Thursday, May 20, 2010

IGP@SOP




20 Mei 2010 Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh IGP Tan Sri Musa Hasan.

(1) Masyarakat mesti memahami tugas dan tanggungjawab polis supaya tidak menimbulkan syak wasangka dan salah faham antara pihak berkuasa dan masyarakat.

(2) Masyarakat mesti faham apabila berhadapan dengan polis, mereka mesti mengikut arahan dan peraturan polis.

(3) Polis boleh mendedahkan standard prosedur operasi (SOP) kepada umum supaya mereka lebih faham mengenai tugas dan tanggungjawab PDRM.

(4) Orang ramai mesti faham apabila polis buat road-block dia (pengguna jalan raya) kena berhenti, jangan langgar road-block. Kalau langgar dia akan timbulkan sesuatu syak wasangka oleh pegawai polis sama ada dia penjenayah yang membawa dadah atau apa sahaja untuk melarikan diri.

(5) Polis bertindak mengikut undang-undang dalam menangani sesuatu jenayah.

(6) Polis boleh menggunakan kekerasan yang boleh membawa kepada kematian sekiranya anggota polis berada dalam keadaan untuk mempertahankan diri mereka dan orang lain.
Walaubagaimana pun siasatan akan dijalankan untuk melihat samaada tindakan itu mempunyai justifikasi untuk menggunakan kekerasan sehingga membawa maut. Kalau didapati anggota tersebut menggunakan kuasa yang berlebihan akan dicadang supaya dituduh dimahkamah.

(7) Pihak-pihak berkepentingan seperti ahli politik perlu mengelak dari mengambil tindakan di luar undang-undang yang akan menyusahkan tugas-tugas polis.

Saya teringat kepada pesanan dari YA Hakim Dato Kadir Musa kepada saya ketika beliau bertugas sebagai Legal Adviser di Kementerian Dalam Negeri . Katanya " Biar seribu orang penjenayah terlepas tapi jangan seorang pun orang yang tak bersalah teraniaya".

Saya cuma nak kata " Kita nak jaga nyawa orang , nyawa kita pun nak jaga juga . Tak ada sedikit pun niat nak bunoh orang tapi apakan daya peluru memang tak bermata".

1 comment:

  1. Tuan Azmi.... dari keterangan IGP itu ternyata polis bukan boleh lakukan sesuatu mengikut sesuka hati. Hanya ketika mempertahankan diri itupun sekiranya dirinya terancam dengan kematian. Kalau tidak, polis tidak boleh gunakan kekerasan. Tetapi kes yg terbru itu, bukanlah salah polis. Polis bukan malaikat. Sendiri buat sendiri tanggunglah. Assalamualaikum...

    ReplyDelete