Wednesday, March 31, 2010
Bakti
Thursday, March 25, 2010
20100325 Dah 203 Tahun
Sahabat saya yang sorang ni memendekkan perkhidmatannya sebagai Pegawai polis kerana meceburi bidang Perbankan yang menjanjikan pendapatan yang berganda-ganda dari gaji sebagai pegawai polis.
Walau pun berada dibidang lain hubungan persahabatan kami amat rapat macam masih dalam pasukan. Saya nak publishkan sms yang dikirim oleh beliau ....
"Happy 203 years Police Day celebration. Just a gentle reminder that 'Reputation is the key word to restore public confidence. Still proud to have served PDRM from 1979 - 1991. May God bless you & PDRM towards achieving quality service & contribution to this nation" Regards fr Zaaba Aziz .
Kepada sahabat saya Tuan Wan Mohd Said , Tuan Hj Ahmad ( Osman Dol) dan Dato Kamaruddin Md Desa yang dah bersara dan tak pernah lupa untuk meraikan sambutan hari polis , saya doakan mudahan-mudahan tuan-tuan sentiasa sehat-sehat dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.
Tahun 2010 amat bertuah untuk kami yang masih berkhidmat meraikan sambutan hari polis ke 203. Ganjaran dan penghargaan yang diberi memberikan nafas baru untuk kami terus berjuang memartabatkan dan menjadikan PDRM sebagai sebuah Organisasi yang berintegriti.
Bapa saya pernah berpesan " Hidup didunia ini hanya sementara, sebelum kembali ketempat yang kekal , sekurang-kurangnya tinggalkan secalit jasa untuk dikenang oleh mereka yang datang kemudian".
Saya pula nak kata " Biar pun kerja macam nak gila, biar pendapatan hanya sekadar cukup menyara keluarga , saya rela kerja sampai cukup umor bersara, mungkin itu saja yang boleh saya bangga, itu pun jika diizin Allah jua".
Seronok macam ni kan.....
Wednesday, March 24, 2010
Sarjan
KUALA LUMPUR : Lebih 500 anggota baru berpangkat Sarjan akan diambil tahun ini sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat bagi mempercepatkan lagi siasatan kes jenayah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata mereka yang dilantik kelak perlu mempunyai kelulusan minimum peringkat diploma dan tugas mereka ialah bagi membantu meringankan beban tugas Pegawai Penyiasat yang kini terpaksa menyiasat kes yang banyak. "Berdasarkan kajian PDRM, seorang Pegawai Penyiasat kini terpaksa menyiasat 15 kes sebulan, dan dengan pelantikan Sarjan ini sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat, disasarkan Pegawai Penyiasat hanya menyiasat lima kes sebulan," katanya sempena sambutan Hari Polis ke-203 pada Khamis.
Beliau berkata empat orang Sarjan akan diletakkan untuk bertugas di bawah seorang Pegawai Penyiasat. "Dengan usaha ini, sesuatu tugas dapat dijalankan dengan lebih profesional dan membantu meningkatkan mutu dan perkhidmatan PDRM di mata masyarakat," katanya.Musa berkata para Sarjan tersebut akan diserap sebagai Pembantu Pegawai Penyiasat di setiap jabatan PDRM seperti Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah.
Beliau berkata PDRM juga mempunyai rancangan untuk menambah lebih 10,000 anggota polis wanita di seluruh negara bagi menyandang pelbagai jawatan dan pangkat.Mereka akan diserapkan ke pelbagai jabatan dan kawasan, termasuk di mana mereka akan diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan, katanya."Penambahan anggota polis wanita adalah perlu memandangkan kini terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan kaum wanita yang memerlukan tindakan penguatkuasaan dari kalangan anggota polis wanita sendiri," kata Musa.
Berhubung pembanterasan jenayah global, beliau berkata PDRM akan mengadakan lebih banyak kerjasama dengan polis negara lain."Sebagai contoh, kes jenayah pengedaran dadah yang memerlukan pertukaran maklumat antara negara, di mana saya sudah memohon supaya pegawai PDRM dapat ditugaskan di negara-negara sumber jenayah ini seperti Pakistan, India dan Iran," katanya.
