Sunday, May 31, 2009

Mangsa


Hari isnin lalu sebaik nampak saya masuk pejabat Salmi berkata "Geram betul saya, Macam mana bowl tu boleh asyik kekiri kekanan pada hal lontaran saya selembut bayu. Saya siap dengan tunjuk jari lagi suruh dia pergi lurus ". Dalam hati saya berkata " Hang tunjuk satu jari saja kedepan , jari hang yang lain tu hang tunjuk dalam longkang , bowl tu jadi bengong la mana satu dia nak pilih".

Pendek kata semua peserta pertandingan bowling pada 22 Mei 2009 tak puas hati dan mahukan supaya pertandingan ulangan dijalankan semula dalam minggu ini juga. Bila saya bagi tau Tuan Ali perkara ni dia terus kata " Ya la , kita main lain la minggu ni, saya pun belum dapat feeling lagi bowl baru ni".

Bila saya terserempak dengan Min lain pula ceritanya " Saya dah kantoi la tuan , hari sabtu saya pergi main bowling dengan Yunus kat Selayang , rupanya Tuan Ali dengan Family dia juga main kat sana". Berdetik dalam hati saya "Wah apa cerita ni, senyap-senyap pergi training , lepas tu ajak kita lawan, tak adil la macam ni".

Nak puaskan hati semua terpaksa la pertandingan ulangan dianjurkan semula petang jumaat ni. Sambutan agak menggalakan, seramai 17 orang membayar yuran penyertaan RM15 seorang .

Abang Zul Mamak bagi tau saya "Alwi nak bawa bini pergi main sama boleh ka?" . Saya kata " Bini dia kat Sarawak , mana balik lagi sekolah belum cuti". Abang Zul Mamak cepat-cepat kata " Itu la tuan ketinggalan, bini dia dah balik nak pi konvo, sekarang dia sewa rumah penginapan Perkep". Patut la saya nampak Abang Alwi kita tu happy saja . 29 Mei 2009 Perfect Bowl Selayang Mall bergegar lagi. Dari 17 orang yang mendaftar untuk bermain hanya 14 orang yang dapat turun kegelanggang , yang lain tu termasuk Min dan Hanisah ada hal yang tak dapat dielakkan. Seperti yang disyaratkan yuran penyertaan kira burn la.. Masa saya mengagihkan kupon sewaan kasut Syarif Lobo jumpa saya . Katanya dengan separuh rayuan " Tuan tolong tanya taukeh tu , ada tak pagar yang letak tepi longkang tu, saya rasa ada la". Dalam hati saya berkata " Bayar Rm 15 mana cukup nak sewa pagar, lagi pun betul ka ada pagar".

Masa pertandingan tu Abang Alwi lantik Cik gu Suzy jadi juru kamera. Saya nampak banyak gambar aksi-aksi hebat yang dirakam oleh Cik gu Suzy. Abang Alwi apa lagi betul-betul tunjuk kehebatannya , saya macam tak percaya bila tengok hebatnya Abang Alwi melontar bowl. Kata Abang Zul Mamak " Habis la hari ni Alwi sapu , tu la sapa bawa bini memang hebat la, asyik menang saja".

Peserta yang paling mendapat perhatian dan pujian dari Tuan Ali ialah OCS kita Tuan Hj Tahir yang telah berjaya menempatkan dirinya dalam kumpulan sepuluh pemain terbaik. Abang Akob , Baluk , Salmi, Abang Nizam dan Syarif Lobo pula menjadi "mangsa" kepada Abang Zul Mamak yang asyik ketawa seorang diri sambil mengira habuan. Sm Mail macam biasa la, merungsingkan Tuan Ali , asyik nak hentak orang dengan bowl , tapi permainannya Ok , masih dalam kumpulan enam peserta terbaik.

Pukul 11.30 malam baru games kami tamat . Saya bagi pihak penganjur sediakan hadiah untuk enam pemain terbaik dan enam pemain harapan.

Sebelum balik , masa kat rest room Tuan Ali kata kat saya " Saya dah dapat feeling dah dengan bowl baru ni, harap-harap tak ada orang buat cabaran lagi dalam sebulan dua ni, jadi mangsa la depa ".

Masa dalam perjalanan balik Sm Mail bagi tau saya " Apa la Nizam tu, kalau dah tak pandai main buat apa dok ikut rentak orang, jadi "mangsa" jerung la". Bagi saya Abang Nizam merupakan pemain yang berpotensi tapi perlu banyak belajar la...

