Saturday, May 29, 2010

Unik N Asing


29 Mei 2010 Sempena cuti hujung minggu yang agak panjang ni macam-macam program dibuat . Dua anak lelaki saya bercuti di Langkawi bersama rakan-rakan mereka, saya pula yang pada mulanya merancang balik ke Kedah terpaksa batalkan kerana segan dengan bos. Kata bos hari minggu dia terpaksa datang pejabat dan ajak saya sama kepejabat.

Kerana tak jadi balik kampong Ummi Yati call Ateh kat UITM Shah Alam ajak datang kerumah kerana kebetulan dia pun tak ada kuliah.

Masa jemput Ateh kat UITM dah hampir magrib , kami pun terus ke Masjid Negeri Shah Alam untuk solat magrib. Lepas solat Ummi Yatie ajak ke I - City katanya nak tengok keindahan yang di war-warkan oleh para sahabat dalam facebook.

Mungkin kerana cuti umum jalan nak masuk ke I-City sesak teruk , berkat kesabaran kami sampai juga ke parking I-City, itu pun terpaksa parking di tingkat 3. Yang seronoknya parking kat situ free je...

Kamera tak bawa , jadi guna handphone je la ambil gambar-gambar kat situ....





Saya tertarik dengan gambar kat bawah ni.....


Tertarik dengan orangnya saya juga terpanggil untuk memetik pendapat Tun tentang rakyat asing yang saban hari menjadi berita kat media massa....saya copy and paste je kerana itulah ayat yang paling mudah untuk saya faham....

Pandangan Tun Dr Mahadir.....

1. Kita kerap mendengar berkenaan pekerja asing menutup peluang pekerjaan pekerja Malaysia. Saya amat bersetuju pekerja asing tidak dibenarkan masuk negara kita supaya pekerja kita dapat cari makan dengan mengisi tempat-tempat yang dikosongkan oleh pekerja asing.

2. Memang benar pekerja asing menyebabkan wang Malaysia mengalir keluar. Katanya tiap bulan satu bilion ringgit Malaysia dihantar oleh pekerja asing ke negara mereka. Ini boleh menjejaskan kewangan kita. Kita dapat selamatkan wang ini jika pekerja kita yang mengisi semua jawatan-jawatan dalam negara.

3. Walaupun saya bersetuju dengan dasar Kerajaan tidak membenar pekerja asing masuk Malaysia lagi, saya telah didekati oleh peniaga dan pengusaha Malaysia dan asing supaya dilonggarkan sedikit dasar ini.

4. Mereka merayu kerana setelah pekerja asing dihentikan tidak ada pekerja Malaysia yang sanggup bekerja walaupun akan dibayar gaji yang lebih. Syarikat Jepun pula menghadapi masalah kerana pekerja asing ditugas untuk kerja kasar yang tidak memerlukan kecekapan, bergaji rendah dan tidak diminati oleh pekerja Malaysia. Pekerja kita bekerja diperingkat atas untuk memproses hasil kerja pekerja diperingkat bawah.

5. Apabila tidak ada pekerja peringkat bawah, dan tidak ada pekerja tempatan untuk mengganti mereka, maka kerja-kerja awal tidak dapat dibuat. Dengan itu tidak ada barangan untuk diproses oleh pekerja tingkat atas yang terdiri daripada orang Malaysia. Ini menjejaskan perusahaan Jepun. Kalau sudah tidak ada pekerja dan tidak ada produk maka mereka tentulah terpaksa hentikan perusahaan mereka.

6. Apabila mereka berbuat demikian pekerja Malaysia juga akan hilang mata pencarian.

7. Masalah ini melibatkan perniagaan di Langkawi juga. Kedai makan dan kedai bebas cukai sudah tidak ada pekerja. Apatah lagi larangan terhadap jabatan Kerajaan mengadakan kursus di Langkawi menjejas perniagaan hotel tiga bintang bahkan penjual buah di tepi jalan.

8. Saya percaya rakyat Malaysia tidaklah begitu keras hati sehingga sanggup melihat perniagaan dan pekerja Malaysia mengalami kerugian kerana tidak suka melihat pekerja asing bekerja di sini.

Bapa saya pernah berkata " Manusia yang mendiami bumi ni , asal usulnya adalah dari Nabi Allah Adam dan Hawa. Pendek katanya kita ni semua bersaudara cuma agama dan bangsa yang membezakan kita hari ini".

Saya hanya nak kata " Hari ini orang merantau ketempat kita , mungkin esok lusa kita pulak merantau ketempat orang".

1 comment:

  1. best yeh jalan2...
    ari tu ade gak pergi ict dgn kwn, naik moto je.. so tak rasa sgt jam.. kitorang just jln2 kat luar je.. tak tau plak dlm banggunan tui pon ade pokok lampu2..
    mmg cantik tmpt tuu

    ReplyDelete