Tuesday, September 21, 2010

To my media friends, lets work together

21 Sept 2010 "To my media friends, lets work together", itulah ungkapan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar Ketua Polis Negara semasa mengakhiri ucapannya di Majlis Perasmian Pusat Media dan Pelancaran Facebook Polis Diraja Malaysia yang telah diadakan di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada jam 3.00 petang hari ini.

Majlis Pelancaran disempunakan oleh Menteri Dalan Negeri yang juga turut dihadiri YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusof dan YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Adalah diharapkan dengan langkah PDRM menubuhkan Pusat Media dan mengujudkan Laman Facebook Polis Di Raja Malaysia akan memberi impak yang berkesan kepada hubungan antara PDRM dengan pihak media dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Maklumat yang cepat, tepat dan terkini yang disalurkan melalui Pusat Media dan hubungan dua hala melalui laman Facebook ini akan mengeratkan hubungan dan keyakinan masyarakat kepada perkhidmatan Polis Di Raja Malaysia. Masyarakat akan mendapat maklumat yang ternyata sahih dan tepat daripada PDRM yang disalurkan melalui Pusat Media dan Facebook rasmi PDRM. Sekali gus melalui penyiaran maklumat yang tepat dan seimbang ini akan menangkis spekulasi masyarakat terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.

Luahan suara hati Tan Sri IGP "Semoga dengan adanya Pusat Media dan Facebook PDRM ini, kerjasama erat di antara media, masyarakat dan polis akan membentuk satu sinergi, satu kekuatan untuk membentuk satu semangat untuk menggerunkan penjenayah di negara ini."

Bapa saya selalu mengingatkan saya peribahasa ini " Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh"

Saya hanya nak kata " Bukan pujian dan sanjungan yang kami harapkan , cukup sekadar kami tidak di caci dan dihina ".

2 comments:

  1. Mie..pepatah Arab ada berkata : dimana mana ada Abu Bakar disitu ada Abu Jahal" maknanya dalam kehidupan kita memang tak boleh lari dari dua unsur ini iaitu baik dan jahat atau puji dan keji. Abu Bakar di rujuk kepada nilai nilai balik dan nilai buruk di rujuk kepada abu jahal. begitulah juga dalam kerjaya polis ni..mesti ada yang memuji dn ada pulak yang mengeji..jadi hangpa kena terima hakikat ini dengan senagn hati dan terbuka. itu lah namanya professional.

    ReplyDelete
  2. Salam Mat,

    Pertamanya nak ucap terima kasih kerana menjengah dan kesudian mencoret komen kat blog saya.

    Sebenarnya Mat selepas 34 tahun dalam pasukan ni , rasanya jiwa dah sebati dan tak kisah apa pun orang nak kata. Sekadar nak masyarakat memahami bahawa tugas polis ni adalah sebahagian daripada rencah dalam kehidupan mereka.

    Tq Mat.

    ReplyDelete