Saturday, May 29, 2010

Unik N Asing


29 Mei 2010 Sempena cuti hujung minggu yang agak panjang ni macam-macam program dibuat . Dua anak lelaki saya bercuti di Langkawi bersama rakan-rakan mereka, saya pula yang pada mulanya merancang balik ke Kedah terpaksa batalkan kerana segan dengan bos. Kata bos hari minggu dia terpaksa datang pejabat dan ajak saya sama kepejabat.

Kerana tak jadi balik kampong Ummi Yati call Ateh kat UITM Shah Alam ajak datang kerumah kerana kebetulan dia pun tak ada kuliah.

Masa jemput Ateh kat UITM dah hampir magrib , kami pun terus ke Masjid Negeri Shah Alam untuk solat magrib. Lepas solat Ummi Yatie ajak ke I - City katanya nak tengok keindahan yang di war-warkan oleh para sahabat dalam facebook.

Mungkin kerana cuti umum jalan nak masuk ke I-City sesak teruk , berkat kesabaran kami sampai juga ke parking I-City, itu pun terpaksa parking di tingkat 3. Yang seronoknya parking kat situ free je...

Kamera tak bawa , jadi guna handphone je la ambil gambar-gambar kat situ....





Saya tertarik dengan gambar kat bawah ni.....


Tertarik dengan orangnya saya juga terpanggil untuk memetik pendapat Tun tentang rakyat asing yang saban hari menjadi berita kat media massa....saya copy and paste je kerana itulah ayat yang paling mudah untuk saya faham....

Pandangan Tun Dr Mahadir.....

1. Kita kerap mendengar berkenaan pekerja asing menutup peluang pekerjaan pekerja Malaysia. Saya amat bersetuju pekerja asing tidak dibenarkan masuk negara kita supaya pekerja kita dapat cari makan dengan mengisi tempat-tempat yang dikosongkan oleh pekerja asing.

2. Memang benar pekerja asing menyebabkan wang Malaysia mengalir keluar. Katanya tiap bulan satu bilion ringgit Malaysia dihantar oleh pekerja asing ke negara mereka. Ini boleh menjejaskan kewangan kita. Kita dapat selamatkan wang ini jika pekerja kita yang mengisi semua jawatan-jawatan dalam negara.

3. Walaupun saya bersetuju dengan dasar Kerajaan tidak membenar pekerja asing masuk Malaysia lagi, saya telah didekati oleh peniaga dan pengusaha Malaysia dan asing supaya dilonggarkan sedikit dasar ini.

4. Mereka merayu kerana setelah pekerja asing dihentikan tidak ada pekerja Malaysia yang sanggup bekerja walaupun akan dibayar gaji yang lebih. Syarikat Jepun pula menghadapi masalah kerana pekerja asing ditugas untuk kerja kasar yang tidak memerlukan kecekapan, bergaji rendah dan tidak diminati oleh pekerja Malaysia. Pekerja kita bekerja diperingkat atas untuk memproses hasil kerja pekerja diperingkat bawah.

5. Apabila tidak ada pekerja peringkat bawah, dan tidak ada pekerja tempatan untuk mengganti mereka, maka kerja-kerja awal tidak dapat dibuat. Dengan itu tidak ada barangan untuk diproses oleh pekerja tingkat atas yang terdiri daripada orang Malaysia. Ini menjejaskan perusahaan Jepun. Kalau sudah tidak ada pekerja dan tidak ada produk maka mereka tentulah terpaksa hentikan perusahaan mereka.

6. Apabila mereka berbuat demikian pekerja Malaysia juga akan hilang mata pencarian.

7. Masalah ini melibatkan perniagaan di Langkawi juga. Kedai makan dan kedai bebas cukai sudah tidak ada pekerja. Apatah lagi larangan terhadap jabatan Kerajaan mengadakan kursus di Langkawi menjejas perniagaan hotel tiga bintang bahkan penjual buah di tepi jalan.

8. Saya percaya rakyat Malaysia tidaklah begitu keras hati sehingga sanggup melihat perniagaan dan pekerja Malaysia mengalami kerugian kerana tidak suka melihat pekerja asing bekerja di sini.

Bapa saya pernah berkata " Manusia yang mendiami bumi ni , asal usulnya adalah dari Nabi Allah Adam dan Hawa. Pendek katanya kita ni semua bersaudara cuma agama dan bangsa yang membezakan kita hari ini".