Komen saya : Sebenarnya goodies yang disumbangkan oleh Umi Yatie yang saya jadikan hadiah untuk pertandingan hari tu. Mana cukup duit nak beli hadiah, lain kali yuran pertandingan perlu di lebihkan sikit kalau nak hadiah. Jangan marah ya..

Sunday, May 24, 2009

Gaya


Tiga beranak yang tak serupa tapi suka bergaya. Cuba teka yang mana satu emaknya.

Saturday, May 23, 2009

Longkang

Minggu ni Tuan Ali dah plan nak ajak kami main bowling . Katanya " kita buat pertandingan sama-sama kita la hari jumaat ni, nak seronok-seronok saja". Saya kata "Nak main boleh tapi sapa yang nak main kena bayar la, saya nak collect duit dulu sebelum pergi".

Dua tiga hari lepas tu Tuan Ali bagi tau kami dia dah beli bowl baru siap dengan beg "Akademik Fantasia" sekali. Jangan tanya harga bowl tu, harga begnya saja dah mencecah RM 250.00. Minggu depan mungkin Tuan Ali akan beli kasut baru kerana kerana kasut yang dia ada sekarang dah banyak bercalar.

Bila dengar Tuan Ali dah beli bowl baru , Sm Mail kata dia pun nak bawa bowl baru juga , katanya " Saya nak minta bowl dari adik saya, adik saya ada macam-macam bowl, harganya mahal-mahal belaka, ada RM 700 - 800 ". Abang Zul Mamak yang tak mau mengalah kata "Ingat dia sorang saja boleh bawa bowl baru , saya akan beli bowl baru dengan begnya sekali".

Kerana risau prestasi Sm Mail dan Abang Zul mamak meningkat agaknya la..Tuan Ali cepat-cepat bagi tau mereka berdua " Bowl ni macam-macam jenis dan untuk macam-macam gaya permainan, ada bowl untuk baling lurus, ada untuk baling melencong dan ada untuk balingan berputar". Dalam hati saya berkata "Betul ka ni atau Tuan Ali saja nak kelirukan mereka supaya mereka jangan bawa bowl baru yang lebih mahal dari bowl yang dibelinya".

Kerana pertandingan bowling kali ni akan disertai oleh mereka-mereka yang tak pernah pegang bowl maka keputusan dibuat, kecuali Tuan Ali semua peserta dikehendaki menggunakan bowl sedia ada digelanggang dan tak boleh beli atau bawa bowl sendiri. Setiap peserta dikenakan bayaran RM 15 untuk bermain 5 Frame termasuk sewaan kasut.

Hari jumaat 22 Mei 2009 pagi-pagi lagi Abang Zul Mamak dah sibuk pasal games petang nanti. Dia dah siap collect duit dari anak buahnya, dengar cerita ada yang dipaksa untuk bermain. Sm Mail pula buat hal katanya "Isteri saya out station , belum tentu saya boleh main petang ni , anak saya tak ada orang jaga". Dalam hati saya berkata " Sm Mail mana ada anak kecil , mungkin dia ni kena QQ kut".

Sebelah tengahari saya tiba-tiba demam dan sakit perut, seluruh badan rasa lemah dan tidak bermaya. Kak Ros kata " Belum pergi main lagi dah sakit perut, takut kalah la tu" , Sebenarnya saya memang tak sihat cuma orang saja tak percaya. Waktu rehat saya ambil kesempatan untuk tidor disurau pejabat kami. Saya nak ambil panadol tapi CC Kak Normah kata "Tak baik makan panadol ni, saya tak pernah makan panadol" . Lepas tu Kak Normah bagi saya sebotol 100 plus, habis saya minum .

Petang tu saya rasa pulih sedikit dan bersiap untuk keSelayang main bowling . Saya tumpang kereta Honda CRV Tuan Ali. Masa masuk dalam kereta Tuan Ali kata "Ini kereta OKU". Saya yang kurang arif ni tanya " Pasai apa pulak tuan" . Kata Tuan Ali sambil ketawa " gear pun dekat stereng".

