Monday, May 17, 2010

Larangan

Penjawat awam dilarang membuat sebarang bentuk pernyataan awam - lisan atau bertulis.

Peringatan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dalam surat edaran bertarikh 14 Mei kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

Penjawat Awam perlu mengambil maklum peruntukan berikut:-


(1) Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi;

a. memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu;

b. memalukan atau memburukkan nama kerajaan; atau
c. menunjukkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan.

(2) Di bawah Peraturan 19 (2), Peraturan yang sama pula, seseorang pegawai awam tidak boleh membuat pernyataan awam mengenai sesuatu perkara melainkan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada menteri sama ada secara am atau khusus.

a. apa-apa ulasan tentang kelebihan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan

b. memberi apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi kerajaan atau

c. memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan kerajaan.

Mana-mana pegawai yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

No comments:

Post a Comment