Monday, February 28, 2011

'Jenahak' Greysands

25 Feb 2011 Jumaat Perkampungan selama lima hari di Greysands Port Dickson berakhir hari ini. Lepas upacara perasmian penutup dan penyampaian sijil saya bersama peserta kursus menikmati hidangan tengahari terakhir kami di Greysands. Istimewanya kami dapat makan sup seekor ikan Jenahak Merah yang baru didaratkan dari laut. Peserta kursus berkongsi membeli ikan tersebut dari nelayan Pantai dengan harga RM 150 seekor. Sedap sampai menjilat sudu kata abang Alwi.

Apa yang mengejutkan dan membuatkan saya begitu terharu ialah apabila dalam sibuk-sibuk bersalam nak balik , ada seorang peserta kursus tiba-tiba berkata kepada saya “ Tuan , sedap-sedap ikan Jenahak yang mahal, yang kita makan ni , tak boleh nak lawan dengan nilai ilmu yang saya dapat lima hari berkursus kat sini”. Saya balas balik kat dia “ Alhamdulillah la , kalau macam tu”.

Kursus Keselamatan Kawasan dan Bangunan siri 1/2011 bermula pada 22 Februari 2011. Seramai 35 peserta dikalangan anggota dari semua unit Kem Komandan Bukit Aman menghadiri kursus ini. Saya dan Sm Lok U @ Mail Besi bertindak sebagai Fesilitator , urusetia kursus pula dilaksanakan oleh Abang Alwi dan Haslina .

Tuan Ali yang sepatutnya hadir menjadi penal persembahan peserta ,hanya sempat menghadiri satu slot ceramah yang diprogaramkan kepadanya. Selepas ceramah dia terpaksa bergegas ke Bukit Tinggi , Pahang menghadiri bengkel 3 hari anjuran Lembaga Perlesenan Getah Malaysia. Katanya lepas ceramah “Tuan Azmi ganti saya la jadi penal persembahan peserta “.

Tahniah saya kepada Abang Alwi dan Haslina yang begitu berjaya mengatur dan mempastikan program kursus berjalan dengan lancar. Kesian juga kat peserta kursus dah la nak keluar dari kawasan Mes pun tak boleh, nak mandi laut pun tak dibenar oleh urusetia . Sampaikan wakil mereka saudara Fauzi berjumpa saya minta kebenaran nak mandi laut sehari sebelum balik. Saya pun tumpang juga mandi dengan mereka hari tu. Kejam juga rupanya Abang Alwi ni….hihihi

Macam biasa , agaknya dah jadi budaya kut , malam terakhir berkampung peserta kursus anjur ‘malam mesra’ siap dengan karaoke lagi. Pengacara Aref dan Izhar menghidupkan suasana , gelagat Sm Lok U pula menggeramkan anak-anak muda termasuk saya. Bisik saya kat Abang Alwi “ Hang tenguk tu , orang tua tak sedar diri”. Lepas tu kami berdua ketawa mengekek-ngekek ….hihihi.

Seronok nak publish gambar kenangan masa kursus ni…











2 comments:

  1. sampai terangkat stand mikrofon SM Ismail nyanyi lagu berhantu kah

    ReplyDelete