Sunday, March 14, 2010

Bulat Air Kerana Pembentung....

13 Mac 2010 @ Sabtu Pemeriksaan Audit Dalaman bagi program 5S akan bermula pada 15 Mac 2010. Semalam saya dimaklumkan bahawa saya sendiri telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman program 5S bagi Jabatan Pengurusan. Bukan audit pejabat sendiri tau ...tapi ditugaskan untuk audit di bahagian latihan PDRM.

Nak pastikan perlaksanaan 5S di bahagian Kem Komandan mencapai sasaran dan benar -benar bersedia menerima kunjungan jawatan kuasa audit, Tuan Ali telah mengarahkan supaya cuti hujung minggu ini dihabiskan dipejabat . Bukannya apa....sekadar nak 'touch up' mana-mana yang kurang sempurna tu saja.




Seronok pulak berkumpul kat pejabat hujung minggu macam ni, dah jadi macam sambutan hari keluarga . Tuan Hj Tahir pagi-pagi dah hidangkan sarapan capati yang sungguh enak. Meriah betul.... Tuan Ali kerana seronok sangat tengok anak buah buat kerja, menjelang tengahari terus tambah satu lagi program mengejut 'kenduri sakan'. Semua anak buah dihidangkan dengan jamuan nasi ayam , yang kerja teruk macam Alwi tu sampai empat bungkus dibalunnya. Terima kasih la tuan....

Kerja dibuat juga ... kerana ada jemputan dari staf unit letrik En Halim kemajlis perkahwinan anaknya di Selayang Baru , pukul 2.00 pm saya bersama Tuan Ali, Hj Tahir dan Sm Mail luangkan masa sekejap ke Selayang Baru. Sedap makanan yang disediakan En Halim , yang istemewanya Ayam golek Masawi . Kata En Halim dia tempah 200 ekor ayam tu...Tahniah terima menantu pertama ...lelaki pulak tu.

Balik dari Selayang sambung buat kerja kat pejabat sampai pukul 8.30 malam. Masa nak balik Tuan Ali kata " Esok siapa yang tinggal dekat dan ada ruang masa datang la kemaskan lagi apa yang patut".

Bapa saya pernah berpesan " Kalau nak merasai kemanisan hidup didunia ini, bergaul dan bermuafakat lah dengan orang yang berada disekeliling mu".

Saya hanya nak mengingati diri saya " Aku hanya manusia biasa, hidup didunia inginkan bahagia , Ya Allah kurniakan rahmat mu, agar hidupku bahagia selalu".

2 comments:

  1. Kalau odit tempat sendiri sonangla tuu.buleh kecoh sikit sikit.Tempat org lain kena cek betoi-betoi laa A sampai Z.Insyaallah moga moga Allah merahmati kita semua

    ReplyDelete