Saya hanya nak kata " Hari ini orang merantau ketempat kita , mungkin esok lusa kita pulak merantau ketempat orang".

Friday, May 28, 2010

8th

28 Mei 2010 Hari lahir yang ke 8 anak bongsu saya Ahmad Syahir ialah pada 26 Mei lalu tetapi kerana kesibukan Umi Yati hanya dapat mengatur sambutannya semalam . Nak meriahkan bersama rakan-rakannya, majlis dibuat disekolahnya di Taman Selasih, Gombak.

Kak Jaja yang sedang bercuti tu pun sibuk juga melayan karenah adiknya , tapi ok la kerana Kak Jaja pun dulu sekolah kat sini dari darjah satu sampai darjah enam. Boleh la ambil peluang berjumpa guru-guru yang masih mengajar kat situ.

Terima kasih tak terhingga kepada Cik gu Norita yang tak kisah untuk melayan karenah murid manjanya ini.




Abah hanya nak kata " Happy birthday untuk Are ee, belajar rajin-rajin agar jadi orang bistari"

Thursday, May 27, 2010

Tun Mahathir @ Senyum


27 Mei 2010 Entah apa yang menarik saya pun tak tahu , bila pagi ini saya mencari fakta tentang senyuman tiba2 petangnya saya terbaca artikel mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.


Saya nak petik kata-kata Tun yang usianya telah mencecah 85 tahun.

(1) "Jika kita rasa gembira serta senyum selalu , kita akan kelihatan muda, dan bila anda sudah tua, tolong jangan berhenti daripada bekerja".

(2) "Buatlah apa-apa kerja. Fikirlah apa-apa yang boleh anda fikir. Tulis apa-apa yang boleh anda tulis tetapi jangan berhenti dari membuat kerja kerana ia akan membantu anda kelihatan muda".


(3) " Buatlah apa-apa perkara yang anda gemari supaya kelihatan muda dan sihat, contohnya , saya menggemari politik, saya sentiasa fikir yang saya boleh melakukan sesuatu yang lebih bagus dari orang lain. Sebab itu saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja"


(4) "Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan".

(5) "Saya tidak melibatkan diri dalam sukan kerana bagi saya aktiviti ini boleh menyebabkan kecederaan anggota badan dan tidak elok untuk masa akan datang. Tapi kalau anda seorang penggemar sukan , abaikan nasihat saya".

(6) "Saya sekarang sudah agak tua, tetapi saya tidak memerlukan tongkat untuk berjalan dan saya bebas berjalan ke mana sahaja".

Saya hanya nak kata " Saya pun nak jadi macam Tun ".

Manis @ Senyum

27 Mei 2010 Macam-macam hal yang berlaku minggu ini , saya tenguk ramai juga manusia yang bermuka masam mencuka. Agaknya banyak perkara yang mereka tak suka tapi tak nak luah dengan kata-kata , hanya sekadar memasamkan muka.

Apabila tenguk wajah Kak Ros dan Harida kat pejabat ni yang sentiasa tersenyum walau pun kena kutuk dan marah. Saya cuba mencari rahsia mengapa mereka asyik tersenyum. Nah! ini lah fakta yang saya dapat...

(1)Senyum adalah ekspresi yang ditunjukkan biasanya ketika kita gembira.

(2)Senyum kerana banyak sebab misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil.

(3)Ada juga senyum bertujuan untuk menutup perasaan yang memalukan.

(4) Senyum boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan.

(5) Sabda Nabi Muhammad s.a.w "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"

(6) Kajian sains mendapati semasa senyum manis seseorang hanya perlu menggerakan 16 otot muka berbanding gerakan 43 otot muka ketika muka masam.

(7) Senyum merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

(8)Senyum mampu mengubah mood menerusi pergerakan dan ekspresi wajah.

(9) Mengikut kajian Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi ada perbezaan di antara senyuman asli dan senyuman palsu.

(10) Senyuman kerana rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata.

(11) Senyuman palsu hanya melibatkan otot sekitar mulut sahaja.

(12) Kajian oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan mendapati senyuman memanjang hayat seseorang manusia.

(13) Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada apa-apa kesan .

Bapa saya dulu selalu berpesan " Kalau mengadap rezki jangan hang duk buat muka masam , nanti lari rezki tu".

Saya nak menambah " Tak kisah la kalau nak pandang kami dengan muka masam tapi kami tetap senyum memanjang ".