Pukul 6.30 pm 22 Mei 09 kami semua dah berkumpul kat Perfect Bowl Selayang Mall. Games petang tu disertai oleh 11 peserta dari pejabat Kem Komandan. Min merupakan peserta tunggal wanita yang turun kegelanggang diiring oleh Yunus dan anak-anaknya. Sharif Dol juga bawa isteri dan anak-anak untuk beri sokongan.Kerana tak ada pengalaman bermain , games petang tu dimeriahkan dengan gaya-gaya tersendiri . Abang Baluk awal-awal dah tersungkur masa nak baling bowl manakala abang Alwi pula terlepas bowl kebelakang. Salmi , Akub , Gobi dan Min mempamirkan kehebatan mereka menggolek bowl dilongkang kiri dan kanan. Tentang Syarif Dol saya tak berani komen kerana petang tu dia dah berjaya kalahkan Abang Zul Mamak untuk menggondol hadiah wang tunai . Kata Abang Zul " Kami saja bagi Syarif menang , sebab dia nak balik kampong lagi pun isteri dan anak-anak dia ada kat situ, kira bagi muka la..".

Sebenarnya permainan Abang Zul Mamak petang tu merosot betul . Kerana kalah dia cuba ganggu Sm Mail hingga Sm Mail kejar dia nak hentak dengan bowl, nasib baik Tuan Ali tolong sabarkan.
Saya pula kerana selain tak sihat hari tu saya juga cuba belajar cara lontaran bowl . Markah saya agak teruk dan kalah kepada Sm Mail. Tuan Ali pun merosot juga katanya " Test bowl baru , belum dapat feeling lagi". Apa-apa pun kita dah berjaya anjurkan pertandingan kira sudah bagus.

Untuk Abang Zul dan anak-anak buahnya saya nak bagi tau apa komen Tuan Ali " Depa ni masa nak keluar duit bayar games tadi nampak liat saja, tapi kat gelanggang ni senang pula keluar duit, tak heran la kalau semut pun dia orang suruh berlaga" .

Komen saya "Kak Ros dengan Harida bila nak join kami, kalau lambat nanti Harida akan bagi alasan nak jaga anak pula". Jangan jadi macam Kak Neen tu, Mahadir nak join kami pun dia tak bagi. Kata allahyarham P. Ramlee " Ini namanya QQ".

Khas untuk cik gu Suzy kat Pulau di Sarawak saya sertakan gambar Abang Alwi masa main bowling . Cerita Abang Alwi " Masa saya nak lontar bowl tu tiba-tiba saya nampak bini saya dok senyum kat depan , betul-betul tengah lane , tu yang buat saya hayun bowl kebelakang takut kena dia". Rupanya Abang Alwi ni sayang betul kat Cik gu Suzy , bayang Cik gu tu ada dimana-mana saja.
Kepada Tuan Ali dan semua kawan-kawan saya minta maaf kerana terpaksa balik cepat , bukan kerana isteri dan anak-anak saya dah datang jemput. Sebenarnya demam saya dah datang balik, sebaik sampai rumah saya terpaksa mengambil ubat dan terus tidur kerana suhu badan saya terlampau panas.

Monday, May 18, 2009

Tangkal

15 Mei 2009 Hari ni sibuk sikit kerana lawatan kerja Menteri Dalam Negeri. Kerana Tuan Ali bercuti, terpaksa la saya tunjuk-tunjuk muka sikit. Dalam pengamatan saya melalui sistem I-ACIDS saya dapat lihat orang yang paling sibuk kesana kemari ialah OCS SI Hj Tahir dan Sm Mail. Saya memang percaya penuh kedua-dua mereka ni mampu buat apa saja kerja tanpa arahan atau tunjuk ajar. Pendek kata boleh buat contoh la kalau nak berjaya dalam pasukan polis ni.

SI Hj Tahir pula selepas sibuk mengendalikan majlis sambutan ,bergegas pula ke Masjid untuk mengimamkan solat jumaat.. Khutbah yang disampaikan oleh Hj Tahir hari ini menyentuh sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2009. Saya begitu terharu apabila cuba mengingati guru-guru yang pernah mengajar saya. Kalau bukan kerana guru-guru yang ikhlas mencurahkan ilmu kepada saya, tak tahu dimanalah saya. Semuga Cik gu- Cik gu semua sentiasa dirahmati dan dibawah perlindungnan Allah.

