Saturday, March 13, 2010

Berat Sama Di pikul ...


12 Mac 2010 Dah seminggu begitu rancak staf pejabat Kem Komandan bertungkus lumus melaksanakan program 5S . Kesibukan melaksanakan tugas rutin harian langsung tidak menghalang sebahagian besar staf pentadbiran meluangkan masa menyisih, menyusun serta menyeragamkan persekitaran dalam pejabat.


Bagi staf yang kreatif dan ringan tangan seperti Min sanggup meluangkan masa dirumah untuk menyediakan bahan-bahan untuk dipamirkan di sudut 5 S . Kpl Zoliawaty dengan rakan-rakan seangkatannya Kak Mary, Nazneen dan Eliza pulak bertungkus lumus menyediakan carta Organisasi Anggota Pengawal supaya nampak lebih kemas dan menyerlah.



Bung Nuar dengan agen-agennya pulak bermandi peluh kat medan utama , habis almari , meja dan serba serbi yang buruk dan tak berguna disapunya. Tahniah la untuk penyokong-penyokong kuat Bung Nuar macam Syarif Dol , KM Safar , Salmee, Gobi dan Alwi yang banyak membantu Bung Nuar melaksanakan agendanya. Yang kurang nya saya nampak abang Baluk dengan Si Nizam tu asyik sibuk dengan urusan sendiri saja. Kat rumah cucu saya selalu kata " Aaa menda nihh atuk...? Saya selalu kata " Dah nak KO la tu , sayang oii".



Kak Normah , Sakila , Ros dan Haridah pulak sibuk kemas tempat sendiri saja. Ada tu sampai dua tiga kali menyusun peralatan atas meja... alih sana, alih sini akhirnya letak balik macam asal. Nak tanya sikit boleh " Apo kena yo jang, kambing kat sawah tu rumput belum bagi makan lagi ko?" . Kalau saya buat macam ni kat rumah , cucu saya yang baru umor tiga tahun tu akan kata " Atuk nihhh....boleh belahhh la....". Padan muka ko Sakila ... sampai tercabut spring printer tuh , asyik angkat sana, angkat sini.

Jangan marah dan tersinggung kalau masa tengah duk buat kerja tu, kena pulak komen yang pedas dari Tuan Ali dan saya sendiri yang bermulut laser nih... biasa la kan kalau bos tak komen siapa pulak nak komen. Lagi pun komen ni adalah salah satu elemen yang penting ...motivasi la katakan. Macam Akademi Fantasia dan Raja Lawak tu kalau tak ada pengkritik tak meriah la...

Apa pun dalam duk sibuk-sibuk ni saya nak ucapkan terima kasih la kepada SI dan Sm yang kedua-dua mempunyai nama sama "Mail", kerana selepas 13 tahun saya diberi sebuah meja baru. Tuan Ali pun dapat meja baru yang lebih besar sesuai dengan pejabat dan orangnya .

Sm Mail juga dapat meja baru . Sebuah meja yang lebih cantik dari meja saya, sesuai dengan pangkatnya Sarjan Meja. Agaknya sebab tu la dia asyik terjerit-jerit saja tanpa sebab. Kalau kuda jantan menjerit saya tau la , sebab tak tahan bau kuda betina . Agaknya Sm Mail ni kena tegur dengan Sang Kelembai moden kut?

Akhir kata , 5 S cabaran kita , sama-samalah kita bersatu menjayakannya . Pasti berjaya kalau kita amalkan " Yang berat sama di pikul , yang ringan sama dijinjing".

2 comments:

  1. Asalamualaikum,
    selamat pagi..wahhh...patutlah tidoq lewat pukul 3.30 br nak tidoq,rupanya duk menulis blog brjela-jela panjangnya.Baguslah tu tugas seorg boss kenalah tegur menegur anak-anak buahnya,yang salah diperbetulkan yang dah betul tu diperbetulkan lagi untuk meningkatkan lagi mutu kerja.kalau tidak depa ingat depa jer yang betul...macam saya jugak kalau salah pun kena marah hehehe....walaupun seorang isteri

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi naik pangkatlah DSP. Di Rembau NS KPD DSP saja. Insya Allah. Bila lagi?

    ReplyDelete