Tuesday, May 25, 2010

Penjawat Awam @ Palsu

Apa kata Presiden Cuepacs Omar Osman berkaitan pemalsuan sijil cuti sakit oleh penjawat awam di Malaysia....

1. 3% daripada 1.2 juta penjawat awam terlibat memalsukan cuti sakit.

2. Kes dianggap terpencil tetapi perlu dipandang serius kerana ia boleh mencemarkan perkhidmatan awam.

3. Perbuatan adalah bertentangan dengan etika kerja perkhidmatan awam yang tertakluk kepada kecemerlangan dan integriti .

4. Sepatutnya penjawat awam mengemukakan sijil cuti sakit yang sah yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta sahaja .

5. Penjawat awam yang terlibat boleh menyebabkan mereka dibuang kerja jika didapati bersalah dan mereka akan kehilangan segala kelebihan dan faedah perkhimatannya seperti kehilangan peluang untuk menikmati wang persaraan, pinjaman perumahan dan beberapa kemudahan lain.

Sunday, May 23, 2010

Colours Of 1Malaysia


22 Mei 2010 Badan letih dan penat maklum balik dari pejabat dah pukul 6.30 pm, tapi anak bongsu ajak juga keluar walau pun Intan tak nak ikut. Pukul 9.00 malam bersama Umi Yatie dan Are Ee berlepas ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan Colours Of 1 Malaysia.

Meriah memang meriah .....Betapa harmoni rakyat Malaysia tak kira bangsa , warna kulit dan amalan ugama.


Saturday, May 22, 2010

Paya Jaras

22 Mei 2010 @Sabtu Terkejut juga bila Tn Hj Tahir tiba-tiba muncul depan rumah saya dengan berbaju batik dan bersongkok. Saya hanya jumpa Tn Hj Tahir depan pintu pagar kerana katanya " Saya ada kelas mengaji kat Masjid Bukit Aman , Tn Ali suruh saya bagi tau tuan ,Dato' Pengarah Pengurusan nak jumpa pegawai Kem Komandan pukul 11.00 pagi dipejabat". Sambil tu Hj Tahir rupanya buat penggilan telepon dengan Tuan Ali dan minta saya bercakap dengan Tuan Ali sendiri yang sedang mendapatkan rawatan diklinik gigi.

Jam 11.00 am saya sampai dipejabat YDH Dato Pengarah Pengurusan untuk menerima arahan. Bukannya apa cuma Dato Pengarah nak bagi arahan supaya anggota Kem Komandan mempertingkatkan keterampilan diri dan displin saja.

Menjelang tengahari Tuan Ali dan Sm Mail datang kepejabat. Lepas Tuan Ali bertemu dengan YDH Dato ' Pengarah untuk menerima amanat , kami bertiga terus ke Sungai Buloh untuk menunaikan jemputan dari Kak Ema ke Majlis perkahwinan anak saudaranya.
Bukan main berseri-seri wajah Kak Ema dan suaminya squadmate saya Tuan Munir yang kelihatannya begitu sibuk melayan tetamu .

Kami makan sampai bertambah2 kerana kata Tuan Ali dan Sm Mail rendang daging yang dihidang sedap sangat la. Terima kasih Kak Ema dan keluarga pengantin yang sudi menjemput kami.



Tak seronok la kalau saya tak tunjuk sikit gambar Kak Ema melayan bos dia Tuan Ali dan Sm Mail nih....

Friday, May 21, 2010

Gelap ke hitam


Ooop! Apo la kerja si Syarif Dol ni .

Thursday, May 20, 2010

Panel@SOP


20 Mei 2010 Apa kata Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah berkaitan SOP @ IGSO.

1. Akan mengkaji prosedur penggunaan senjata api oleh polis yang digunapakai di negara lain seperti SOP yang diguna di Australia dengan mengambilkira garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

2. Mengkaji dan membuat perbandingan SOP negara berkenaan dengan SOP yang terdapat dalam IGSO .

3. IGSO yang diguna pakai pada waktu ini dihasilkan pada tahun 2003, dan terdapat ruang yang boleh dibuat penambahbaikan.

4. Aspek penambahbaikan yang akan dicadangkan termasuk dari segi senjata api yang boleh digunakan, latihan asas dan ulangan yang perlu diberi kepada anggota PDRM.

