fikir macam mana nasib Alwi
baru kahwin ditinggal isteri
maklum la isteri diover sea
kau sorang duduk disini

Sabar-sabar la wahai Alwi
itulah dunia suami isteri
kalau dah ketentuan illahi
gunung terpaksa didaki
lautan terpaksa direnangi
isteri wajib disayangi

Walau pun jauh dekat dihati
cinta tetap kekal abadi
sama-sama menjaga diri
tawakkal dan berdoalah setiap hari
kekal lah kau dan suzy
dari dunia hingga akhirat nanti

Friday, March 20, 2009

cuti










Ini cerita anak-anak bila cuti sekolah. Selalunya bila cuti sekolah saya akan pening kepala kerana bila balik saja dari kerja anak saya akan tanya " Abah bila nak bawa kita orang jalan-jalan, boring la abah asyik duduk rumah saja". Jawapan apa yang sesuai nak bagi susah saya nak fikir, kerana tak nak anak-anak menuntut janji. Selalunya saya akan kata "dulu kan abah dah bawak jalan-jalan pergi Zoo , pergi Pantai dan banyak tempat lagi yang kita dah pergi". Untuk mengingat kembali kepada anak-anak-anak saya nak buktikan dengan memaparkan gambar-gambar tempat menarik yang kami dah pergi.















Thursday, March 19, 2009

Urut-urutan



Pagi ini khamis 19 mac 09 Nizam mengadu sakit dada dan seluruh badan rasa sejuk minta kebenaran nak pakai jeket. Matanya yang memang layu nampak semakin layu kerana menahan sakit. Katanya dada sebelah kanan sakit sangat. Untuk meredakan sakitnya saya berkata " sakit kanan tak apa kerana jantung sebelah kiri".

Lepas taklimat saya diberitahu oleh Sarjan Zul keadaan Nizam semakin teruk dan menyuruh saya lihat dalam bilik solat katanya " Tuan tengok la Nizam dah terbaring dalam bilik sembahyang". Bila saya jengah kebilik solat saya nampak Nizam dalam keadaan meniarap tanpa baju. Rupanya abang Akob baru lepas mengurut Nizam kononnya nak membantu la. Tapi saya nampak muka Nizam masih tak berubah, sakit lagi la tu.

Masa rehat tengahari Nizam diurut lagi oleh Yazid yang mempunyai kemahiran mengurut. Fadli atau lebih dikenali dengan nama Baluk juga mengambil kesempatan untuk sama-sama berurut. Harap-Harap Nizam lebih lega dan Baluk pula bertambah mantap lagi. Ini pantun saya untuk mereka:

Sakit dada diurut lengan
Sakit kaki diurut lutut
Akob bukan orang sebarangan
Pengeras urut tidak dituntut

Akob bukan orang sebarangan
Pengeras urut tidak dituntut
Jangan la asyik urut tangan
dada tu yang patut diurut

Jangan la asyik urut tangan
dada tu yang patut diurut
Fazli nampak geli geleman
Nizam nampak macam orang takut

Tuesday, March 17, 2009

Lagu



Cuti sekolah membuatkan saya terkenang saat-saat masa lampau. Fikiran saya cuba mengimbau kisah pahit manis semasa saya menjadi pelajar. Yang tidak pernah pudar dari ingatan saya ialah masa berada dalam darjah satu tahun 1964. Guru kelas saya yang pertama yang tak pernah saya lupa ialah che gu Fatimah. Yang paling mengingatkan saya kepada che gu Fatimah ialah kesukaannya mencubit dan memulas-mulas perut saya bila tak dapat jawab soalan semasa beliau mengajar. Berkat cubitannya saya telah menjadi manusia yang berjaya hari ini.

Hari sabtu 14 mac 2009 yang lalu saya membawa anak-anak berkunjung ke Port Dickson dan bermalam di Mes Greysands . Saya dengan bangga menyanyi lagu sekolah rendah saya untuk didengar oleh anak-anak . Lirik lagu Sekolah Kebangsaan Sungai Kob yang masih saya ingat seperti ini.

SKSK
Lambang kita
SKSK
Sanjungan kita
Selalu Kerja
Sentiasa Kemas
usaha tekun ber jaya

Diulang 2 X

Rupanya lagu ini amat disukai oleh anak saya Syahir yang baru masuk darjah satu. Suka benar ia menyanyikan lagu tersebut.

Friday, March 13, 2009

Greysands






Greysands PD lagi ! Tak apa saya memang suka tempat ini. Kali ini saya jadi Fesilitator untuk seminar keselamatan bangunan dan kawasan siri 1/2009 yang berlangsung selama 5 hari. Walau badan tak sihat kerana selsema dan batuk saya bertekad untuk bersama peserta seminar hingga tamat. Alhamdulillah dengan rahmat dan izin allah hasrat saya tercapai.

