Friday, March 5, 2010

SELAWAT DAN MARHABAN

5 Mac 2010 Bahang mengingati keputraan Nabi Muhammad s.a.w masih terasa . Ramai yang belum puas berselawat dan marhaban meraikan sambutan keputeraan rasullallah. Nabi yang diutus oleh Allah untuk memimpin dan mengajar manusia menjalani kehidupan yang diredhai olehnya. Alangkah bertuahnya kita yang telah terpilih menjadi umat Nabi Muhammad.
Sebagai sebuah pasukan yang majoriti terdiri dari umat Islam , pdrm tidak mahu ketinggalan menganjur majlis untuk meraikan sambutan maulidur rasul.

Selepas menyertai sambutan peringkat kebangsaan hari jumaat lepas, hari ini sambutan secara besar-besaran diadakan di komplek Bukit Aman diketuai oleh DIG Tan Sri Ismail Omar . Tak heran lah sejak seminggu yang lepas SI Hj Tahir dan Sm Mail dengan anak-anak buahnya bukan main sibuk membuat persiapan . Semua tempat nak bersih dan cantik . Dewan masjid pulak disusun penuh dengan kerusi oleh Sjn Salleh dan anggota2 unit lanskap untuk majlis forum perdana. Hebat tu... seronok Tuan Ali tengok anggota-anggotanya yang bertungkus lumus bergotong royong untuk menjayakan majlis ini.

Tahniah kepada Jabatan Pengurusan , jabatan kita lah tu ....kerana telah berjaya menjadi johan perarakan dan berselawat. Agak saya la suara yang paling kuat berselawat tu dan segak berjalan tu tentu la suara Tuan Ali dan orang-orang kuatnya. Mungkin juga yang membantu kemenangan tu kerana awek-awek yang jelita dan menawan seperti Asni, Min, Neen dan ramai lagi la sampai tak larat nak sebut . Kalau tak percaya tengok la gambar-gambar yang saya publish kat sini....









Saya hanya mampu berkata " Kita buat perkara yang baik, niat kita baik, kita dah buat yang terbaik, insyaallah ganjarannya pun yang terbaiklah juga kita dapat".


2 comments:

  1. Zaman Nabi Mohammad SAW dulu tak dak sambutan ni tapi umat Islam mengikut segala syariat,tuntutan dan perintah Nabi.Zaman kita kena lebeh mengikuti segala syariat dan perintah Junjungan kita.Jangan takat sambut saja lepaih tu Xdak apa-apa perubahan.Sambut tak pa kena berubah jadi lebeh baik lagi.

    ReplyDelete
  2. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW adalah perintah dari Allah SWT. Lebih-lebih lagi kalau kita menyambut hari kelahirannya. Tentulah ganjarannya lebih besar lagi walaupun sebenarnya tidak ada perintah untuk kita menyambut hari kelahiran Junjungan besar kita. Yakinlah setiap pekerjaan yang baik itu pasti diterima oleh Allah SWT.

    ReplyDelete