5. Penambahbaikan terhadap perintah tetap bertujuan supaya anggota polis dapat menjalankan tugas dengan lebih profesional.

Saya cuma nak kata " Negara kita dah semakin maju , PDRM perlu berubah menjadi pasukan yang berintegriti dan profesional ."

Sahabat saya kata " Kalau nak anggota PDRM profesional budget latihan kena la tambah lagi".

IGP@SOP




20 Mei 2010 Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh IGP Tan Sri Musa Hasan.

(1) Masyarakat mesti memahami tugas dan tanggungjawab polis supaya tidak menimbulkan syak wasangka dan salah faham antara pihak berkuasa dan masyarakat.

(2) Masyarakat mesti faham apabila berhadapan dengan polis, mereka mesti mengikut arahan dan peraturan polis.

(3) Polis boleh mendedahkan standard prosedur operasi (SOP) kepada umum supaya mereka lebih faham mengenai tugas dan tanggungjawab PDRM.

(4) Orang ramai mesti faham apabila polis buat road-block dia (pengguna jalan raya) kena berhenti, jangan langgar road-block. Kalau langgar dia akan timbulkan sesuatu syak wasangka oleh pegawai polis sama ada dia penjenayah yang membawa dadah atau apa sahaja untuk melarikan diri.

(5) Polis bertindak mengikut undang-undang dalam menangani sesuatu jenayah.

(6) Polis boleh menggunakan kekerasan yang boleh membawa kepada kematian sekiranya anggota polis berada dalam keadaan untuk mempertahankan diri mereka dan orang lain.
Walaubagaimana pun siasatan akan dijalankan untuk melihat samaada tindakan itu mempunyai justifikasi untuk menggunakan kekerasan sehingga membawa maut. Kalau didapati anggota tersebut menggunakan kuasa yang berlebihan akan dicadang supaya dituduh dimahkamah.

(7) Pihak-pihak berkepentingan seperti ahli politik perlu mengelak dari mengambil tindakan di luar undang-undang yang akan menyusahkan tugas-tugas polis.

Saya teringat kepada pesanan dari YA Hakim Dato Kadir Musa kepada saya ketika beliau bertugas sebagai Legal Adviser di Kementerian Dalam Negeri . Katanya " Biar seribu orang penjenayah terlepas tapi jangan seorang pun orang yang tak bersalah teraniaya".

Saya cuma nak kata " Kita nak jaga nyawa orang , nyawa kita pun nak jaga juga . Tak ada sedikit pun niat nak bunoh orang tapi apakan daya peluru memang tak bermata".

Tuesday, May 18, 2010

IGSO


Panel khas bagi menyiasat kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah belum membuat sebarang cadangan untuk mendedahkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) yang digunakan dalam siasatan itu kepada umum.

Panel berkenaan juga berkemungkinan meminta polis melakukan penambahbaikan terhadap IGSO agar proses siasatan dapat dijalankan dengan adil dan telus.

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang dipetik oleh Bernama.



Monday, May 17, 2010

Larangan

Penjawat awam dilarang membuat sebarang bentuk pernyataan awam - lisan atau bertulis.

Peringatan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dalam surat edaran bertarikh 14 Mei kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

Penjawat Awam perlu mengambil maklum peruntukan berikut:-


(1) Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi;

a. memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu;

b. memalukan atau memburukkan nama kerajaan; atau
c. menunjukkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan.

(2) Di bawah Peraturan 19 (2), Peraturan yang sama pula, seseorang pegawai awam tidak boleh membuat pernyataan awam mengenai sesuatu perkara melainkan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada menteri sama ada secara am atau khusus.

a. apa-apa ulasan tentang kelebihan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan

b. memberi apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi kerajaan atau

c. memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan kerajaan.

Mana-mana pegawai yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Friday, May 14, 2010

Pingat 3 P


14 Mei 2010 @ Jumaat Masa saya nak ke cafe untuk sarapan pagi telah bertembung dengan sahabat saya SM Megat dari Unit PRO PDRM. Katanya kepada saya " Saya sedang cari Tuan Ali nak bagi gambar majlis penganugerahan pingat yang berlangsung semalam" . Dalam hati saya berkata ' bagus nih nanti boleh la saya dapat sekeping untuk kenangan'.
Sekalung Tahniah dari kami warga Kem Komandan untuk Tuan Ali yang telah dianugerahkan Pingat Pahlawan Pasukan Polis (PPP) oleh SPB Yang Dipertuan Agong .

