Thursday, December 16, 2010

Asyura

16 Disember 2010 @ 10 Muharram 1432 Nak memperingati hari Asyura dan kelebihan yang dikurniakan Allah :

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Saya hanya nak kata " Dulu tak berapa ambil berat tentang kelebihan2 anugerah Allah swt ni mungkin kerana tak ada ilmu , sekarang ni kalau dah ternyata kelebihannya mengapa pulak nak dibiar berlalu begitu saja. Wallah hu Aklam"

2 comments:

  1. Alhamdulillah banyak dah hang tau mie no aku pun dulu tau sikit-sikit saja.buboq sora yg tau lebih pun tapi bukan sunat pun noo cuma buat bagi penat saja la

    ReplyDelete
  2. Dulu2 buat boboq sora tak penat Din sbb bila dah masak boleh makan sekampong. Yang penting semangat gotong royong tu dapat mengeratkan silatulrahim.

    Sambut 10 Muharam baru ni aku pun teringin nak makan buboq sora , suruh orang umah buat dia kata bahan tak cukup pulak...melepas la...

    ReplyDelete