Sempena sambutan Hari Polis, Musa menasihati para anggota PDRM supaya menjalankan tugas dengan lebih tegas dan berhemah. "Setiap anggota perlu mempunyai integriti yang tinggi termasuk menolak rasuah, bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Mereka juga perlu mesra kepada mangsa jenayah dan orang yang memerlukan bantuan," tegas beliau. - BERNAMA
Sunday, March 21, 2010
Bersedia Untuk Perubahan
KUALA LUMPUR: Pegawai polis berpangkat Asisten Superitenden Polis (ASP) ke bawah akan turut menjalankan tugasan luar pejabat seperti rondaan tidak lama lagi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Ini bermakna hanya pegawai berpangkat Deputi Superitenden Polis (DSP) ke atas sahaja akan berada di pejabat, katanya.
Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses penstrukturan semula pasukan di samping menambah pegawai-pegawai awam dalam pasukan itu yang akan menggantikan pegawai beruniform yang bertugas di pejabat.
"Jika penstrukturan ini diluluskan oleh kerajaan Insya-Allah kita akan mulakan di Bukit Aman di mana pegawai yang berpangkat ASP ke bawah akan menjalankan tugasan luar pejabat bagi meramaikan pegawai di luar untuk memberi fokus kepada mengurangkan kadar jenayah.
"Kita juga telah mengenalpasti 4,000 jawatan dalam PDRM di seluruh negara untuk pegawai awam mengantikan tempat pegawai beruniform yang bertugas di pejabat," kata Musa kepada Bernama di sini.
Selain itu PDRM juga akan melaksanakan 14,000 pengambilan baru anggota dan pegawai polis tahun ini selain mengubah cara latihan kepada anggota-anggota baru.
Beliau berkata pihaknya telah memohon kepada kerajaan untuk menambah seramai 60,000 anggota baru bagi tempoh lima tahun akan datang, namun PDRM baru menerima 7,000 anggota tahun lepas.
"Cara latihan anggota-anggota baru ialah tiga bulan mereka berada di maktab manakala tiga bulan latihan secara praktikal di luar yang akan diperhatikan oleh pegawai-pegawai berpengalaman sebelum mereka masuk semula ke maktab selama sebulan," katanya.
Musa berkata dengan adanya anggota baru nanti, program polis kemasyarakatan dapat dipertingkatkan di samping mewujudkan lebih banyak balai polis komuniti di setiap taman perumahan termasuk di pedalaman bagi mendekatkan pasukan ini dengan masyarakat.
"Kalau boleh kita nak polis berada di merata-rata tempat supaya masyarakat berasa selamat di samping mencapai sasaran 20 peratus penurunan kadar jenayah di penghujung tahun ini," katanya.
Beliau berkata dengan adanya program kemasyarakatan ini pihaknya menerima banyak maklumbalas positif yang mengalakkan daripada masyarakat, malah orang ramai sudah mula menjalankan tugas rondaan bersama-sama polis. "Masyarakat memberi sokongan penuh kepada kita bukan sahaja di kawasan "panas" tetapi di seluruh negara dan kita tidak boleh tumpu di kawasan "panas" sahaja tetapi di semua kawasan perlu diberi tumpuan penuh bagi mengurangkan jenayah," katanya.
Musa berkata tahun ini sahaja seramai 23,000 anggota dan pegawai polis menjalankan tugas-tugas rondaan di seluruh negara yang turut dibantu oleh anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Malaysia (Rela) bagi mengengkang jenayah jalanan.
Selain itu PDRM melalui unit polis marin juga turut meningkatkan kawalan di perairan negara bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan menjadikan pangkalan marin sebagai pangkalan tektikal untuk memudahkan orang ramai membuat laporan polis.
"Kalau pergi di tepi-tepi pantai yang ada pondok polis, di situ juga orang awam boleh membuat laporan polis seperti balai-balai polis yang lain dan tindakan serupa juga akan diambil," katanya.
Beliau berkata ini bagi memudahkan masyarakat membuat laporan polis di mana-mana sahaja di samping menjadikan polis sebagai sahabat kepada masyarakat. - BERNAMA
HAPPY BIRTHDAY BOS
Saturday, March 20, 2010
Happy hour
Saya bukan nak puji dengan staf Kem Komandan ni , dah berminggu saya tengok mereka bertungkus lumus . Saya sangat kagum dengan OCS Tuan Hj Tahir dan Sjn Anuar yang sanggup setiap malam datang semula kepejabat bawa tong cat . Mereka sanggup mengecat sampai tengah malam, lepas tu pagi-pagi dah muncul kat pejabat untuk tugas harian.