Selesai solat jumaat Sm Mail yang menunggu berhampiran kereta Menteri selamba memberitahu saya “ Dato Bandar Kuala Lumpur tadi tersalah masuk kedalam kereta Menteri” Saya tanya “Macam mana dia boleh masuk dalam kereta menteri pula, kereta dia letak mana”. Sm Mail terus jawab “ Kereta Datuk Bandar pun Perdana hitam juga macam kereta menteri dia tengok kereta tu depan pintu pagar dia terus masuk saja la, tengok pemandu tak ada dia keluar balik” . Dalam hati saya berkata “ Macam macam boleh jadi , saya pun dua tiga hari lepas macam tu juga , puas picit alarm tapi pintu tak buka , rupanya kereta orang, warna dan jenama saja sama”

Sebelah petang masa saya masuk pejabat Kak Ros kata Tuan Ali ada dalam pejabat. Saya yang tak mahu ganggu Tuan Ali cuba mengintai melalui bidai dipintu biliknya tapi tak nampak. Tak tau mengapa tiba-tiba kak Ros dalam ketawa berkata “Dia mengintai Tuan Ali “ . Sebenarnya memang Tuan Ali tak ada dalam pejabat , tuduhan saya mengintai Tuan Ali tu memang tak ada asas.

Masa jumpa saya Sm Mail bagi tau saya Tuan Ali datang pejabat tapi dia keluar pergi mesyuarat di Bahagian Latihan. Sm Mail bagi tau saya “ Tuan Ali ajak pergi main bowling lepas pejabat nanti”. Saya beritahu Sm Mail “ Saya mungkin tak boleh pergi kerana saya sakit perut”.

Petang itu kerana tak mau mengecewa kan Tuan Ali yang dah siap dengan kasut dan bola bowlingnya maka saya , Sm Mail dan abang Zul Mamak naik keretanya pergi ke Selayang. Kata Tuan Ali “ kawan saya dah tunggu kat Selayang Mall”.

Kerana terlampau gairah dan tak sabar nak main bowling, nampak saya bangunan tinggi kat selayang kami ingat itu lah Selayang Mall. Tuan Ali terus masuk parking kat tingkat tiga . Kata Tuan Ali “ Bowling kat tingkat 3 , kita parking sini terus masuk main”.

Bila dah masuk dalam bangunan , cari punya cari tak jumpa pun “Selayang bowl”. Akhirnya Sm Mail tanya seorang Amoi “ Mana tempat mau main bowling?” Amoi tu terus jawab “ Oh itu mau main bowling lain bangunan loo.. , sana Selayang Mall” Sm Mail yang masih tak faham bertanya “ Ini bukan Selayang Mall ka?” Amoi tu kata “ Ini Selayang Capitol loo.. kalau mau tengok wayang boleh la”. Saya , Tuan Ali dan Zul Mamak pun ketawa juga la , kerana masing dah merah muka.

Lepas tu semua orang baru ingat kat mana Selayang Mall kerana semuanya dah biasa pergi kesana. Parking kat Selayang Mall cuma Rm 1 , tapi masuk kat Selayang Capitol kena Rm 3. Buang hampas betul la..

Khair kawan Tuan Ali dah booking 5 game untuk kami main, boleh terlucut sendi ni nak hayun bola .

Oleh kerana Tuan Ali dan Abang Zul Mamak dah mahir main bowling , saya ambil keputusan hanya nak lawan dengan Sm Mail kerana kami sama-sama tak tau main. Macam-macam gaya yang dipamirkan oleh Sm Mail terutamanya bila lontarannya masuk longkang.
Mungkin kerana nak tengok Sm Mail kalah dengan saya , Abang Zul akan ganggu Sm Mail masa dia nak lontar bola . Kerana geram agaknya , Sm Mail tiba-tiba menanggalkan kasutnya dan membaling kearah abang Zul . Kasut tu terkena cermin . Masa Sm Mail rehat saya beritahu dia “ Cik Mail baling kasut tadi kena cermin tu dah retak”. Sm Mail cepat menjawab menangkis kata-kata saya “ Tak ada lah , saya tengok cermin tu memang awal-awal lagi dah retak” .
Kerana Khair kawan Tuan Ali sakit otot kaki , kami terpaksa menghabiskan games yang telah di booking menjadikan 6 games semuanya kami main hari tu. Yang gembiranya saya tak tewas kepada Sm Mail dan Tuan Ali pula mantap dengan permainannya tak dapat ditandingi oleh Abang Zul.

Masa dalam perjalanan balik rahsia Sm Mail tebongkar, rupanya dia guna tangkal masa main bowling. Dia guna tangkal “Life card” yang digantung dilehernya. Patut la masa main tu saya nampak ada tali kuning dilehernya. Dalam hati saya berkata “ Mungkin “saka” yang ada pada Sm Mail marah kerana dia guna “tangkal” nak lawan” saka” saya sebab tu dia kalah”.

