Wednesday, December 16, 2009

Games


05 Disember 2009 kerana dah berjanji pukul 7.30 pagi saya bergegas ke Komplek Sukan Kg Pandan. Masa saya sampai Mahadir dah siap Warm up didalam gelanggang. Ramai juga peserta yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan petanque terbuka Kuala Lumpur dah ada kat sana.



Yuran untuk menyertai pertandingan bagi satu pasukan double adalah Rm 70 . Kata Pak Tam yang bertugas sebagai AJK Teknikal yuran mahal sikit sebab penganjur bagi baju T untuk setiap peserta. Tak apa la Pak Tam asal dapat lepas gian baling bola petanque tu sudah la...

Saya masuk gelanggang dalam keadaan tidak selesa kerana tapak kasut saya dah hampir tertanggal. Masa saya nak datang tadi kasut saya tu masih Ok , betul-betul buat masaalah la...
Permainan saya dengan Mahadir hari ni betul-betul tak menjadi , kami tewas dua game diperingkat kumpulan dan tersingkir dari pertandingan. Yang sakit hati tu tewas kepada pemain tak terkenal langsung , perempuan pulak tu.

Sebenarnya saya dengan Mahadir dah beberapa kali berpasangan dalam beberapa kejohanan Petanque. Malahan kami berdua pernah berjaya keseparuh akhir semasa menyertai kejohanan Petanque terbuka Perlis anjuran Felda Rimba Mas beberapa tahun lepas.

Walau bagaimana pun kenangan paling manis saya dalam permainan petanque ialah apabila menjadi Naib Johan Triple Veteran Lelaki Kejohanan Petanque MAKSAK Malaysia 2008 di Kuala Kangsar. Dalam pertandingan tersebut saya berganding dengan Pak Tam dan Azmi Othman. Bukan nak bangga cuma nak cerita ja ni...
Lepas ni ada satu lagi kejohanan Petanque yang akan berlangsung diKuala Selangor pada 18-19 Disember 2008. Kejohanan ini menawarkan hadiah Rm 3000.00 untuk tempat pertama kategori double lelaki. Malangnya saya tak dapat menyertai kejohanan ini kerana mantan bos saya yang dah bersara jemput makan kenduri perkahwinan anaknya di Setiawangsa. Patner saya pulak balik kampong di Perak kerana isterinya Nazneen mengidam nak makan mee udang Kuala Sepetang.

No comments:

Post a Comment