Semalam mantan cc kami Kak Aziah yang dah bersara tahun 2008 lalu call saya " Tuan, esok hari sabtu dengar kata ada gotong royong kat pejabat Kem Komandan, saya dengan Anisah nak datang la". Saya kata " kami buat gotong royong perdana minggu lepas, minggu ni gotong royong kecil-kecilan saja , nak mai pun boleh jugak".
Pukul 9.00 pagi saya masih kat rumah Kak Aziah dan Anisah staf kami yang dah bertukar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Kl call saya mengatakan mereka dah sampai kat pejabat Kem Komandan. Kak Aziah siap bagi tau dia bawa nasi goreng untuk sarapan pagi. Saya cepat-cepat siap terus kepejabat.
Masa saya sampai pejabat anak-anak buah yang diketuai oleh Sjn Anuar dan Sjn Zul Mamak dah bermandi peluh mengemas barang. Saya macam biasa la balun dulu apa makanan yang ada. Sm Mail yang banyak cakap tu pulak sampai kemudian dari saya , alasannya semalam lambat tidor bini kena pergi kerja kat Sabah. Ada ka patut dia kata dia kena jaga anak...setahu saya anak dia yang paling kecil tu dah berumor 12 tahun. Cari alasan lain la bang kalau nak buat tahi mata hujung minggu...
Hari ni giliran Abang Zul Mamak belanja kami makan nasi ikan bakar. Pehhh... kami balun cukup-cukup . Abang Nizam dengan Hidayah berebut-rebut nak jadi juara siapa paling banyak makan , akhirnya yang menang Abang Nizam jugakkk....nampak peluh menitik kat pinggan dia.
Kerja belum siap dah ada pulak orang terlampau happy buka muzik dari handphone terus menari poco-poco. Menari sorang-sorang tak kisah la, ni diajaknya pula tetamu sama-sama ikut poco-poco dengan dia. Katanya " Ni nak longgarkan urat pinggang dan kaki ....penat buat kerja nih".
Nasib baik Tuan Ali tak muncul kat pejabat hari ni. Nampaknya minggu depan dia kena belanja la kalau ada gotong royong lagi.
Saya hanya nak kata " Tak salah kalau kita nak tunjuk happy kita, kita kan keluarga",
Yassin Dan Tahlil
Masa berlepas nak ke pejabat pagi tadi saya dah siap bawa baju melayu dan songkok hitam. Malam ni saya nak pakai baju melayu warna hijau nak lawan baju purple yang dipakai oleh Tuan Ali. Harap-harap pengapit Tuan Ali Sm Mail tu pakai baju purple juga la supaya mereka berdua tu nampak sedondon macam boria Sungai Pinang.
Pukul 7.10 malam selepas tunggu Sm Mail yang balik ambil baju melayu tak sampai-sampai kat pejabat , saya dengan Tuan Ali terus beredar ke masjid. Agaknya Sm Mail tu cari baju melayu sama warna dengan baju Tuan Ali tak jumpa kut. Mungkin juga Sm Mail tu terus pergi ke masjid kerana nak ambil peluang tangkap semua tangan-tangan orang-orang besar yang datang kemasjid .....cari makan kut?
Nampaknya ramai jugak bekas-bekas pegawai kanan polis yang dah bersara hadir majlis tahlil malam ni. Dapat juga saya bersalaman dengan bekas-bekas Timbalan Pengarah Pengurusan yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya suatu masa dulu seperti Dato' Ahmad Hassan dan Dato' Mohd Darus dan juga bekas Pengarah Pengurusan Datuk Kamaruddin Md Ali. Semua mereka ni kelihatannya masih sehat dan bertenaga, sama la jugak seperti Tun Hanif .
Lepas majlis tahlil saya bersama Tuan Ali dan Sm Mail balik kepejabat . Sambil bual-bual kosong tu banyak juga idea yang tercetus untuk meningkatkan dan menambah baik urusan pentadbiran khasnya untuk cawangan Kem Komandan. Waktu dah menjangkau pukul 11.00 malam baru kami bertiga beredar meninggalkan pejabat.
