Friday, September 25, 2009

Meja Lipat







Tahun 1997 adalah tahun pertama saya bersama keluarga menjadi penghuni Bandaraya Kuala Lumpur. Sukar juga untuk saya dan ahli keluarga menyesuaikan diri dengan gaya hidup di Bandaraya . Masa tu keempat-empat anak saya masih bersekolah, dua orang diperingkat Menengah dan dua orang lagi masih di Sekolah Rendah. Isteri saya pula hanya seorang suri rumah.

Tahun 1999 atas saranan seorang rakan sepejabat Tuan Jo, isteri saya telah memulakan perniagaan dengan membuka gerai makanan ditepi jalan lebih kurang 2 km dari tempat kediaman kami. Meja lipat saja. Alhamdulillah perniagaan tersebut berkekalan hingga hari ini.

Yang bestnya tahun 2000 famili saya dianugerah dengan seorang lagi putri dan pada tahun 2002 dianugerah pula lagi dengan seorang Putra.

Kesimpulannya walaupun saya tak kaya raya , saya bahagia dengan apa yang ada, bersyukur dengan apa yang Allah kurnia .

3 comments:

  1. Kita perlukan sikit masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Asalkan kita tidak panik dan mudah berputus asa, Insya Allah jalan penyelesaian sentiasa terbuka. Tekanan memang akan menyucuk dari semua penjuru apabila kita berbuat atau terpaksa membuat sesuatu. Aku dulu pun sama. Bini berenti kerja kerana jaga anak sebab tak sanggup bagi orang jaga. Kawan dan kelurga hentam kiri kanan. Kata depa mengaji tinggi-tinggi duduk ceruk dapur. Kemudian bila aku pulak decide nak berenti dan bisnis, depa kata habis lah , makan pasir la anak-anak aku. Berani tak kena tempat. Tapi akau nekad juga. Aku melawak dengan depa, aku tumpang semangat Salehuddin Al Ayubi - lepas seberang laut, bakag kapai kemudian bertempur dengan musuh.Kalau tidak menang , gugur.
    Pasai apa. rezeki kita Mie bukan kita yang tentukan. Kita ikhtiar saja.Kita cari dan mohon Dia perkenankan.
    Berapa ramai kawan aku ambik unpaid leave buat bisnis, bila problem balik makan gaji. Sebab bila kawan tanya, hang bisnis ni kerana minat ka?
    Aku jawab , sikit pun tak minat, tapi kerana survival.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mat, betul apa yang hang kata tu rezki kita Allah yang tentukan, kita hanya berusaha dan berdoa saja.

    Kalau nak pikiaq apa orang kata memang kita tak boleh buat apa. Malu apa orang kata pun macam tu jugak. Baik kita buat apa yang kita fikiaq kita boleh buat. Insyaallah tuhan akan makbulkan doa kita.

    ReplyDelete
  3. wah.. pak jang bila lagi nak kembangkan perniagaan pakjang.. buka restoren plak.. boleh la cuti2 saya jadi casher..

    ReplyDelete