Hari ini Sabtu 7 Mac 2009 saya dan umi yati menghabiskan masa di LowYat mencari mouse. Mouse telah dirosakkan oleh cucu kesayangan. Nak marah tak boleh mau tak mau diam-diam cari yang baru untuk ganti yang rosak tu. Sebelah petangnya bersantailah saya didepan tv , best juga cerita-cerita yang disiarkan astro di chanel 411,412 dan 413.
Sambil-sambil menuntun tu banyak juga perkara yang saya fikirkan. Saya teringat pesanan Ros supaya "delete" posting saya bertajuk bliss, katanya begini "kalau tuan tak delete , ros tak nak baca lagi blog tuan". Saya berharap Ros dapat bersabar kerana saya masih mencari-cari "key" untuk delete . Sebenarnya saya sendiri tidak faham mengapa saya hanya berjumpa "key" untuk posting tetapi tak jumpa "key" untuk delete. Mungkin sebab itulah juga agaknya saya banyak menyimpan memory didalam hd dikepala saya.
Saya teringat kepada "Antaboga" salah satu watak makluk asing yang saya tulis didalam cerpen fiksyen semasa saya didalam tingkatan empat diSek. Men. Pulau Nyior (1974). Kerana cerpen tersebut banyak mengaitkan rakan-rakan sekelas , guru bm saya amat tertarik dan saya disuruh membaca cerpen tersebut didalam kelas. Selepas itu rakan-rakan saya khasnya yang dibabitkan didalam cerpen tersebut saudara Saad Man dan Rusli dari Kg. Putat telah menggelar saya Antaboga. Saya percaya sehingga sekarang mereka masih ingat "Antaboga".
Setelah 30 tahun berlalu saya ingin sekali untuk berbicara semula dengan "Antaboga".
Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau ada
yang tiada padaku
Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau amal
tidak diamal oleh ku
Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau mulia
tidak dimulia oleh ku
Antaboga
aku ingin bertanya
ilmu apa yang kau tafsir
tidak ditafsir oleh ku
Antaboga
aku ingin bertanya
kalau hakikatnya
allah yang menentu segala
mengapa manusia
tamak haloba
gila kuasa
gila segala gila
Antaboga
aku ingin bertanya
takdirnya tsunami muncul lagi
kemana kita nak lari
mampukah kita berlari lagi
cheazmibidin
7 Mac 2009
No comments:
Post a Comment