Saturday, December 4, 2010

PROTAP NO 15


4 Disember 2010 Semalam Tuan Ali menarik nafas lega apabila persiapan menyambut rombongan delegasi Kepolisian Negara Republik Indonesia (KAPOLRI) telah berjalan dengan lancar dan teratur.

Rombongan delegasi Kepolisian Negara Republik Indonesia diketuai oleh Yang Terhormat, Bapak Jenderal Polisi Drs Timur Pradopo, Kepala Kepolisian Republik Indonesia.

PDRM dan POLRI telah sepakat untuk memperbaharui iltizam menggembeling tenaga dan kepakaran melalui semangat kerjasama dua hala memerangi jenayah trans nasional dan keamanan dikawasan sempadan. Perjanjian kerjasama melakar sejarah baru bila Pasukan Polis kedua-dua negara bersama-sama Menandatangani Prosedur Tetap (PROTAP) Malindo No. 15 PDRM-POLRI.

Y. Bhg Tan Sri Bapak Da'i Bachtiar, Duta Besar Republik Indonesia , YDH IGP Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, YDH DIG Datuk Hussin bin Hj Ismail, YDH Pengarah-Pengarah PDRM , Yang Terhormat Bapak dan Ibu dari Kepolisan Negara Republik Indonesia dan Pegawai-Pegawai Kanan PDRM telah hadir dimajlis tersebut.

Saya berusaha untuk memahami PROTAP MALINDO

1. PROTAP MALINDO dibentuk sejak penubuhan kerjasama GBC MALINDO (General Border Committee Malaysia-Indonesia) pada tahun 1972.

2. GBC MALINDO merupakan perintis kepada dua buah pasukan kepolisan iaitu PDRM-POLRI.

3. Sidang pertama GBC MALINDO dilaksanakan melalui termetrinya prosedur tetap yang dikenali sebagai PROTAP MALINDO berlangsung pada 24-25 Julai 1972 di Kota Kecil Parapat, Sumatera Utara.

4.GBC MALINDO telah berjalan selama lebih daripada 38 tahun.

5.Pada tahun 2005 apabila pola keamanan telah berubah arah dari era kemunisme dan perang dingin kepada era jenayah trans nasioanal, semua Ketua Polis Asean yang bersidang di Bali telah sepakat untuk memerangi jenayah era baru melibatkan jenayah pemerdagangan orang, penyeludupan manusia, pengedaran dadah antarabangsa, jenayah keganasan dan jenayah siber. Untuk itu PDRM dan POLRI berbincang untuk memperluaskan lagi semua aktiviti dibawah kerjasama GBC MALINDO.

6. Dibawah GBC MALINDO semua aktiviti kepolisan tertakluk kepada operasi dan latihan yang dikendalikan oleh pihak tentera.

7. Pada 18 Januari 2007 bertempat di Genting Highland , Pahang, PDRM dan POLRI telah bersidang buat pertama kali dan berjaya menubuhkan Joint POLICE Cooperation Committee (JPCC) Malindo yang setaraf dengan operasi yang dikendalikan oleh tentera.

8. Aktiviti JPCC PDRM-POLRI telah mendapat pengiktirafan sepenuhnya pada sidang GBC MALINDO ke 36 di Kuala Lumpur.

9. Sebelum tertubuhnya JPCC PDRM-POLRI, PROTAP MALINDO No 15 dikenali sebagai PROTAP MALINDO NO.12.

10. Selepas kajian dibuat semasa sidang pertama pada 9-13 Julai 2007 di Melaka PROTAP kemudian telah diubah dari No 12 ke No 15.

11.PROTAP No.1 hingga No 14 adalah buku Panduan Kerjasama antara ATM dan TNI.

.

PROTAP MALINDO NO. 15 mempunyai beberapa bahagian sebagai panduan kerjasama kedua kepolisan iaitu :-

  1. Kerjasama rondaan di perairan antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM dan Polisi Air POLRI.
  2. Kerjasama bidang komunikasi antara PDRM dan POLRI.
  3. Kerjasama rondaan terkoordinasi daratan antara Kontinjen Sabah dengan POLDA KALTIM.
  4. Kerjasama rondaan terkoordinasi daratan antara Kontinjen Sarawak dengan POLDA KALBAR.
  5. Kerjasama menangani kes jenayah antara PDRM dan POLRI.
IGP telah melahirkan harapan dalam ucapannya dengan berkata " Dengan termeterainya prosedur tetap MALINDO NO. 15 antara PDRM dan POLRI pada pagi ini adalah menjadi harapan kita, segala kerjasama dan operasi antara PDRM dan POLRI akan berjalan secara teratur dan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan"

Saya hanya nak kata " Dah jadi adat berjiran , hidup senang bila bermuafakat, tolong menolong membawa berkat"

No comments:

Post a Comment