Bapa saya pernah berpesan " Kalau engkau hendak melakukan sesuatu , lakukanlah dengan ikhlas dan jujur . Allah membalas kebaikan dengan kebaikan jua".
Saya hanya nak mengingatkan diri saya " Percaya pada diri sendiri, sentiasa bertawakal kepada Allah. Jangan risau atau takut melakukan perkara yang baik kerana Allah tahu keikhlasan dan kejujuran mu".
Sunday, March 14, 2010
Bulat Air Kerana Pembentung....
Nak pastikan perlaksanaan 5S di bahagian Kem Komandan mencapai sasaran dan benar -benar bersedia menerima kunjungan jawatan kuasa audit, Tuan Ali telah mengarahkan supaya cuti hujung minggu ini dihabiskan dipejabat . Bukannya apa....sekadar nak 'touch up' mana-mana yang kurang sempurna tu saja.
Kerja dibuat juga ... kerana ada jemputan dari staf unit letrik En Halim kemajlis perkahwinan anaknya di Selayang Baru , pukul 2.00 pm saya bersama Tuan Ali, Hj Tahir dan Sm Mail luangkan masa sekejap ke Selayang Baru. Sedap makanan yang disediakan En Halim , yang istemewanya Ayam golek Masawi . Kata En Halim dia tempah 200 ekor ayam tu...Tahniah terima menantu pertama ...lelaki pulak tu.
Balik dari Selayang sambung buat kerja kat pejabat sampai pukul 8.30 malam. Masa nak balik Tuan Ali kata " Esok siapa yang tinggal dekat dan ada ruang masa datang la kemaskan lagi apa yang patut".
Bapa saya pernah berpesan " Kalau nak merasai kemanisan hidup didunia ini, bergaul dan bermuafakat lah dengan orang yang berada disekeliling mu".
Saya hanya nak mengingati diri saya " Aku hanya manusia biasa, hidup didunia inginkan bahagia , Ya Allah kurniakan rahmat mu, agar hidupku bahagia selalu".
Saturday, March 13, 2010
Berat Sama Di pikul ...
Bagi staf yang kreatif dan ringan tangan seperti Min sanggup meluangkan masa dirumah untuk menyediakan bahan-bahan untuk dipamirkan di sudut 5 S . Kpl Zoliawaty dengan rakan-rakan seangkatannya Kak Mary, Nazneen dan Eliza pulak bertungkus lumus menyediakan carta Organisasi Anggota Pengawal supaya nampak lebih kemas dan menyerlah.
Bung Nuar dengan agen-agennya pulak bermandi peluh kat medan utama , habis almari , meja dan serba serbi yang buruk dan tak berguna disapunya. Tahniah la untuk penyokong-penyokong kuat Bung Nuar macam Syarif Dol , KM Safar , Salmee, Gobi dan Alwi yang banyak membantu Bung Nuar melaksanakan agendanya. Yang kurang nya saya nampak abang Baluk dengan Si Nizam tu asyik sibuk dengan urusan sendiri saja. Kat rumah cucu saya selalu kata " Aaa menda nihh atuk...? Saya selalu kata " Dah nak KO la tu , sayang oii".
Kak Normah , Sakila , Ros dan Haridah pulak sibuk kemas tempat sendiri saja. Ada tu sampai dua tiga kali menyusun peralatan atas meja... alih sana, alih sini akhirnya letak balik macam asal. Nak tanya sikit boleh " Apo kena yo jang, kambing kat sawah tu rumput belum bagi makan lagi ko?" . Kalau saya buat macam ni kat rumah , cucu saya yang baru umor tiga tahun tu akan kata " Atuk nihhh....boleh belahhh la....". Padan muka ko Sakila ... sampai tercabut spring printer tuh , asyik angkat sana, angkat sini.
Jangan marah dan tersinggung kalau masa tengah duk buat kerja tu, kena pulak komen yang pedas dari Tuan Ali dan saya sendiri yang bermulut laser nih... biasa la kan kalau bos tak komen siapa pulak nak komen. Lagi pun komen ni adalah salah satu elemen yang penting ...motivasi la katakan. Macam Akademi Fantasia dan Raja Lawak tu kalau tak ada pengkritik tak meriah la...
