Tuesday, March 24, 2009

Kuala Sepetang

Seperti yang diprogramkan semasa dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, rombongan kami telah singgah di Kuala Sepetang. Agenda kami ialah untuk menikmati hidangan Mee Udang masakan popular disini. Agaknya kerana keletihan Intan dan Syahir terkulai layu melayan mimpi didalam bas.

Saya dan Umi Yatie turun bersama ahli rombongan untuk menjamu selera. Kerana perut saya tak berapa sihat saya hanya berkongsi sepinggan kueh teow udang dengan Umi Yatie. Saya tengok Tuan Hj Tahir , Sm Mail, Asri , Mahadir dan Min bersama keluarga masing-masing bukan main hebat membuat pesanan. Ada juga yang bungkus untuk dibawa pulang kepada yang tersayang yang tak berpeluang ke Kuala Sepetang. Bagus la tu saling ingat mengingati.

Kerana Kuala Sepetang terletak dalam Parlimen Bukit Gantang yang akan mengadakan pilihanraya kecil dapatlah kami menyaksikan “perang poster” antara parti yang akan bertanding dikawasan tersebut. Hebat la juga nampaknya….

Lepas pekena Mee Udang rombongan kami terus berlepas balik ke Kuala Lumpur. Masa dalam perjalanan hampir sampai keTaiping abang Hanafi pemandu bas kami baru teringatkan jeketnya tertinggal dikedai mee Udang. Mula la gelabah talipon taukeh kedai minta tolong simpankan. Nasibnya baik kerana jeket masih ada.


Kalau bukan kerana perut
Tentu ku makan sesedap mulut
Tak kira udang darat ke udang laut
Biar sakit tangan dan lutut
Kan ku sumbat sampai penuh perut
Kerana aku memang tak takut gaut

Sm Mail memang dah kena gaut
Tapi makannya ikut sedap mulut
Dia tak pernah rasa takut
Katanya makan la apa yang patut
Kalau dah sakit tangan dan lutut
Mintalah doctor cucuk di buntut















No comments:

Post a Comment