Hari Isnin 04 Mei 2009 masa saya sampai pejabat Sm Mail tengah ambil Panggil Nama bagi staf pejabat. Macam selalu saya dengar Sm Mail akan bagi khutbah panjang lebar, yang akan berakhir dengan kata-kata “ Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan, ada rezki lebih sedekah-sedekah la selalu”. Hari ini saya dengar ada arahan tambahan “Ambil tindakan terhadap Sharif Dol kerana tak hadir panggil nama”. Saya tertanya-tanya “Apa dah jadi dengan Syarif Dol...Tiga hari kelepasan tak cukup lagi ka?”
Bercakap pasal sedekah ni minta-minta la Sm Mail tu hulur-hulurkan sikit kedalam tabung kita kerana kata kawan-kawan , mereka belum pernah nampak Sm Mail hulur lagi. Hj Tahir dah tunjuk contoh hari tu.
Bila Sharif Dol muncul dipejabat secara tak sengaja saya terdengar rungutannya . Bukan apa dia Cuma merungut dan menceritakan tentang kebodohan foreman (orang kedah kawan bapanya pulak tu) yang memasang timing belt keretanya secara terbalik. Akibatnya dia terpaksa keluarkan RM 600.00 untuk buat top over hall keretanya . Agaknya sebab itulah dia terlambat ke pejabat.
Yang rasa pelik dan hairan kepada saya , mengapa Si Sharif Dol yang katanya awal-awal dah tahu kesilapan yang dibuat oleh foreman biarkan kesilapan itu sampai keretanya rosak. Kalau lah betul dia tu lebih pandai dari foreman mengapa tak betulkan dulu atau buat sendiri saja.
Bila direnung-renung saya juga terfikir agaknya betul la cakap Baluk hari tu “ Kalau kita tengok orang buat salah kita jangan tegur, bila dia pergi kita saman la guna pol. 170 A, biar dia tahu kita lebih pandai dari dia”.
Kereta Tuan Ali pun rosak juga, katanya sambil ketawa besar “ Gear Box kereta Honda CRV saya rosak, nasib baik rosak kat rumah , kalau rosak tengah jalan masa saya pergi Johor hari tu lagi teruk” . Saya tanya “Berapa kena nak ganti gear box tu?” Tuan Ali kata “ Kena la dalam RM 3500.00” Saya yang nak tunjuk pandai kata “ Beli kereta potong punya la tuan murah sikit” Tuan Ali cepat-cepat jawab “ Ya la kalau beli baru mau la lebih RM 10,000.00”. Jawapan tu menyebabkan saya tak berani nak cakap lagi.
Perasaan saya teruja hari ini apabila tengok blog saya dilawati oleh rakan sekolah masa di SMJ 1971 hingga 1973 , kerana dia ada tinggalkan komen maka dapatlah saya mengesan siapa orangnya, yang tak lain tak bukan saudara Mat Saman. Kali terakhir saya jumpa beliau awal tahun 80 an masa tu dia kerja kat Pusat Tenaga Atom Bangi. Saudara Mat Saman berkunjung kerumah saya diTampin , N. Sembilan.
Lebih kurang jam 11.00 am 04 Mei 09 Mat Saman call saya dipejabat katanya “ Kak Ja ( Cik gu Aliyah Ramli ) nak buat kenduri kahwin anaknya pada 7 Jun 2009 lepas tu nak buat reunion classmate SMJ 1973 sekali, hang bagi la alamat aku nak bagitau Kak Ja supaya jemput hang sekali”.
Lepas tu kami sambung berbual , bertanya khabar kisah kawan-kawan yang dah lebih 30 tahun terpisah. Harap-harap kami dapat bertemu dirumah Kak Ja pada 7 Jun 09 nanti.
Thank you kak Ja kerana hantar sms jemputan kepada saya. Insyaallah kalau tak ada aral melintang saya akan sampai.
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment