Saya mula kenal huruf dan angka , tahu menulis dan membaca berkat curahan ilmu oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sg Kob, Karangan, Kulim, Kedah. Saya masih ingat apabila saya mula berkerja sebagai anggota polis pada tahun 1977 saya pergi semula kesekolah tersebut. Saya berpeluang berjumpa dan berbual dengan Cik gu Hamzah yang dah naik pangkat jadi guru besar . Kalau tak silap saya Cik gu Hamzah ni orang Alor Gajah, Melaka.
Seronok dapat jumpa cik gu yang pernah mendidik saya, susah nak digambarkan perasaan saya ketika itu mau menitis air mata rasanya. Kawan-kawan semasa kat SMJ sebahagian besarnya berkhidmat sebagai guru. Bertuahnya mereka yang berjiwa macam Siti Rokiah Salleh yang mensasarkan hidup matinya adalah guru. Anak-anak staf pejabat saya yang tinggal di Setiawangsa ramai menjadi anak murid Mak Lang kita ni. Isteri staf pejabat saya pun ada yang menjadi cik gu kat sekolah Mak Lang. Sahabat saya Ramlan Hussain juga seorang GB yang dedikasi kat Perak. Insyaallah anak murid tak kan lupa jasa guru.
Tahun 1971 dengan ilmu asas yang dipelajari diSekolah Kebangsaan Sungai Kob saya berhijrah ke Sek Menengah Jitra. Bagi rakan-rakan dari sekolah rendah disekitar Jitra mungkin mereka tidak terasa kekok kerana ada rakan-rakan yang sama semasa bersekolah rendah, boleh la mereka berintraksi dengan mudah. Saya terpaksa mencari dan menyesuaikan diri dengan sahabat-sahabat baru yang tak pernah dikenali sebelum ini.
Saya masuk dalam kelas Tingkatan 1 A agaknya masa tu bukan kerana saya pandai tapi mungkin tak ada kelas lain yang kosong. Keistemewaan agaknya kerana saya lewat mendaftar sebab terpaksa menguruskan pertukaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. Yang saya ingat sahabat-sahabat paling akrab dengan saya dalam kelas ni ialah Rashidi Othman, Loh Kim Hua dan Jamaluddin Abu Bakar. Masa tu kalau kerja sekolah saya tak siap atau lupa nak buat saya akan tiru hasil kerja Loh yang tak kedekut nak pas bukunya kat saya . Loh memang pandai , ambil pengajian Islam ganti pendidikan Moral sampai dia lebih handal dari pelajar Islam. Kini Loh Kim Hua seorang Muslim menggunakan nama Mohd Ikram Loh. Masa majlis reunion tu dia yang tampil membaca doa.
Masa sekolah dulu saya tak ada kawan dikalangan pelajar-pelajar perempuan. Mungkin mereka tak minat nak kawan , maklum la tak handsome macam Mohammad Abd Rahim dan Che Man Abd Hamid yang jadi rebutan tu. Lagi pun mereka berdua ni memang setia betul. Susah nak cari orang macam ni.
Masa kami belajar dulu prestasi dinilai setiap tahun untuk menentukan kedudukan dalam kelas . Untungnya kami pelajar lelaki kerana nak stabil jumlah pelajar lelaki dengan wanita dalam satu kelas, pelajar lelaki yang dapat nomber corot sikit pun dapat masuk kelas A kerana pelajar perempuan lebih ramai dapat kedudukan terbaik dalam sekolah. Nampak sangat masa tu diskriminasi terhadap wanita no.. tapi saya tak pernah mengambil peluang ni kerana saya memang layak duk kelas A sampai Tingkatan Tiga sebab kedudukan saya dalam sekolah masa tu sekitar No. 28 ke 31 cukup-cukup makan aja.
Lepas keputusan SRP kami pelajar-pelajar SMJ ditaburkan di sekitar Kubang Pasu dan Alor Star. Ramai yang memilih untuk terus kekal di SMJ tapi saya dan kawan-kawan yang nak mengharungi cabaran baru berhijrah lagi. Kali ini saya ke Sekolah Menengah Pulau Nyior berkongsi minda dengan Ramlan Hussain dan Jamaluddin Abu Bakar untuk menempuh badai SPM didalam aliran Sains. Lepas SPM kami terus berpisah membawa haluan hidup dan perjuangan masing-masing.
Usaha keras Ahmad Md Saman , Aliyah Ramli dengan sokongan kuat suami Cik gu Ramli , Siti Rokiah Salleh , Mazlee Ahmad, Kamal Hussin , Basharah Husin, Dzamri Abdul Rahman dan Satirah Latif mengumpul sahabat untuk bertemu muka dan menghulur salam di Kelubi pada 26 Disember 2009 tak ternilai harganya. Tak sangka ya kelas aliran inggeris yang dulu tak join dengan kita pun sanggup datang bagi sokongan atas nama SMJ. Saya tabik kepada Cik gu Md Jamil , dalam keuzuran sanggup berada dimajlis tu dari awal hingga akhir.
Masa nak ke Kelubi hari tu saya lalu tepi padang tempat duk main ragbi dan bersukan , dulu disitu juga ada Pavilion tempat kita berhimpun sebelum masuk sekolah. Rupanya tempat tu dah jadi Stadium Majlis Daerah Kubang Pasu la. Tak heran la dikalangan kita pun dah ramai yang berubah , sangat-sangat berubah lo… sukar nak digambarkan.
Cik gu-Cik gu dah merubah minda kita, dulu-dulu kerana bergaduh pasai ikan sepilai kita sanggup nak putuskan silatulrahim sampaikan gambar pun nak dipadamkan dari ingatan. Hari ni bukan sekadar nak pulihkan balik gambar tu , kalau boleh nak pulihkan balik kawan kita tu.
Kepada Cik gu Zainuddin dan Cik gu Fatimah Daud khasnya yang sanggup meluangkan masa bersama kami , dan semua cik gu-cik gu kami yang telah berjasa , kami hanya nak kata “ Jasa mu dikenang hingga akhir hayat” .
Akhir kata “ Nak tahu baiknya seseorang insan itu tanyalah sahabatnya”.

wauu...rupanya setiawangsa begitu dekat dengan che azmi... kalau murid perempuan lain tak kenai che azmi... tapi saya kenai dan ingat sangat che azmi dulu-dulu...syukur kerana kita dipertemukan semula...mudah-mudahan kita akan berterusan bersahabat...
ReplyDeletemaklang siti rokiah
Salam,Aku teringin sangat nak jumpa Che gayah..kalu u dapat maklumat..bagi tau laa dan BASIRON..u tlg cari dalam fail polis tu..kalu ada tolong msjkan no fon..aku rindu nak jumpa dia..kalu musim buah kat alor rambai, dia dan mak bapanya mesti panggil aku mai makan buah..
ReplyDeletePasai kita, bila aku lalu jalan kodiang nak pi pulau nyiur..aku cerita kisah kita bertiga naik basikal mrentasi hujan panas, kalu dahaga kita singgah masjid tepi jln togok aor paip..
Semoga majlis sebegini dapat dianjurkan lagi dan harap2 dapat jumpa lagi..WASSALAM
ReplyDelete