Peking duck pergi sentul
Nak bawa pinggan terbawa bowl
Kalau tersesat kat Selayang capitol
Mana nak jumpa Selayang bowl

Sm Mail pemain hoki
Menjaga gol hebat sekali
Kasut untuk pakai dikaki
Bukan untuk dibaling sesuka hati

Saya hanya pemain petong
Tahun 2008 Veteran menang naib juara
Tuan Ali hendak dikelentong
Abang Zul kata bowling tak pernah main jua

Kasut bowling hanya disewa
Macam-macam saiz ada belaka
Nasib baik cermin tu retak saja
Kalau berderai mana nak letak muka

Main bowling biar bergaya
Kalah menang jangan kira
Life card jangan percaya
Kerana tuhan yang maha kaya

Monday, May 11, 2009

Gotong Royong

8 Mei 2009 Jumaat - Semasa membelek-belek handphone saya terbaca message anak saya Jaja “Abah besok hari ibu kan, boleh tak bagi duit sikit nak beli hadiah untuk mama”. Dalam hati saya berkata-kata “Betul ka esok hari ibu, mengapa saya langsung tak tau, tak ada pula orang dipejabat cerita pasal hari ibu”.

Petang jumaat saya terperanjat lagi bila Tuan Hj Tahir maklum seorang ibu kepada tiga orang anak terpaksa menerima rawatan diklinik terkena kayu yang dicampak semasa gotong royong membersih barek. Rupanya Aminah mendapat malang lagi, hari tu dia jatuh m/sikal, kali ini kepalanya cedera pulak terkena kayu. Harap-harap kali ni Sm Mail tak suruh lagi Aminah bayar wang Rm 100 kepada orang yang campak kayu hingga terkena kepala Aminah tu.

Kata sahabat-sahabat yang sama-sama bergotong royong , campak mencampak kayu ni arahannya datang dari Syarif Dol. Tapi saya tidak pasti betul atau tidak kerana kata Syarif Dol “ Blok JKR 4444 kayu-kayu dibawa turun melalui lif, yang campak kayu dari atas tu diblok 4313 faham-faham saja la “. Mungkin Syarif Dol difitnah kerana setahu saya dia tinggal diblok 4444.

Saya hanya berharap AJK Persatuan Penduduk lebih perihatin dan berilah bantuan yang sewajarnya untuk meringankan penderitaan Aminah tu. Sm Mail dah buat perakuan nak pergi melawat untuk bertanya khabar. Saya , Tuan Ali dan rakan-rakan pejabat berdoa supaya kecederaan yang dialami Aminah tidak akan berlarutan .

Sebelah malam saya bersama Umi Yatie menghadiri Majlis Mes Night meraikan 46 orang Pegawai Kanan Polis yang bersara. Majlis diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman. Meriah juga la majlis tu …. penyanyi jemputan Aishah telah menyampaikan beberapa buah lagu yang sememangnya kesukaan saya.

Semasa sedang menikmati hiburan tiba-tiba Umi Yatie begitu ceria memberitahu saya sambil ketawa “Bang, janji dengan Jaja esok nak pergi klinik gigi, nak cabut gigi gerham yang sakit, tapi gigi tu dah tercabut sendiri” Saya pun tanya “Macam mana boleh tercabut pula” Umi Yatie cepat menjawab “ Tu la nasib baik tak tertelan, masa nak makan buah anggur ni tiba-tiba gigi yang tercabut” Bila saya tanya “Mana gigi tu” kata Umi Yatie “ Dah bubuh dalam beg..”.
.
Dalam hati saya berkata “ Ini pun gotong royong juga ni”

9 Mei 2009 Sabtu Jaja bawa Intan dan Syahir ke Giant Batu Cave, saya agak mesti nak belikan hadiah untuk mama mereka . Masa balik dari jemput anak-anak dari Giant Umi Yatie berkata kepada saya “ Tiga beradik tu muncong saja tak bertegur sapa dalam kereta” Saya tanya “kenapa?” kata Umi Yatie “Tak tau la”.


Sebelah petangnya Umi Yatie dapat hadiah sejambak bunga daripada anak-anak sempena sambutan Hari Ibu. Rupanya mereka berkurung dalam bilik bergotong royong menyediakan sejambak bunga untuk mama mereka.

Melihat telatah anak-anak saya rasa amat terharu . Saya ambil handphone terus call emak saya kat kampong untuk bertanya khabar.

Saya dan Umi Yatie berkongsi membeli sebuah Helikopter 3 Chanel untuk dihadiahkan anak-anak. Saya pula beli sepasang kasut dan minta Umi Yatie bayarkan kerana , saya pun nak hadiah juga … Kepada pembantu rumah saya Buk Sol saya belikan sebuah basikal baru kerana malas nak baiki basikalnya yang rosak .



Hari ini sempena Hari Ibu kami tak makan nasi kerana Umi Yati menyediakan makanan istimewa untuk kami iaitu Mee Bandung.


Friday, May 8, 2009

Kalimah

7 Mei 2009 Saya tak berpeluang menyertai perhimpunan khas Kakitangan Awam PDRM kerana terpaksa hadir mesyuarat di JKR WP . Saya terlepas peluang menyaksikan pelbagai aksi gagah dan berani Sm Mail yang patut dipuji . Dalam pada itu ada juga terkesan kepada saya perbuatan “Saka” Sm Mail yang patut dikeji.

Kata Tuan Ali “ Hebat Sm Mail hari ni, jadi penyelamat” . Dalam hati saya tergerak nak kata begini "Insyaallah Sm Mail tahun ni kita calunkan untuk dapat pingat kepujian". Tetapi kalimah tersebut tak tertutur oleh saya kerana takut 'Saka' Sm Mail akan menuntut janji.

Saya juga berkesempatan mengikuti sedikit lapuran persidangan DUN diPerak yang bercelaru tu. Kerana nak lepas tension dan buang benda-benda yang berserabut dalam kepala, pukul 6.45 pm sebelum balik pejabat saya , Tuan Ali dan Sm Mail bersama-sama melihat Video klip “Majlis Akad Nikah diSelatan Thailand” .

Pecah perut kami menyaksikan telatah pengantin lelaki yang bahasanya tunggang terbalik . Mungkin kami lebih seronok kerana bahasa dan kalimah yang dituturkan lebih baik dari kalimah orang-orang bistari di Perak.

Atas perlantikan saya sebagai 'Presiden ****' tu , kerana nak mengingatkan diri saya supaya tak berlaku seperti yang berlaku di Perak , saya hanya nak tulis sebuah sajak untuk meluahkan perasaan saya.

KALIMAH SUDAH MATI

Kalimah! Kalimah! Kalimah!

Kalimah bertandang lagi
Kalimah dirumah negeri
Kalimah ditempat suci
Kalimah bersama bistari

Kalimah! Kalimah! Kalimah!

Kalimah mengasak lagi
Kalimah untuk menyakiti
Kalimah untuk meluah benci
Kalimah untuk memadam harmoni

Kalimah! Kalimah! Kalimah!

Kalimah tak disusun lagi
Kalimah tak disunting lagi
Kalimah ditabur sesedap hati
Kalimah membunuh bayi
Kalimah menghidupkan babi

Kalimah! Kalimah! Kalimah!

Kalimah tiada harga lagi
Kalimah tak suci lagi
Kalimah sudah diracuni
Kalimah sudah mati


Cheazmibidin @ 0230 Hrs
8 Mei 2009

Thursday, May 7, 2009

Kadang-Kadang

Kadang-Kadang rasa sakit kaki
Bukan kerana penat berdiri

Kadang-kadang rasa sakit hati
Bukan kerana memendam benci

Kadang-Kadang rasa nak lari
Bukan kerana dikejar ceti

Kadang–Kadang rasa nak tarik diri
Bukan kerana dah tawar hati

Kadang-Kadang rasa nak bawa diri
Bukan kerana merajuk hati

Kadang-Kadang rasa jauh hati
Bukan kerana tak diambil peduli

Kadang –Kadang rasa ngeri
Bukan kerana takut mati

Kadang–Kadang rasa sepi
Bukan kerana di tinggal isteri

Kadang-Kadang rasa dibuli
Bukan kerana di anak tiri

Kadang-Kadang rasa tak dihormati
Bukan kerana tabik tak diberi

Kadang-Kadang rasa secucuk dihati
Bukan kerana jatuh cinta lagi

Wednesday, May 6, 2009

Ehsan

Hari ini saya meluangkan masa membaca posting saudara Mat Saman di dalam blognya Ibnu Saman Aljalawi yang merumuskan ikhtibar daripada pengorbanan pelajar cemerlang Nik Nur Madihah dan keluarganya dari Kelantan.

Yang mencuit perasaan saya ialah mengenai betapa keluarga ini sanggup mengenepikan hak untuk mendapat bantuan semata-mata kerana menganggap insan lain lebih berhak untuk mendapat bantuan tersebut. Keluarga Madihah lebih sanggup melalui keperitan hidup dengan berusaha sendiri daripada menerima bantuan yang difikirkan, ada orang lain lebih berhak menerimanya.

Berkat keyakinan dan keluhuran budi pekerti yang mulia itu keluarga Madihah dapat merasai nikmat dari usaha dan pengorbanan dengan kurniaan Allah diatas kejayaan Nik Nur Madihah mengukir sejarah menjadi pelajar paling cemerlang. Bagi saya keluarga Nik Nur Madihah kini amat berhak menerima apa jua kemudahan dan penghargaan.

Solat Isyak malam ini saya membaca surah As-Sajdah untuk memperingatkan diri saya kepada kebesaran dan kekuasan allah.

Ingin saya tanamkan didalam hati dan jiwa saya ehsan Allah . Menghayati dengan penuh kepercayaan dan keyakinan bahawa “Tiada yang sebenar-benar ujud melainkan ujudnya Allah Ta’ala” .

Keterangan dari surah As- Sajdah yang meruntun jiwa saya agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada . Firman Allah yang bermaksud “Manusia dimulakan kejadiannya daripada tanah dan keturunan manusia dijadikan dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sangat sedikit dipandang orang. Selepas itu Allah meniupkan roh ciptaannya, Dikurniakannya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran supaya kamu bersyukur tetapi amat sedikit dikalangan kamu yang bersyukur”.

Kepada saudara Mat Saman , sama-sama lah kita mentafsir ayat 17 surah As-Sajdah yang bermaksud “Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan”

Seketika saya menoleh kekiri lalu terpandang wajah saya dicermin dan terus berdoa:

“Ya Allah, Engkau telah memperbaguskan kejadian rupaku, maka baguskanlah pula budi pekertiku”.

Tuesday, May 5, 2009

Takdir

Hari Isnin 04 Mei 2009 masa saya sampai pejabat Sm Mail tengah ambil Panggil Nama bagi staf pejabat. Macam selalu saya dengar Sm Mail akan bagi khutbah panjang lebar, yang akan berakhir dengan kata-kata “ Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan, ada rezki lebih sedekah-sedekah la selalu”. Hari ini saya dengar ada arahan tambahan “Ambil tindakan terhadap Sharif Dol kerana tak hadir panggil nama”. Saya tertanya-tanya “Apa dah jadi dengan Syarif Dol...Tiga hari kelepasan tak cukup lagi ka?”

Bercakap pasal sedekah ni minta-minta la Sm Mail tu hulur-hulurkan sikit kedalam tabung kita kerana kata kawan-kawan , mereka belum pernah nampak Sm Mail hulur lagi. Hj Tahir dah tunjuk contoh hari tu.

Bila Sharif Dol muncul dipejabat secara tak sengaja saya terdengar rungutannya . Bukan apa dia Cuma merungut dan menceritakan tentang kebodohan foreman (orang kedah kawan bapanya pulak tu) yang memasang timing belt keretanya secara terbalik. Akibatnya dia terpaksa keluarkan RM 600.00 untuk buat top over hall keretanya . Agaknya sebab itulah dia terlambat ke pejabat.

Yang rasa pelik dan hairan kepada saya , mengapa Si Sharif Dol yang katanya awal-awal dah tahu kesilapan yang dibuat oleh foreman biarkan kesilapan itu sampai keretanya rosak. Kalau lah betul dia tu lebih pandai dari foreman mengapa tak betulkan dulu atau buat sendiri saja.

Bila direnung-renung saya juga terfikir agaknya betul la cakap Baluk hari tu “ Kalau kita tengok orang buat salah kita jangan tegur, bila dia pergi kita saman la guna pol. 170 A, biar dia tahu kita lebih pandai dari dia”.

Kereta Tuan Ali pun rosak juga, katanya sambil ketawa besar “ Gear Box kereta Honda CRV saya rosak, nasib baik rosak kat rumah , kalau rosak tengah jalan masa saya pergi Johor hari tu lagi teruk” . Saya tanya “Berapa kena nak ganti gear box tu?” Tuan Ali kata “ Kena la dalam RM 3500.00” Saya yang nak tunjuk pandai kata “ Beli kereta potong punya la tuan murah sikit” Tuan Ali cepat-cepat jawab “ Ya la kalau beli baru mau la lebih RM 10,000.00”. Jawapan tu menyebabkan saya tak berani nak cakap lagi.

Perasaan saya teruja hari ini apabila tengok blog saya dilawati oleh rakan sekolah masa di SMJ 1971 hingga 1973 , kerana dia ada tinggalkan komen maka dapatlah saya mengesan siapa orangnya, yang tak lain tak bukan saudara Mat Saman. Kali terakhir saya jumpa beliau awal tahun 80 an masa tu dia kerja kat Pusat Tenaga Atom Bangi. Saudara Mat Saman berkunjung kerumah saya diTampin , N. Sembilan.

Lebih kurang jam 11.00 am 04 Mei 09 Mat Saman call saya dipejabat katanya “ Kak Ja ( Cik gu Aliyah Ramli ) nak buat kenduri kahwin anaknya pada 7 Jun 2009 lepas tu nak buat reunion classmate SMJ 1973 sekali, hang bagi la alamat aku nak bagitau Kak Ja supaya jemput hang sekali”.

Lepas tu kami sambung berbual , bertanya khabar kisah kawan-kawan yang dah lebih 30 tahun terpisah. Harap-harap kami dapat bertemu dirumah Kak Ja pada 7 Jun 09 nanti.

Thank you kak Ja kerana hantar sms jemputan kepada saya. Insyaallah kalau tak ada aral melintang saya akan sampai.

Saturday, May 2, 2009

Tongkat Ali

Hari ini jumaat 1 Mei 2009 saya terpaksa datang kepejabat macam biasa kerana nak pastikan kerja-kerja ubahsuai ’change over contactor’ berjalan lancar. Nampaknya tak ada apa-apa masaalah generator sokongan beroperasi dengan baik. Semua orang happy. Saya yang tak happy minta abang Musa tolong supplykan saya satu connection plug untuk hidupkan computer dan sebiji lampu dipejabat saya. Duduk la saya dalam kepanasan.

Saya teringat kepada Abang Alwi yang tengah ambil periksa tahun akhirnya hari ini. Semuga dia berjaya lulus dan dapat ijazah tahun ni.

Kepada Abang Alwi yang juga akan mengambil cuti akhir bulan Mei 2009 sempena cuti sekolah, saya nak sampaikan satu rahsia.

Perbualan antara kedua-dua rakan kita ini saya rakam secara sulit di Taman Tasik Titi Wangsa semasa sambutan hari keluarga tahun 2006.

Masa tu Zairin baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Hamidah. Dalam keadaan orang sibuk menunggu kehadiran Pak Lah untuk majlis perasmian, saya terdengar perbualan intim antara saudara Zairin dengan baluk. Saya sempat ambil gambar mereka tengah bercakap-cakap tu.

Zairin dengan nada serius bertanya ”Baluk ! masa mula-mula kau kahwin dulu,ada tak kau minum tongkat Ali ke atau minum kopi campur coca-cola. Kata Mahadir Nen minum kopi campur coca cola lagi power. Bawa kereta pergi balik Taiping -KL langsung tak letih, Betul ka ni?”
Baluk yang terkejut dengan soalan yang tidak diduga tu terus menjawab ”Aku tak minum tongkat, tapi aku ada simpan ekor tupai dengan misai harimau, aku dengan Syarif memang amalkan rendam misai harimau dengan ekor tupai dalam teh tarik. Ini lagi power, kalau setakat bawa bot dalam tasek Titiwangsa ni tiga hari tiga malam tak penat langsung”

Komen saya: Kali ni saya memang tak berani komen banyak-banyak, almaklumlah mereka-mereka tu semua dah buktikan . Apa pun rujuk la perbandingan dibawah . kalau tak puashati juga rujuk la kepada tuan punya tongkat bos kita tu.

Jika satu dikata sebatang
Kalau banyak disebut serumpun
Tiada isi dikata lompang
Banyak isi dikata tembun

Kalau putih dikata bersih
Kalau hitam dikata legam
Hitam manis cantik dimata
Putih kuning pujaan jiwa

Kurang cakap dilebel pendiam
Banyak cakap dikata temberang
Pandai bercakap dikata alim
Bercakap seorang dikata isim

Ekor tupai pajang sejengkal
Misai harimau keras sekali
Tongkat Ali kayu sejati
Kopi dan coca campuran asli
Teh tarik mamak punya resipi
Misai kucing galak minuman kami