Tuesday, September 28, 2010

PRO....LICIK

28 Sept. 2010 Saya memang loya dan nak muntah bila berhadapan dengan peguam, agaknya luka hati kerana perbuatan peguam terhadap saya masih belum sembuh . Jantung dan hati saya selalu rasa nak terbakar bila tengok gelagat peguam-peguam yang mendabik dada seolah-oleh hanya mereka yang layak bercakap mengenai peraturan dan undang-undang. Orang lain cakap semua tak betul dengan alasan tak faham undang-undang. Poooraaah!!!

Semalam bila saya menonton TV dan melihat pendedahan oleh Timbalan Pengarah JSJK saya langsung tak terkejut dan saya tahu berjuta-juta manusia lain pun tak terkejut. Agaknya Golongan profesional ni yang terkejut kerana pekung mereka dah terdedah . Adus! ramainya golongan ni yang terlibat dalam pecah amanah dan penipuan.

Angka yang diberi adalah angka yang disiasat tapi yang tak dilapur dan tak disiasat mungkin lebih kut? Kalau kes macam ni yang didedahkan melibatkan PDRM sah kumpulan ni akan anjur demontrasi besar-besaran minta ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat.

Supaya rasa hati saya tidak dianggap sebagai melepas dendam , sama-sama lah kita membaca dan membuat tafsiran sendiri . Rasa-rasanya tak perlu lah kita minta pandangan dan tafsiran peguam kut untuk menilai pendedahan ini....

Kes Tanah Sosilawati Antara 290 Kes Penipuan Disiasat JSJK Bukit Aman


KUALA LUMPUR: Kes penjualan dan pembelian tanah di Bukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSJK Datuk Noryah Md Anvar berkata, polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesil itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk membabitkan kes penipuan penjualan tanah dan rumah.

"Kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Isnin.

Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang milik Sosilawati bersama dua lagi rakan kongsi.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama, selaku peguam dan bertindak sebagai broker, berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 September lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Ketika ditanya siasatan kes tanah itu, Noryah enggan mengulas lanjut dan berkata akan memaklumkannya kepada media jika terdapat perkembangan terkini.

Beliau berkata sehingga kini, 35 peguam telah ditahan di seluruh negara membabitkan penipuan penjualan tanah termasuk seorang peguam berusia 50 tahun yang ditahan pagi ini kerana terbabit dalam kes penipuan tanah bernilai RM15 juta.

"Peguam itu ditahan di rumahnya di Sunway pada pukul 8 pagi ini kerana dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan tanah di Kuala Lumpur.

"Dia akan dituduh di mahkamah hari ini," katanya.

Noryah berkata, daripada 35 peguam yang ditahan itu, 10 orang adalah di Selangor, lapan di Johor, empat orang masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur, tiga orang masing-masing di Perak dan Negeri Sembilan, dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang.

"Mereka berjawatan profesional, sangat licik dan menggunakan kepercayaan serta harapan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan menipu.

"Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu," katanya. - BERNAMA

Saya hanya nak kata " Mereka profesional, mereka licik dan kuat mengherdik. Sayangnya mereka macam ayam jantan , kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang taik. Memalukan!"

3 comments:

  1. Salam Sdara.. saya semenjak dari kecil saya mmg tak suka ahli politik yg berlatarbelakangkan peguam. Tak tahu pasal apa..
    Mungkin cara berjuang, cara berfikir dan ideologi yang dibawa mereka pelik & membingungkan.
    Saudara/i boleh nilai sendiri mereka yang datang dari bidang doktor misalnya begitu lain sekali, begitu juga guru. Hatta dari korporat tak begitu gila dan memualkan berbanding mereka..
    -azienmat-

    ReplyDelete
  2. teringat aku Mie seorang fasilatator kursus pengarah syarikat yang aku kena paksa sertai dulu masa baru mula menega, katanya,
    " tuan tuan, kalau saya diberi peluang lahir semula, mampuih saya tak mahu jadi peguam. Itu sebab saya berenti dan jadi pengajar kursus macam ini. Lebih baik "
    Beliau bekas seorang peguam (jeneh yang jujur kut) lebih rela jadi pengajar kursus walaupun pendapatan jauh lebih kecik dari profesion seorang peguam. Tak tau la pasai apa dia cakap lagu tu.

    ReplyDelete
  3. Salam bro...
    first time masuk blog ni...banding polis aku lagi tak suka lawyer ... hehehe... diorang ni igt ckp dia jer yg betul

    ReplyDelete