Saturday, May 23, 2009

Longkang

Minggu ni Tuan Ali dah plan nak ajak kami main bowling . Katanya " kita buat pertandingan sama-sama kita la hari jumaat ni, nak seronok-seronok saja". Saya kata "Nak main boleh tapi sapa yang nak main kena bayar la, saya nak collect duit dulu sebelum pergi".

Dua tiga hari lepas tu Tuan Ali bagi tau kami dia dah beli bowl baru siap dengan beg "Akademik Fantasia" sekali. Jangan tanya harga bowl tu, harga begnya saja dah mencecah RM 250.00. Minggu depan mungkin Tuan Ali akan beli kasut baru kerana kerana kasut yang dia ada sekarang dah banyak bercalar.

Bila dengar Tuan Ali dah beli bowl baru , Sm Mail kata dia pun nak bawa bowl baru juga , katanya " Saya nak minta bowl dari adik saya, adik saya ada macam-macam bowl, harganya mahal-mahal belaka, ada RM 700 - 800 ". Abang Zul Mamak yang tak mau mengalah kata "Ingat dia sorang saja boleh bawa bowl baru , saya akan beli bowl baru dengan begnya sekali".

Kerana risau prestasi Sm Mail dan Abang Zul mamak meningkat agaknya la..Tuan Ali cepat-cepat bagi tau mereka berdua " Bowl ni macam-macam jenis dan untuk macam-macam gaya permainan, ada bowl untuk baling lurus, ada untuk baling melencong dan ada untuk balingan berputar". Dalam hati saya berkata "Betul ka ni atau Tuan Ali saja nak kelirukan mereka supaya mereka jangan bawa bowl baru yang lebih mahal dari bowl yang dibelinya".

Kerana pertandingan bowling kali ni akan disertai oleh mereka-mereka yang tak pernah pegang bowl maka keputusan dibuat, kecuali Tuan Ali semua peserta dikehendaki menggunakan bowl sedia ada digelanggang dan tak boleh beli atau bawa bowl sendiri. Setiap peserta dikenakan bayaran RM 15 untuk bermain 5 Frame termasuk sewaan kasut.

Hari jumaat 22 Mei 2009 pagi-pagi lagi Abang Zul Mamak dah sibuk pasal games petang nanti. Dia dah siap collect duit dari anak buahnya, dengar cerita ada yang dipaksa untuk bermain. Sm Mail pula buat hal katanya "Isteri saya out station , belum tentu saya boleh main petang ni , anak saya tak ada orang jaga". Dalam hati saya berkata " Sm Mail mana ada anak kecil , mungkin dia ni kena QQ kut".

Sebelah tengahari saya tiba-tiba demam dan sakit perut, seluruh badan rasa lemah dan tidak bermaya. Kak Ros kata " Belum pergi main lagi dah sakit perut, takut kalah la tu" , Sebenarnya saya memang tak sihat cuma orang saja tak percaya. Waktu rehat saya ambil kesempatan untuk tidor disurau pejabat kami. Saya nak ambil panadol tapi CC Kak Normah kata "Tak baik makan panadol ni, saya tak pernah makan panadol" . Lepas tu Kak Normah bagi saya sebotol 100 plus, habis saya minum .

Petang tu saya rasa pulih sedikit dan bersiap untuk keSelayang main bowling . Saya tumpang kereta Honda CRV Tuan Ali. Masa masuk dalam kereta Tuan Ali kata "Ini kereta OKU". Saya yang kurang arif ni tanya " Pasai apa pulak tuan" . Kata Tuan Ali sambil ketawa " gear pun dekat stereng".

Pukul 6.30 pm 22 Mei 09 kami semua dah berkumpul kat Perfect Bowl Selayang Mall. Games petang tu disertai oleh 11 peserta dari pejabat Kem Komandan. Min merupakan peserta tunggal wanita yang turun kegelanggang diiring oleh Yunus dan anak-anaknya. Sharif Dol juga bawa isteri dan anak-anak untuk beri sokongan.Kerana tak ada pengalaman bermain , games petang tu dimeriahkan dengan gaya-gaya tersendiri . Abang Baluk awal-awal dah tersungkur masa nak baling bowl manakala abang Alwi pula terlepas bowl kebelakang. Salmi , Akub , Gobi dan Min mempamirkan kehebatan mereka menggolek bowl dilongkang kiri dan kanan. Tentang Syarif Dol saya tak berani komen kerana petang tu dia dah berjaya kalahkan Abang Zul Mamak untuk menggondol hadiah wang tunai . Kata Abang Zul " Kami saja bagi Syarif menang , sebab dia nak balik kampong lagi pun isteri dan anak-anak dia ada kat situ, kira bagi muka la..".

Sebenarnya permainan Abang Zul Mamak petang tu merosot betul . Kerana kalah dia cuba ganggu Sm Mail hingga Sm Mail kejar dia nak hentak dengan bowl, nasib baik Tuan Ali tolong sabarkan.
Saya pula kerana selain tak sihat hari tu saya juga cuba belajar cara lontaran bowl . Markah saya agak teruk dan kalah kepada Sm Mail. Tuan Ali pun merosot juga katanya " Test bowl baru , belum dapat feeling lagi". Apa-apa pun kita dah berjaya anjurkan pertandingan kira sudah bagus.

Untuk Abang Zul dan anak-anak buahnya saya nak bagi tau apa komen Tuan Ali " Depa ni masa nak keluar duit bayar games tadi nampak liat saja, tapi kat gelanggang ni senang pula keluar duit, tak heran la kalau semut pun dia orang suruh berlaga" .

Komen saya "Kak Ros dengan Harida bila nak join kami, kalau lambat nanti Harida akan bagi alasan nak jaga anak pula". Jangan jadi macam Kak Neen tu, Mahadir nak join kami pun dia tak bagi. Kata allahyarham P. Ramlee " Ini namanya QQ".

Khas untuk cik gu Suzy kat Pulau di Sarawak saya sertakan gambar Abang Alwi masa main bowling . Cerita Abang Alwi " Masa saya nak lontar bowl tu tiba-tiba saya nampak bini saya dok senyum kat depan , betul-betul tengah lane , tu yang buat saya hayun bowl kebelakang takut kena dia". Rupanya Abang Alwi ni sayang betul kat Cik gu Suzy , bayang Cik gu tu ada dimana-mana saja.
Kepada Tuan Ali dan semua kawan-kawan saya minta maaf kerana terpaksa balik cepat , bukan kerana isteri dan anak-anak saya dah datang jemput. Sebenarnya demam saya dah datang balik, sebaik sampai rumah saya terpaksa mengambil ubat dan terus tidur kerana suhu badan saya terlampau panas.

1 comment:

  1. Mie, bawa balik bola boling hang ke Kedah. Kita ajak Munir, Mat Japar, Mat Jamil, Mat Tamin try tengok lagu mana! Tanah Merah ( Bdr. Baru Darulaman) kampung hang tu dah jadi bandar macam Kajang la ni. Semuanya ada.
    Baru ni Munir ada kendalikan kursus di ILPP Serdang. Kami sempat kena bihun sup kat Kajang. Macam-macam cerita teringat balik.

    ReplyDelete