27 Mei 2010 Macam-macam hal yang berlaku minggu ini , saya tenguk ramai juga manusia yang bermuka masam mencuka. Agaknya banyak perkara yang mereka tak suka tapi tak nak luah dengan kata-kata , hanya sekadar memasamkan muka.
Apabila tenguk wajah Kak Ros dan Harida kat pejabat ni yang sentiasa tersenyum walau pun kena kutuk dan marah. Saya cuba mencari rahsia mengapa mereka asyik tersenyum. Nah! ini lah fakta yang saya dapat...
(1)Senyum adalah ekspresi yang ditunjukkan biasanya ketika kita gembira.
(2)Senyum kerana banyak sebab misalnya kerana jenaka atau tersenyum ketika gambar diambil.
(3)Ada juga senyum bertujuan untuk menutup perasaan yang memalukan.
(4) Senyum boleh digunakan sebagai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan.
(5) Sabda Nabi Muhammad s.a.w "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"
(6) Kajian sains mendapati semasa senyum manis seseorang hanya perlu menggerakan 16 otot muka berbanding gerakan 43 otot muka ketika muka masam.
(7) Senyum merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).
(8)Senyum mampu mengubah mood menerusi pergerakan dan ekspresi wajah.
(8)Senyum mampu mengubah mood menerusi pergerakan dan ekspresi wajah.
(9) Mengikut kajian Guillaume Duchenne (1806-1875), ahli neurologi Perancis seorang pakar dalam elektro-diagnosis dan elektro-terapi ada perbezaan di antara senyuman asli dan senyuman palsu.
(10) Senyuman kerana rasa gembira dan bahagia bukan sahaja menggerakkan otot-otot di bahagian mulut, malahan juga otot di bahagian pipi dan mata.
(11) Senyuman palsu hanya melibatkan otot sekitar mulut sahaja.
(12) Kajian oleh penyelidik-penyelidik di Wayne State University, Michigan mendapati senyuman memanjang hayat seseorang manusia.
(13) Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psycological Science ini menegaskan bahawa senyuman palsu tidak menyumbang kepada apa-apa kesan .
Bapa saya dulu selalu berpesan " Kalau mengadap rezki jangan hang duk buat muka masam , nanti lari rezki tu".
Saya nak menambah " Tak kisah la kalau nak pandang kami dengan muka masam tapi kami tetap senyum memanjang ".
No comments:
Post a Comment