Wednesday, December 29, 2010

U R GREAT

29 Disember 2010 Hari ini genap 11 bulan 2 hari pelancaran Amalan 5S untuk dibudayakan dalam PDRM khasnya bagi IPP Bukit Aman, IPK KL dan IPK Selangor. Pelancaran disempurnakan oleh mantan IGP Tan Sri Musa Hassan http://bigrace-cbazmi.blogspot.com/2010/01/5-s-pdrm.html .

Saya masih ingat betapa sibuknya warga PDRM Bukit Aman khasnya warga Kem Komandan berkorban tenaga , fikiran dan masa untuk menjadikan 5 S sebagai amalan dan budaya hidup. Bergotong royong dengan penuh semangat kerjasama nak pastikan perancangan terlaksana mengikut jadual. Bos kami Tuan Ali menjadi pencetus semangat hijrah ini http://bigrace-cbazmi.blogspot.com/2010/01/hijrah.html

Sudah jadi kebiasaan sesuatu yang hendak dilaksana ada pro dan kontra. Ada juga dikalangan warga yang bersikap negatif mengambil remeh dan memandang sinis perancangan yang dibuat. Tetapi bagi sebahagian besar warga PDRM yang berfikiran positif menganggap amalan 5 S sebagai cabaran dan landasan untuk mempertingkatkan imej PDRM setanding dengan lain-lain agensi kerajaan yang telah memperolehi sijil amalan 5 S dari NPC.

Alhamdulillah hari ini 29 Disember 2010 sebagai warga PDRM kami berbangga sekali, apabila PDRM Bukit Aman telah diperakui dengan Anugerah Sijil Amalan 5S oleh NPC .

Saya hanya nak kata " Kita buat apa yang kawan-kawan buat, kita dapat apa yang kita berhajat"

2 comments:

  1. Tahniah berjaya dapat Sijil berbaloi-baloi usaha mempratikan Amalan 5S..Tuan NPC ker MPC ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Minta maaf kerana masih menggunakan singkatan NPC (National Productivity Corporation)walaupun ianya sekarang ini telah dikenali sebagai MPC (Malaysia Productivity Corporation). Bukannya apa saja nak tengok ada tak orang yang sensitive dengan perubahan ini ( hehehe gurau je).

    Walau apa pun NPC dan MPC adalah badan yang sama, dalam ertikata lain hanya perkataan National diganti dengan perkataan Malaysia berikutan pindaan Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1966 dan disebut sebagai Akta Perbadanan Produktiviti Malaysia (Pemerbadanan) 1966.

    Nama baru MPC telah diwartakan pada 21 Februari 2008.

    Pindaan ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan status Perbadanan tersebut sebagai suatu badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan produktiviti Negara, khususnya kepada masyarakat antarabangsa.

    Tq.

    ReplyDelete