Monday, May 11, 2009

Gotong Royong

8 Mei 2009 Jumaat - Semasa membelek-belek handphone saya terbaca message anak saya Jaja “Abah besok hari ibu kan, boleh tak bagi duit sikit nak beli hadiah untuk mama”. Dalam hati saya berkata-kata “Betul ka esok hari ibu, mengapa saya langsung tak tau, tak ada pula orang dipejabat cerita pasal hari ibu”.

Petang jumaat saya terperanjat lagi bila Tuan Hj Tahir maklum seorang ibu kepada tiga orang anak terpaksa menerima rawatan diklinik terkena kayu yang dicampak semasa gotong royong membersih barek. Rupanya Aminah mendapat malang lagi, hari tu dia jatuh m/sikal, kali ini kepalanya cedera pulak terkena kayu. Harap-harap kali ni Sm Mail tak suruh lagi Aminah bayar wang Rm 100 kepada orang yang campak kayu hingga terkena kepala Aminah tu.

Kata sahabat-sahabat yang sama-sama bergotong royong , campak mencampak kayu ni arahannya datang dari Syarif Dol. Tapi saya tidak pasti betul atau tidak kerana kata Syarif Dol “ Blok JKR 4444 kayu-kayu dibawa turun melalui lif, yang campak kayu dari atas tu diblok 4313 faham-faham saja la “. Mungkin Syarif Dol difitnah kerana setahu saya dia tinggal diblok 4444.

Saya hanya berharap AJK Persatuan Penduduk lebih perihatin dan berilah bantuan yang sewajarnya untuk meringankan penderitaan Aminah tu. Sm Mail dah buat perakuan nak pergi melawat untuk bertanya khabar. Saya , Tuan Ali dan rakan-rakan pejabat berdoa supaya kecederaan yang dialami Aminah tidak akan berlarutan .

Sebelah malam saya bersama Umi Yatie menghadiri Majlis Mes Night meraikan 46 orang Pegawai Kanan Polis yang bersara. Majlis diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman. Meriah juga la majlis tu …. penyanyi jemputan Aishah telah menyampaikan beberapa buah lagu yang sememangnya kesukaan saya.

Semasa sedang menikmati hiburan tiba-tiba Umi Yatie begitu ceria memberitahu saya sambil ketawa “Bang, janji dengan Jaja esok nak pergi klinik gigi, nak cabut gigi gerham yang sakit, tapi gigi tu dah tercabut sendiri” Saya pun tanya “Macam mana boleh tercabut pula” Umi Yatie cepat menjawab “ Tu la nasib baik tak tertelan, masa nak makan buah anggur ni tiba-tiba gigi yang tercabut” Bila saya tanya “Mana gigi tu” kata Umi Yatie “ Dah bubuh dalam beg..”.
.
Dalam hati saya berkata “ Ini pun gotong royong juga ni”

9 Mei 2009 Sabtu Jaja bawa Intan dan Syahir ke Giant Batu Cave, saya agak mesti nak belikan hadiah untuk mama mereka . Masa balik dari jemput anak-anak dari Giant Umi Yatie berkata kepada saya “ Tiga beradik tu muncong saja tak bertegur sapa dalam kereta” Saya tanya “kenapa?” kata Umi Yatie “Tak tau la”.


Sebelah petangnya Umi Yatie dapat hadiah sejambak bunga daripada anak-anak sempena sambutan Hari Ibu. Rupanya mereka berkurung dalam bilik bergotong royong menyediakan sejambak bunga untuk mama mereka.

Melihat telatah anak-anak saya rasa amat terharu . Saya ambil handphone terus call emak saya kat kampong untuk bertanya khabar.

Saya dan Umi Yatie berkongsi membeli sebuah Helikopter 3 Chanel untuk dihadiahkan anak-anak. Saya pula beli sepasang kasut dan minta Umi Yatie bayarkan kerana , saya pun nak hadiah juga … Kepada pembantu rumah saya Buk Sol saya belikan sebuah basikal baru kerana malas nak baiki basikalnya yang rosak .



Hari ini sempena Hari Ibu kami tak makan nasi kerana Umi Yati menyediakan makanan istimewa untuk kami iaitu Mee Bandung.


No comments:

Post a Comment