Thursday, March 25, 2010

20100325 Dah 203 Tahun

Saya banyak menerima sms daripada rakan-rakan yang dah bersara kerana cukup umor , yang bersara awal kerana nak berehat dan juga yang berhenti kerana nak bergiat di bidang lain.

Sahabat saya yang sorang ni memendekkan perkhidmatannya sebagai Pegawai polis kerana meceburi bidang Perbankan yang menjanjikan pendapatan yang berganda-ganda dari gaji sebagai pegawai polis.

Walau pun berada dibidang lain hubungan persahabatan kami amat rapat macam masih dalam pasukan. Saya nak publishkan sms yang dikirim oleh beliau ....

"Happy 203 years Police Day celebration. Just a gentle reminder that 'Reputation is the key word to restore public confidence. Still proud to have served PDRM from 1979 - 1991. May God bless you & PDRM towards achieving quality service & contribution to this nation" Regards fr Zaaba Aziz .

Kepada sahabat saya Tuan Wan Mohd Said , Tuan Hj Ahmad ( Osman Dol) dan Dato Kamaruddin Md Desa yang dah bersara dan tak pernah lupa untuk meraikan sambutan hari polis , saya doakan mudahan-mudahan tuan-tuan sentiasa sehat-sehat dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

Tahun 2010 amat bertuah untuk kami yang masih berkhidmat meraikan sambutan hari polis ke 203. Ganjaran dan penghargaan yang diberi memberikan nafas baru untuk kami terus berjuang memartabatkan dan menjadikan PDRM sebagai sebuah Organisasi yang berintegriti.

Bapa saya pernah berpesan " Hidup didunia ini hanya sementara, sebelum kembali ketempat yang kekal , sekurang-kurangnya tinggalkan secalit jasa untuk dikenang oleh mereka yang datang kemudian".

Saya pula nak kata " Biar pun kerja macam nak gila, biar pendapatan hanya sekadar cukup menyara keluarga , saya rela kerja sampai cukup umor bersara, mungkin itu saja yang boleh saya bangga, itu pun jika diizin Allah jua".

Seronok macam ni kan.....






5 comments:

  1. Salam Mat,

    Yang aku pegang tu bukan pisau kek, yang tu pembuka surat cc normah punya. Kelam kabut cari pisau terambil pembuka surat.... hentam saja la belalang..

    ReplyDelete
  2. Bagilah saya sikit cake itu. Bos lam Husin Dos dan Latif Sitam tak hantar SMS dekat hang? Saya pernah jumpa Latif Sitam di Masjid Durian Tunggal ketika dia singgah sembahyang. Husin Dos lansung tak jumpa. Member hang, ASP Ismail dah meninggal, hang tahu ye?

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Hj,

    Dah lama juga tak jumpa Tn Husin Dos dg Tn Latif Sitam lepas mereka bersara. Mula-mula bersara dulu ada juga Tn Hussin tu datang jumpa kat Bukit Aman nih.

    Masa Mail meninggal Hashim Deraman ada call saya bagi tau. Yang saya dapat tahu sebulan selepas meninggal ialah aruah ASP Abdullah Abd Kadir rakan serumah bujang masa kat Tampin dulu. Dia meninggal di Besut , Terangganu. X IK Gemas sebelum saya Hashim Othman juga telah meninggal dunia di Johor, sebelum tu saya selalu jumpa dia masa bertugas di Caw Narkotik Bukit Aman.

    Tq.

    ReplyDelete
  4. Abdullah pun dah meninggal? Eh tak tahu. Dia orang Kelantan. Dia pernah datang jumpa saya masa saya di Kuala Jambu. Dia kan lambat dapat anak. Jadi dia suruh carikan bomoh. Tapi malangnya, bomoh itu dah meninggal. Baru saya tahu, Mie....Al Fatihah untuk mereka.

    ReplyDelete