Apa pun dalam duk sibuk-sibuk ni saya nak ucapkan terima kasih la kepada SI dan Sm yang kedua-dua mempunyai nama sama "Mail", kerana selepas 13 tahun saya diberi sebuah meja baru. Tuan Ali pun dapat meja baru yang lebih besar sesuai dengan pejabat dan orangnya .
Sm Mail juga dapat meja baru . Sebuah meja yang lebih cantik dari meja saya, sesuai dengan pangkatnya Sarjan Meja. Agaknya sebab tu la dia asyik terjerit-jerit saja tanpa sebab. Kalau kuda jantan menjerit saya tau la , sebab tak tahan bau kuda betina . Agaknya Sm Mail ni kena tegur dengan Sang Kelembai moden kut?
Akhir kata , 5 S cabaran kita , sama-samalah kita bersatu menjayakannya . Pasti berjaya kalau kita amalkan " Yang berat sama di pikul , yang ringan sama dijinjing".
Friday, March 5, 2010
SELAWAT DAN MARHABAN
Wednesday, March 3, 2010
Al - fatehah & Doa
3 Mac 2010 Entah apa mimpi, sahabat saya saudara Zaaba mengirim sms kepada saya semalam 2 Mac 2010.
Kandongan sms Zaaba seperti berikut " Salam Hj (Sebenar saya belum ke Tanah suci lagi tapi alhamdulillah agar doa tu jadi kenyataan) , Saya rasa hiba & juga kesian juga terhadap Nurhanim Aziz (bukan Hanim PIBB) di mana anak beliau mati didera oleh boyfriendnya. Dalam The Star kata ibu mangsa kenal boyfriend dia dah enam tahun, suami dia masuk penjara tahun 2006 & anak yang mati tu baru umor 3 tahun. Apakah muslihat dari kenyataan akhbar tu, kalau benar spt yang dilapurkan, apa dah jadi dengan moral value orang melayu/islam masakini? Banggakah kita sebut kita orang melayu & beragama islam . Keluarga mangsa malang tu nampak macam proud & glamoor untuk ditemu ramah oleh media."
Bila saya melayari blog Tuan Hj Ahmad dan Ibnu Saman kisah yang sama juga menjadi tajuk utama manakala bahan bicara dan konklusinya juga senada. Semuanya tak dapat menerima perlakuan ganas dan kejam terhadap anak kecil itu hingga membawa kematiannya. Sebenarnya saya sendiri tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata semasa menuntun berita malang itu di TV 3. Sehinggakan saya sendiri tak sedar terkeluar sumpah seranah saya kepada saspek dalam kes ini.
Kepada sahabat saya Zaaba , saya tak berani nak komen kerana tak baca lapuran akhbar itu dan tak tau cerita yang sebenar tentang status hubungan ibu mangsa dengan boyfriendnya . Lebih-lebih lagi masa mula dapat berita beliau dikatakan mengandung empat bulan tetapi dia kemudiannya menafikan. Entah lah .... mana yang betul, jadi saya ambil keputusan tak mau buat dosa keringlah.
Saya juga terfikir tak mungkin ada pemandu teksi yang waras sengaja nak bunuh orang lebih-lebih seorang kanak-kanak. Lain lah macam rejim zionis yang memburu dan membunuh secara kejam rakyat pelastine tanpa mengira jantina dan umor. Tak nak fikir panjang-panjang saya mengandaikan saspek ini kemungkinan bukan dari gulungan jews ni, agaknya kewarasannya dah hilang sehingga sanggup melakukan perbuatan diluar norma-norma kemanusiaan.
Sama-sama lah kita mensedekahkan bacaan fatihah kepada aruah adik Syafia Humairah . Disamping itu bersama-sama kita berdoa kepada Allah agar diampun dosa hamba-hambanya yang terlencung dan terbabas dari batas-batas agama Islam yang mulia ini.
Bapa saya pernah berpesan " Kalau kau berdiri megah disebelah seorang yang daif , jangan kau rasa dirimu lebih mulia kerana kemungkinan orang itu lebih mulia dari diri mu disisi Allah swt"
Saya hanya boleh berkata " Ya Allah , aku hamba mu yang tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan , kau ampunkan lah segala dosa-dosa ku "