Monday, March 2, 2009

petanque

Hari ini 1 Mac 2009 tiba-tiba saja saya teringat games kegemaran saya tetapi dah hampir 5 bulan tak pergi main sekadar singgah digelanggang melihat kawan-kawan bermain. Saya teringatkan keseronokan bermain petanque.

Berdetik dihati saya nak ikut kawan-kawan pergi ke Dungun untuk bermain dikejohanan petanque yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Mac 2009. Kalaulah bukan kerana Tuan Ali terlibat dengan bengkel PTK yang bermula pada 3 Mac 2009 pasti saya akan ikut keDungun.

Sebenarnya penglibatan saya dalam petanque bermula di Dungun apabila saya di pertanggung jawab membawa pasukan petanque Bukit Aman menyertai Karnival sukan PDRM di Terangganu pada tahun 2004. Acara Petanque dipertandingkan di gelanggang petanque Dungun. Pemain dari Kontinjen Bukit Aman Saudara Rasit bin Abas telah menjadi johan Single lelaki bagi kejohanan yang pertama kali dianjurkan diperingkat PDRM.

Selepas menyertai karnival sukan di Terangganu saya dan rakan-rakan yang terlibat dalam kejohanan tersebut telah berusaha mengembangkan petanque di Bukit Aman. Atas usaha kami pemain-pemain petanque akhirnya Kontinjen Bukit Aman mempunyai gelanggang petanque sendiri. Penghargaan saya kepada mereka-mereka yang terlibat dalam merialisasikan keujudan gelanggang Petanque Bukit Aman. Antaranya ialah saudara Harun Hassan, Rasit Abas , Adnan Abd Aziz, Rosli Harun, Mahadir Mohammad, Haji Tahir Abd Malek, Ramesh , Rumli Nor, Sazali, Risuddin, Zulkifli (Zul Arau), Yazid, Frankie dan Syarif. Saya telah dilantik sebagai pengelola Petanque PDRM.

Kepada rakan-rakan pemain petanque marilah kita mempertahankan permainan yang telah kita pelupori dan kembangkan di Bukit Aman. Bersama-samalah kita mengimbau kembali saat-saat manis ketika kita beramai-ramai menyertai kejohanan-kejohanan yang telah dianjurkan.

No comments:

Post a Comment