Wednesday, May 12, 2010

Takdirnya....

12 Mei 2010 Saya kembali bertugas selepas mengambil sehari cuti semalam. Tuan Ali dan Sm Mail pagi-pagi lagi dah ke Istana Negara kerana menghadiri raptai upacara penganugerahan Pingat. Nampaknya tahun ini Tuan Ali dan Sm Mail telah diberi penganugerahan pingat oleh pasukan kerana jasa-jasa mereka . Tahniah kepada Tuan Ali kerana di Anugerah Pingat Pahlawan Polis (PPP) dan Sm Mail yang dianugerah Pingat Bentara Polis oleh SPB Yang diPertuan Agong.

Bagi diri saya sendiri yang telah berkhidmat selama 34 tahun rasanya tak terkilan langsong dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik walau pun tidak dianugerah dengan sebarang pingat. Bukannya apa, hanya sekadar saya menilai diri saya sendiri, memang saya tak layak untuk dianugerah pingat. Takut nanti bila orang tanya saya " Apa jasa hang sampai dianugerah pingat ni?" . Tak kan pula saya nak jawab macam ni kut " Oooo Pasai pingat ni ka? Saya dapat pingat ni pun sebab saya minta , isi borang angkat bakul tinggi-tinggi , bodek bos sikit depa bagi la..". Nanti dimana saya nak letak muka saya yang memang tak cantik nih.

Walau pun saya tak suka dikenang tetapi didalam hati saya tetap tertanam sifat mengenang budi orang yang pernah saya dampingi. Kesempatan bercuti sehari ke Gemas, Negeri Sembilan semalam saya bersama isteri , anak dan cucu tak lupa menziarahi sahabat-sahabat lama yang dah 13 tahun berpisah.

Saya berpeluang menziarah sahabat saya pesara polis Sjn Mohd Ariffin b. Abdul Rahman yang saya kenali sejak tahun 1981. Walau pun kesihatan agak uzur beliau dan isteri melayan saya dan keluarga dengan mesra sekali.

Sebelum berlepas balik saya ke Pasir Besar dengan harapan bertemu sahabat saya Abang Atan. Mula-mula saya kecewa juga kerana gagal mencari kedai makan Abang Atan. Ditakdirkan Allah saya berhenti makan disebuah kedai makan disitu. Saya bertanya kepada wanita yang mengambil order " Dik , Abang Atan yang berniaga kat gerai dihujung sana tu dulu kat mana berniaga sekarang?" Saya macam tak percaya bila wanita tu kata " Ni kedai Abang Atan la , tu isteri dia ?" sambil memanggil isteri Abang Atan.

Bila isteri saya kata " Dari Kl ni , dulu duduk Balai Polis Gemas". Isteri Abang Atan terus menyebut nama saya " Che Azmi ka?" dan saya terus jawab " Yo la ka Oii, Abang Atan mana?" . Bila diberitahu Abang Atan keluar saya minta no hp dan terus call berbual dengan Abang Atan yang ketika itu berada diPalong. Lepas makan nak bayar tapi tuan kedai tak nak ambil duit pulak. Segan jugak nih kerana banyak sangat saya anak cucu makan.

Masa kat Tampin makan juga lagi di kedai Mak Wan yang saya dan isteri anggap sebagai mak angkat. Masa mula-mula kawin bila saya tugas malam , isteri saya ditinggalkan dirumah Mak Wan ni la. Umor Makwan dah 80 tahun tapi alhamdulillah badan masih sihat dan nampak masih kuat lagi.

Takdir Allah jugak masa nak berlepas balik terserempak pulak dengan Puan Norah Abu Bakar dan dua anaknya yang sama-sama makan kat kedai Mak Wan. Suami Norah ASP Ismail meninggal dunia tahun lepas. Dia ni kerani pejabat saya masa bertugas di Cawangan Narkotik IPD Tampin. Masa tu kami semua masih bujang , sorang lagi kerani sama-sama dengan Norah nama Zairi bt Abu Bakar kini dengar khabarnya bertugas di Kuantan tapi tak pernah jumpa.

Saya seronak nak publishkan gambar-gambar kunjungan saya ke Gemas dan Tampin....



Isteri saya bergambar di pintu masuk sekolah rendah dimana anak-anak saya mendapat pendidikan awal mereka. Saya pula bergambar didepan sekolah Menengah Gemas.




