Friday, September 18, 2009

Mood n Mad

17 Sept 2009 Mood untuk sambut aidil fitri dah menelan segala2nya. Tak ada satu pun yang tak seronok, bos yang sibuk tu pun nampaknya ceria dan asyik senyum-senyum melayan anak buah kat Fb. Menyesal saya ambil cuti sebelum raya , patut la Tuan Ali tu suka sangat saya ambil cuti sebelum raya dan dia ambil lepas raya. Silap betul perencanaan yang saya buat ni... kalau panjang umur tahun depan kena jadi iktibar ni..

Masa saya menjenguk-jenguk kat pejabat pagi tadi , yang saya tengok yang tak ceria cuma Kak Ros . Al maklumlah rakan setugasnya Kak Harida cuti panjang 60 hari, saya tengok kat pejabat tu tak ada pun orang bantu Kak Ros yang macam tak boleh nak rehat langsong, asyik buka tutup fail aja. Banyak kerja ya Kak Ros ? Tak apa la Kak Ros esok sehari saja lagi , lepas tu Kak Ros boleh cuti balik Kelantan dan Kedah sambut raya puas-puas. Kalau tak cukup cuti tu lepas raya call saya, boleh sambung cuti lagi.

Cerita yang saya dengar Tuan Ali akan sambut raya secara meriah tahun ni, maklum lah raya kat rumah baru. Saya tak kisah sangat tapi Sm Mail bila dengar cerita Tuan Ali nak raya rumah baru, dia ambil cuti minggu lepas untuk mengecat semula rumahnya supaya nampak lebih baru dari rumah Tuan Ali . Lebih hebat lagi , bukan saja rumah dicat baru bahkan keretanya yang jenama sama dengan Tuan Ali tu pun dicat baru jugak. Maaf ya kerana rahsia ni dah pecah semalam...

Kepada Kakak2 yang berlumba-lumba mengumpul koleksi kueh mueh berpada-pada la sikit jangan sampai jadi pembaziran. Kalau yang anak ramai macam Kak Normah dengan Kak Min tu ok la kerana dengar cerita kueh yang dibeli tu separuh dah habis dimakan anak2...

Akhirnya dalam kita berseronok nak sambut raya jangan sampai Fitrah yang wajib pula kita lupa. Kata Tuan Hj Tahir Fitrah tahun ni hanya Rm 7 satu kepala.

2 comments:

  1. Setahun sekali Mie. Memang disuruh pun kita seronok dan ceria. Kalau boleh, tarik muka pun jangan, apalagi sampai menitis ayag mata walaupun setitik. Hang balik Kuala Kerau ka Tanah Merah? Ka dua dua sekali? Ka tak balik lansung! Raya kat batu caves saja.

    ReplyDelete
  2. Salam Mat,

    Tahun ni balik raya dengan mak kat Jitra , Kuala Krau nampaknya terpaksa la pi lepas raya nanti. Kalau hang balik Jitra mai rumah aku, boleh kita pi jenguk rumah kawan-kawan lain tu kalau sempat.

    Aku hari Selasa tu dah kena balik Kl sbb hari Rabu dah kerja balik.

    ReplyDelete