27 Mei 2010 Entah apa yang menarik saya pun tak tahu , bila pagi ini saya mencari fakta tentang senyuman tiba2 petangnya saya terbaca artikel mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya nak petik kata-kata Tun yang usianya telah mencecah 85 tahun.
(1) "Jika kita rasa gembira serta senyum selalu , kita akan kelihatan muda, dan bila anda sudah tua, tolong jangan berhenti daripada bekerja".
(2) "Buatlah apa-apa kerja. Fikirlah apa-apa yang boleh anda fikir. Tulis apa-apa yang boleh anda tulis tetapi jangan berhenti dari membuat kerja kerana ia akan membantu anda kelihatan muda".
(3) " Buatlah apa-apa perkara yang anda gemari supaya kelihatan muda dan sihat, contohnya , saya menggemari politik, saya sentiasa fikir yang saya boleh melakukan sesuatu yang lebih bagus dari orang lain. Sebab itu saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja"
(4) "Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan".
(5) "Saya tidak melibatkan diri dalam sukan kerana bagi saya aktiviti ini boleh menyebabkan kecederaan anggota badan dan tidak elok untuk masa akan datang. Tapi kalau anda seorang penggemar sukan , abaikan nasihat saya".
(6) "Saya sekarang sudah agak tua, tetapi saya tidak memerlukan tongkat untuk berjalan dan saya bebas berjalan ke mana sahaja".
Saya hanya nak kata " Saya pun nak jadi macam Tun ".
hang boleh hidup lagi 35 tahun insyaallah.itu dah cukup hebat
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUsia panjang atau pendek itu ketentuan Allah swt. Apa yang penting selagi kita masih bernafas kita perlu ingat tanggung jawab kita kepada Allah swt yang mencipta, memberi rezki , memberi kesihatan dan kekuatan tubuh badan kepada kita.
Satu lagi bang din , biar-lah orang nak pandang serong ka kat kita tapi hakikatnya hati kita bersih , iman kita tak tercalar dan tidak ada perasaan buruk sangka terhadap orang lain.
Tq sedara kerana tak pernah lupa meninggalkan komen dilaman saya ini.