Saya akui saya kagum dan bangga dengan peserta seminar kali ini kalau dibandingkan dengan peserta seminar yang diadakan sebelum ini. Menariknya dalam semua aktiviti peserta seminar begitu bersungguh-sungguh mempamirkan keupayaan mereka . Semuanya berani tampil kedepan untuk meluahkan pandangan dan buah fikiran. Syabas. Seronok betul saya nak berkongsi cerita dengan Tuan Ali.

Mentari

Bila ku buka mata
detik dihati nak lihat mentari
tapi...
dinding batu menghalang
pandangan ku hanya disitu

Bila ku langkah kaki
hatiku berdetik lagi
tapi ...
jalan mana nak ku lalui
langkah ku berhenti lagi disitu

Bila ku terkenang cahaya
hati ku berdetik kembali
ku misti lihat mentari
langkah ku hela lagi
ku yakin pintu pasti ada

Mentari! Mentari! Mentari
aku dah berjaya
di situ tak kan ku lupa
di sini tetap ku bangga

Tuesday, March 10, 2009

Melayu yang layu

Kesihatan saya hari ini agak terganggu. Kepala berdenyut manakala tekak pula terasa begitu perit. Tuan Ali minta saya menjadi juruacara majlis perasmian seminar keselamatan kawasan dan bangunan siri 1/2009 . Seminar kali ini dirasmikan oleh ACP Mohd Anuar bin Othman Pen. Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Hj Mazlan bin Hj Othman turut hadir.

Saya tidak mempunyai sebarang panduan untuk aturcara majlis perasmian kerana pihak urusetia yang diketuai oleh Sjn Ehsan Khalidi bersama pembantunya Kpl Zulia, L/Kpl Salmee dan Konst/W Fitri hanya menyediakan backdrop tanpa susunan acara. Macam ni punya urusetia pun ada, susah sangat ka nak buat susun acara? Lu fikir la sendiri kata Nabil maka terpaksa la saya buat susun acara sendiri.

Bila kepala saya mula berfikir macam-macam yang terbayang dalam otak saya. Saya terbayang bagaimana persidangan DUN Perak dijalankan dibawah pokok. Saya teringat pernah disatu ketika bulan ramadhan semasa saya bertugas sebagai Inspektor Kawasan Gemas , saya bersama-sama sepasukan anggota polis telah membuat serbuan persidangan besar-besaran penoreh getah didalam ladang getah diFelda Jelai. Mereka juga bersidang dibawah pokok sambil memuja kad-kad yang beranika nomber termasuk yang ada gambar king dan queen. Semua berangan nak jadi kaya. Mungkin kedua-dua persidangan ini ada persamaan. Tabiat melayu yang lupa daratan dan asal usul mereka.

Kepada melayu yang begitu berbangga dengan kejayaan mengadakan sidang dibawah pokok sena dan melayu yang terjerit-jerit macam mawas gila disimbah hujan depan istana . Tak lupa juga kepada melayu yang kepalanya dibelit kain lap kaki yang berlendir dengan taik kucing dan taik ayam. Sajak ini sesuai untuk di baca dan dihayati.

Wahai melayu
satu ketika dulu
kau umpama penyapu
Pasir Salak memahat sejarah
demi maruah bangsa
darah musuh ditumpahkan
nyawa ditukar ganti

wahai melayu
kini
kau umpama seekor lembu
hidung dicucuk
diikat kemili dan tali
ditarik kesana kemari
dimana kau diikat
disitulah kau berdiri
makan kau tunggu diberi

wahai melayu
dimana semangat perwira
mat kilau, datuk bahaman, Tok Janggut dan datuk lela
yang menjadi keagungan mu
kau sanggup ketawa dan mengilai
bersama-sama penjarah
menghina raja
yang kau daulatkan
mencemarkan maruah melayu
ditanah air sendiri

Wahai melayu
sedar dan insaflah
sebelum tamaddun bangsa mu
menjadi sejarah
kerana kelemahan dan kebodohan mu
kerana rakus dan derhaka mu
kepada raja yang kau daulat

Wahai melayu
akhirnya pesan ku
jangan kau ikut nafsu
kerana ia akan membinasakan mu

cheazmibidin
7 Mac 2009

Saturday, March 7, 2009

Antaboga


Hari ini Sabtu 7 Mac 2009 saya dan umi yati menghabiskan masa di LowYat mencari mouse. Mouse telah dirosakkan oleh cucu kesayangan. Nak marah tak boleh mau tak mau diam-diam cari yang baru untuk ganti yang rosak tu. Sebelah petangnya bersantailah saya didepan tv , best juga cerita-cerita yang disiarkan astro di chanel 411,412 dan 413.