Kami sekeluarga makan dengan hebatnya dikedai Abang Atan. Nampak dari jauh berbaju hitam tu lah isteri Abang Atan.




Bergambar kenangan dengan Mak Wan yang dikasihi...


Saturday, May 8, 2010

Sponsor@Kena bayar


8 Mei 2010 @Sabtu Saya keletihan dan mengalami sakit urat belikat dan bahagian bahu. Saya tidak tahu apa yang dialami oleh Tuan Ali , maklumlah sejak Tuan Ali menjalani rawatan di HUKM bulan oktober 2009 lepas , inilah kali pertama kami kembali ke arena bowling. Kalau melihat gaya permainan Tuan Ali semalam yang mampu menghabiskan 5 frame memang hebatlah , saya dan Sm Mail pun tak mampu menandingi kehebatannya.


Yang seronoknya permainan bowling kali ini kami adakan semata-mata untuk meluangkan masa bersama Mantan PA Tuan Ali, Farah yang bercuti di Kuala Lumpur. Khabar awalnya games ini di sponsor sepenuhnya oleh Abang Zul Mamak kerana dapat banyak elaun bertugas di Tua De Langkawi dan Jelajah Malaysia.

Tapi malang bagi saya , Tuan Ali , Alwi , Khair dan Sm Mail kerana kami terpaksa main lewat sebab lane penuh, kami tak dapat diskaun dan terpaksa bayar penuh RM 125 . Terima kasih kepada Sm Mail yang menampung bayaran lebih tersebut. Kira sponsor la tu kot Sm no...lain kali kami pulak sponsor Sm . Kepada Abang Zul Mamak terima kasih jugak atas sumbangan RM 50 tu , kalau nak tambah lagi kami terima jugak la...

Hebat games semalam, abang Alwi ditemani isteri yang sedang menunggu hari , risau juga takut tiba-tiba bersalin kat Perfect Bowl. Kalau bersalin kat situ pun Ok jugak kerana Farah dengan Eliza boleh jadi bidan terjun. Tak sia-sia la Farah terjun dari Kuantan ke Kl dan si Eliza tu yang membatalkan hasratnya balik ke Kuala Kubu Bahru.



Kepada Syarif Lobo tahniah kerana sanggup mengheret isteri dan anak-anak keSelayang . Yang tak seronok sikit si Salmee tu , betul ke isteri dia nak balik kampong atau dia yang suruh isteri dia balik kampong? Paling menyeramkan si Arif tu , dia hantar kad jemputan ke majlis perkahwinan nya pada 6 June 2010 , tapi Tuan Ali kata " Arif ni hebat betul la , bunga keliling pinggang , rugi dia kawin awal". Saya hanya kata " Betul la tuan , umor baru 22 tahun tu tengah duk gerella dah nak kawin". Apa-Apa pun kami doakan untuk mu Arif , semuga hidup bahagia bersama gadis pilihan mu "AMY".

Bapa saya pernah berpesan " Kadang-Kadang guruh dan kilat sabung menyabung kat langit, tapi hang kena ingat hujannya belum tentu lagi akan turun".

Saya hanya nak kata " Kalau kerbau dipegang pada talinya , manusia kena la pegang pada janjinya.


Saturday, May 1, 2010

Simpati @ Publisiti


30 April 2010 @Jumaat Selepas menunaikan solat jumaat biasa la , ahli jemaah akan berduyun keluar dari Masjid . Yang perut keroncong berkejar ke gerai makan , yang dah kenyang pun bergegas juga nak balik baring2 menunggu waktu bertugas semula.

Hari jumaat ni bos saya Tuan Ali pun terpaksa bergegas juga kerana nak sambut orang berkumpul cari publisiti . Al maklumlah nak bagi nampak ramai dengan kumpulan manusia yang sedang bergegas-gegas tu, terpaksa la kumpulan ni berhimpun hari jumaat.

Bapa saya berpesan " Selagi hang jadi polis , hang kena la layan orang sama rata , jangan duk pilih bulu. Orang baik ka , orang jahat ka layaaaan samarata. Tapi hang kena ingat yang tak betul tu tetap salah. Nak tau salah ke betul ka kena la disiasat dan di adili"

Saya cuma nak kata " Biasa sangat dah manusia ni , yang dia nampak salah orang saja, salah sendiri mana nak nampak kerana kalau boleh sorok dalam lubang cacing pun dia sorok".