19 Mac 2010 @ Jumaat Saya dah set program saya malam ni untuk menghadiri majlis membaca Yassin dan Tahlil sempena Peringatan Hari Polis ke 203 bertempat di Masjid Bukit Aman.
Masa berlepas nak ke pejabat pagi tadi saya dah siap bawa baju melayu dan songkok hitam. Malam ni saya nak pakai baju melayu warna hijau nak lawan baju purple yang dipakai oleh Tuan Ali. Harap-harap pengapit Tuan Ali Sm Mail tu pakai baju purple juga la supaya mereka berdua tu nampak sedondon macam boria Sungai Pinang.
Pukul 7.10 malam selepas tunggu Sm Mail yang balik ambil baju melayu tak sampai-sampai kat pejabat , saya dengan Tuan Ali terus beredar ke masjid. Agaknya Sm Mail tu cari baju melayu sama warna dengan baju Tuan Ali tak jumpa kut. Mungkin juga Sm Mail tu terus pergi ke masjid kerana nak ambil peluang tangkap semua tangan-tangan orang-orang besar yang datang kemasjid .....cari makan kut?
Nampaknya ramai jugak bekas-bekas pegawai kanan polis yang dah bersara hadir majlis tahlil malam ni. Dapat juga saya bersalaman dengan bekas-bekas Timbalan Pengarah Pengurusan yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya suatu masa dulu seperti Dato' Ahmad Hassan dan Dato' Mohd Darus dan juga bekas Pengarah Pengurusan Datuk Kamaruddin Md Ali. Semua mereka ni kelihatannya masih sehat dan bertenaga, sama la jugak seperti Tun Hanif .
Lepas majlis tahlil saya bersama Tuan Ali dan Sm Mail balik kepejabat . Sambil bual-bual kosong tu banyak juga idea yang tercetus untuk meningkatkan dan menambah baik urusan pentadbiran khasnya untuk cawangan Kem Komandan. Waktu dah menjangkau pukul 11.00 malam baru kami bertiga beredar meninggalkan pejabat.
Bapa saya pernah berpesan " Kalau engkau hendak melakukan sesuatu , lakukanlah dengan ikhlas dan jujur . Allah membalas kebaikan dengan kebaikan jua".
Saya hanya nak mengingatkan diri saya " Percaya pada diri sendiri, sentiasa bertawakal kepada Allah. Jangan risau atau takut melakukan perkara yang baik kerana Allah tahu keikhlasan dan kejujuran mu".
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment