Monday, May 18, 2009

Tangkal

15 Mei 2009 Hari ni sibuk sikit kerana lawatan kerja Menteri Dalam Negeri. Kerana Tuan Ali bercuti, terpaksa la saya tunjuk-tunjuk muka sikit. Dalam pengamatan saya melalui sistem I-ACIDS saya dapat lihat orang yang paling sibuk kesana kemari ialah OCS SI Hj Tahir dan Sm Mail. Saya memang percaya penuh kedua-dua mereka ni mampu buat apa saja kerja tanpa arahan atau tunjuk ajar. Pendek kata boleh buat contoh la kalau nak berjaya dalam pasukan polis ni.

SI Hj Tahir pula selepas sibuk mengendalikan majlis sambutan ,bergegas pula ke Masjid untuk mengimamkan solat jumaat.. Khutbah yang disampaikan oleh Hj Tahir hari ini menyentuh sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2009. Saya begitu terharu apabila cuba mengingati guru-guru yang pernah mengajar saya. Kalau bukan kerana guru-guru yang ikhlas mencurahkan ilmu kepada saya, tak tahu dimanalah saya. Semuga Cik gu- Cik gu semua sentiasa dirahmati dan dibawah perlindungnan Allah.

Selesai solat jumaat Sm Mail yang menunggu berhampiran kereta Menteri selamba memberitahu saya “ Dato Bandar Kuala Lumpur tadi tersalah masuk kedalam kereta Menteri” Saya tanya “Macam mana dia boleh masuk dalam kereta menteri pula, kereta dia letak mana”. Sm Mail terus jawab “ Kereta Datuk Bandar pun Perdana hitam juga macam kereta menteri dia tengok kereta tu depan pintu pagar dia terus masuk saja la, tengok pemandu tak ada dia keluar balik” . Dalam hati saya berkata “ Macam macam boleh jadi , saya pun dua tiga hari lepas macam tu juga , puas picit alarm tapi pintu tak buka , rupanya kereta orang, warna dan jenama saja sama”

Sebelah petang masa saya masuk pejabat Kak Ros kata Tuan Ali ada dalam pejabat. Saya yang tak mahu ganggu Tuan Ali cuba mengintai melalui bidai dipintu biliknya tapi tak nampak. Tak tau mengapa tiba-tiba kak Ros dalam ketawa berkata “Dia mengintai Tuan Ali “ . Sebenarnya memang Tuan Ali tak ada dalam pejabat , tuduhan saya mengintai Tuan Ali tu memang tak ada asas.

Masa jumpa saya Sm Mail bagi tau saya Tuan Ali datang pejabat tapi dia keluar pergi mesyuarat di Bahagian Latihan. Sm Mail bagi tau saya “ Tuan Ali ajak pergi main bowling lepas pejabat nanti”. Saya beritahu Sm Mail “ Saya mungkin tak boleh pergi kerana saya sakit perut”.

Petang itu kerana tak mau mengecewa kan Tuan Ali yang dah siap dengan kasut dan bola bowlingnya maka saya , Sm Mail dan abang Zul Mamak naik keretanya pergi ke Selayang. Kata Tuan Ali “ kawan saya dah tunggu kat Selayang Mall”.

Kerana terlampau gairah dan tak sabar nak main bowling, nampak saya bangunan tinggi kat selayang kami ingat itu lah Selayang Mall. Tuan Ali terus masuk parking kat tingkat tiga . Kata Tuan Ali “ Bowling kat tingkat 3 , kita parking sini terus masuk main”.

Bila dah masuk dalam bangunan , cari punya cari tak jumpa pun “Selayang bowl”. Akhirnya Sm Mail tanya seorang Amoi “ Mana tempat mau main bowling?” Amoi tu terus jawab “ Oh itu mau main bowling lain bangunan loo.. , sana Selayang Mall” Sm Mail yang masih tak faham bertanya “ Ini bukan Selayang Mall ka?” Amoi tu kata “ Ini Selayang Capitol loo.. kalau mau tengok wayang boleh la”. Saya , Tuan Ali dan Zul Mamak pun ketawa juga la , kerana masing dah merah muka.

Lepas tu semua orang baru ingat kat mana Selayang Mall kerana semuanya dah biasa pergi kesana. Parking kat Selayang Mall cuma Rm 1 , tapi masuk kat Selayang Capitol kena Rm 3. Buang hampas betul la..

Khair kawan Tuan Ali dah booking 5 game untuk kami main, boleh terlucut sendi ni nak hayun bola .

Oleh kerana Tuan Ali dan Abang Zul Mamak dah mahir main bowling , saya ambil keputusan hanya nak lawan dengan Sm Mail kerana kami sama-sama tak tau main. Macam-macam gaya yang dipamirkan oleh Sm Mail terutamanya bila lontarannya masuk longkang.
Mungkin kerana nak tengok Sm Mail kalah dengan saya , Abang Zul akan ganggu Sm Mail masa dia nak lontar bola . Kerana geram agaknya , Sm Mail tiba-tiba menanggalkan kasutnya dan membaling kearah abang Zul . Kasut tu terkena cermin . Masa Sm Mail rehat saya beritahu dia “ Cik Mail baling kasut tadi kena cermin tu dah retak”. Sm Mail cepat menjawab menangkis kata-kata saya “ Tak ada lah , saya tengok cermin tu memang awal-awal lagi dah retak” .
Kerana Khair kawan Tuan Ali sakit otot kaki , kami terpaksa menghabiskan games yang telah di booking menjadikan 6 games semuanya kami main hari tu. Yang gembiranya saya tak tewas kepada Sm Mail dan Tuan Ali pula mantap dengan permainannya tak dapat ditandingi oleh Abang Zul.

Masa dalam perjalanan balik rahsia Sm Mail tebongkar, rupanya dia guna tangkal masa main bowling. Dia guna tangkal “Life card” yang digantung dilehernya. Patut la masa main tu saya nampak ada tali kuning dilehernya. Dalam hati saya berkata “ Mungkin “saka” yang ada pada Sm Mail marah kerana dia guna “tangkal” nak lawan” saka” saya sebab tu dia kalah”.

Peking duck pergi sentul
Nak bawa pinggan terbawa bowl
Kalau tersesat kat Selayang capitol
Mana nak jumpa Selayang bowl

Sm Mail pemain hoki
Menjaga gol hebat sekali
Kasut untuk pakai dikaki
Bukan untuk dibaling sesuka hati

Saya hanya pemain petong
Tahun 2008 Veteran menang naib juara
Tuan Ali hendak dikelentong
Abang Zul kata bowling tak pernah main jua

Kasut bowling hanya disewa
Macam-macam saiz ada belaka
Nasib baik cermin tu retak saja
Kalau berderai mana nak letak muka

Main bowling biar bergaya
Kalah menang jangan kira
Life card jangan percaya
Kerana tuhan yang maha kaya

No comments:

Post a Comment