Sambil-sambil menuntun tu banyak juga perkara yang saya fikirkan. Saya teringat pesanan Ros supaya "delete" posting saya bertajuk bliss, katanya begini "kalau tuan tak delete , ros tak nak baca lagi blog tuan". Saya berharap Ros dapat bersabar kerana saya masih mencari-cari "key" untuk delete . Sebenarnya saya sendiri tidak faham mengapa saya hanya berjumpa "key" untuk posting tetapi tak jumpa "key" untuk delete. Mungkin sebab itulah juga agaknya saya banyak menyimpan memory didalam hd dikepala saya.

Saya teringat kepada "Antaboga" salah satu watak makluk asing yang saya tulis didalam cerpen fiksyen semasa saya didalam tingkatan empat diSek. Men. Pulau Nyior (1974). Kerana cerpen tersebut banyak mengaitkan rakan-rakan sekelas , guru bm saya amat tertarik dan saya disuruh membaca cerpen tersebut didalam kelas. Selepas itu rakan-rakan saya khasnya yang dibabitkan didalam cerpen tersebut saudara Saad Man dan Rusli dari Kg. Putat telah menggelar saya Antaboga. Saya percaya sehingga sekarang mereka masih ingat "Antaboga".

Setelah 30 tahun berlalu saya ingin sekali untuk berbicara semula dengan "Antaboga".

Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau ada
yang tiada padaku

Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau amal
tidak diamal oleh ku

Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau mulia
tidak dimulia oleh ku

Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau tafsir
tidak ditafsir oleh ku

Antaboga
aku ingin bertanya
kalau hakikatnya
allah yang menentu segala
mengapa manusia
tamak haloba
gila kuasa
gila segala gila

Antaboga
aku ingin bertanya
takdirnya tsunami muncul lagi
kemana kita nak lari
mampukah kita berlari lagi

cheazmibidin
7 Mac 2009

Wednesday, March 4, 2009

MULU OH MULU














Ku pendam dalam lubuk hati
hasrat ku menjelajahi bumi mu
tiba saat yang dinanti
takdir allah yang mempertemu
ku pergi dengan bersaksi
gumpalan awan putih dan biru
Jejak kaki ku yang pertama
terpukau dengan keindahan
bagai malam bulan purnama
gemersik bunyi geselan dahan
hembusan angin yang berirama
mengakui keagungan tuhan

Kesyukuran ku hanya pada mu
tuhan yang mencipta sekelian alam
kurnia mu pada diriku
kau tunaikan hajat terpendam
ya allah engkaulah tuhanku
tuhan ku sembah hingga akhir kalam

Cheazmibidin
19 jun 2007

Monday, March 2, 2009

petanque

Hari ini 1 Mac 2009 tiba-tiba saja saya teringat games kegemaran saya tetapi dah hampir 5 bulan tak pergi main sekadar singgah digelanggang melihat kawan-kawan bermain. Saya teringatkan keseronokan bermain petanque.

Berdetik dihati saya nak ikut kawan-kawan pergi ke Dungun untuk bermain dikejohanan petanque yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2009. Kalaulah bukan kerana Tuan Ali terlibat dengan bengkel PTK yang bermula pada 3 Mac 2009 pasti saya akan ikut keDungun.

Sebenarnya penglibatan saya dalam petanque bermula di Dungun apabila saya di pertanggung jawab membawa pasukan petanque Bukit Aman menyertai Karnival sukan PDRM di Terangganu pada tahun 2004. Acara Petanque dipertandingkan di gelanggang petanque Dungun. Pemain dari Kontinjen Bukit Aman Saudara Rasit bin Abas telah menjadi johan Single lelaki bagi kejohanan yang pertama kali dianjurkan diperingkat PDRM.

Selepas menyertai karnival sukan di Terangganu saya dan rakan-rakan yang terlibat dalam kejohanan tersebut telah berusaha mengembangkan petanque di Bukit Aman. Atas usaha kami pemain-pemain petanque akhirnya Kontinjen Bukit Aman mempunyai gelanggang petanque sendiri. Penghargaan saya kepada mereka-mereka yang terlibat dalam merialisasikan keujudan gelanggang Petanque Bukit Aman. Antaranya ialah saudara Harun Hassan, Rasit Abas , Adnan Abd Aziz, Rosli Harun, Mahadir Mohammad, Haji Tahir Abd Malek, Ramesh , Rumli Nor, Sazali, Risuddin, Zulkifli (Zul Arau), Yazid, Frankie dan Syarif. Saya telah dilantik sebagai pengelola Petanque PDRM.

Kepada rakan-rakan pemain petanque marilah kita mempertahankan permainan yang telah kita pelupori dan kembangkan di Bukit Aman. Bersama-samalah kita mengimbau kembali saat-saat manis ketika kita beramai-ramai menyertai kejohanan-kejohanan yang telah dianjurkan.